Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, July 10, 2021

5 Perkara Apabila Ditimpa Ujian

 "Kak Nora, husband kita kena Covid. Sekarang ada di hospital. Oksigen dah ok, tapi bacaan hati tak cantik. Tipulah kalau kita tak susah hati. Dahlah dia jauh kak..." beberapa voice note dihantar melalui aplikasi Telegram kepada saya.


Saya mendengar suaranya, sayu sangat rasa hati. Dia dan suaminya memang saya cukup kenal.

Banyak perkara yang kami kongsi bersama sejak saya mengenalinya 14 tahun lalu. Dari dia bujang, berkahwin dan kini mempunyai empat orang anak.

Dia dan suaminya PJJ (perkahwinan jarak jauh) sejak berkahwin. Saya juga menyaksikan beberapa siri turun naik emosinya. Ada sedih, ada perit, ada manis dan juga gembira.

Namun, saya nampak ketabahannya melalui setiap ujian tersebut. Saya yakin, untuk ujian kali ini, dia juga mampu laluinya. Begitu juga suaminya.

Cuma... itulah. Bila pasangan kita ditimpa musibah, kita turut rasa 'patah sebelah sayap'. Itu memang normal, sebab diakan pasangan hidup kita. Orang yang paling dekat di sisi kita. Sedih tu memang normal.

Jika ada di kalangan kalian yang ditimpa kesedihan dan rasa resah di hati sekarang ni, mungkin boleh lakukan beberapa perkara ni:

1. Duduk dan bertenang - menerima sesuatu berita yang sedih memang akan membuatkan kita hilang punca. Ambil masa untuk tarik nafas dan bertenang.

2. Meluahkan rasa sedih pada rakan yang positif - salah satu cara melepaskan kesedihan adalah dengan berkongsi masalah tersebut dengan orang yang sangat kalian percayai dan positif. Pasti ada seseorang di kalangan sahabat kalian yang punyai ciri tersebut.

3. Menangislah jika perlu - menangis bukan bermaksud kalah. Pada saya, menangis adalah proses paling asas untuk meredakan emosi. InsyaAllah, bila emosi dah reda, kita akan dapat bertindak dengan sebaiknya.

4. Perbanyakan sedekah - selain solat, baca Quran, zikir dan doa, perkara yang kita selalu terlepas pandang adalah sedekah. Perbanyakanlah sedekah atas nama orang yang ditimpa musibah dan niatkan juga moga Allah tunjukkan jalan penyelesaian.

5. Hadiah dari Allah - setiap ujian yang diturunkan-Nya, pasti ada 'pelangi indah' buat kita. Kuncinya adalah reda dan sabar.

Saya doakan, agar suami sahabat saya, sahabat-sahabat yang dijangkiti Covid dan sesiapa saja yang sedang diuji dengan sebarang penyakit, kehilangan pekerjaan, kesempitan hidup, kecelaruan emosi, kehilangan orang tersayang, malah apa juga ujian lainnya... semoga Allah sentiasa merahmati kalian dan permudahkan segala urusan kalian dalam menyelesaikan ujian-ujian tersebut.

Sesungguhnya hanya kepada Allah, tempat kita bergantung harap.

Saya kongsikan tiga doa ini, cuplikan dari buku Zikir dan Doa Muslimah Solehah. Semoga Allah dengar rintihan kita dan diberikan bantuan dalam menguruskan ujian ini.






Stay strong everyone. 


Nora Karim

Lama saya tak menulis online.

 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...