Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Tuesday, November 26, 2019

Mocha Hazel dan Kurma Delima Hazel, Minuman Enak Seisi Keluarga

Menikmati secangkir Mocha Hazel ketika hujan lebat petang semalam, memang mengasyikkan. Sekali sekala melayan tekak tak apakan... 😅 

Jika anda peminat kacang hazel, kopi dan koko dalam masa yang sama, memang layan sangat minum ni. Rasa segar, aktif dan laju je bila berfikir. 

Eh, Kurma Delima Hazel pun sedap tau rasanya. Kira kacang hazel ni, 'hero'lah dalam kedua-dua minuman ni.


Minuman ini digabungkan bersama kacang hazel bagi memaksimumkan khasiat yang terdapat di dalamnya.

Seperti kekacang lain, kacang hazel juga mempunyai manfaat yang banyak, antaranya menbantu:
  1. meningkatkan metabolisma badan
  2. mengatasi masalah alergi
  3. menstabilkan tahap kolestrol badan
  4. menyihatkan kulit, rambut dan kuku 
  5. berfungsi sebagai sumber makanan berprotein tinggi.
Mocha Hazel dan Kurma Delima Hazel ini mengandungi bahan-bahan semulajadi terpilih dan hanya menggunakan 60% pemanis stevia serta 40% gula perang. 


Rasanya yang berkrim, enak dan berkhasiat, dipaketkan kecil supaya mudah dibawa kemana-mana. Cara menyediakannya pun mudah sangat, semudah menambah air panas saja.

Antara fungsi dan kelebihan Mocha Hazel dan Kurma Delima Hazel ini, adalah:
☕ sebagai ikhtiar hamil
☕ membantu meningkatkan kesuburan
☕ membantu menambah susu badan
☕ membantu merawat sembelit ketika hamil dan berpantang
☕ membantu menyeimbangkan hormon dalam badan
☕ membantu melembapkan kulit wajah
☕ memperlahankan proses penuaan


Ia dijual dengan harga seperti berikut:
1 unit RM46/RM50 + postage RM9
2 unit RM90/RM95 & percuma pengeposan.

Jika anda berminat untuk tampil sihat dan menambah duit poket, bolehlah mendaftar untuk menjadi ejen setempat atau menjadi dropship Cikgu Feeda.

Cikgu Feeda sedia memberikan konsultasi dan maklumat lanjut tentang produk atau menjadi sebahagian daripada team Cikgu Feeda sebagai ejen mahupun dropship.

IG: susu kambing Rayyan Ampang
Nombor telefon: 011-10824656

Friday, November 22, 2019

Faris VS UPSR


Saya ingat lagi bagaimana Faris menangis teresak-esak ketika diminta menulis impiannya, mendapat 6A dalam satu program sekolah, sedangkan dia tahu itu bukan keupayaannya.

Saya menenangkannya dan menyatakan itu adalah sebahagian doa. Maka, tulis saja. Sejak itu, saya perbanyakkan membaca al-Quran, berdoa dan bersedekah atas namanya.

Saya ingat lagi bagaimana Abahnya meluahkan rasa 'frust' kepada guru kelas, tentang mata pelajaran Bahasa Melayu (Penulisan) yang ketika itu hanya mendapat gred E. Sedangkan Abahnya seorang wartawan dan Mamanya juga boleh menulis.

Kami bermula semula dari kosong. Menulis satu perkataaan. Kemudian dua perkataan. Kemudian tiga perkataan dan seterusnya dia mula boleh mencantum lebih banyak perkataan dan menulis satu ayat dan seterusnya karangan.

Saya ingat lagi bagaimana dia tertekan apabila cuba menyelesaikan segala soalan Matematik, bila mana masih tidak mahir menghafal sifir, formula dan memahami kehendak soalan.

Kami perbanyakkan membuat latihan. Kami fokus kepada kertas 2. Kami sama-sama mencari kata kunci dan memahami kehendak soalan. Kami belajar banyak perkara penting dari E-book cikgu Fadli. Cara cepat jawab kertas 1 dan cara curi markah di kertas 2, pada minggu-minggu akhir menjelang peperiksaan.

Saya ingat lagi bagaimana Faris berusaha untuk hadir ke sekolah setiap hari, kelas tambahan, program-program Tahun 6 anjuran sekolah dan tuisyen setiap hujung minggu walau nampak sangat keletihan.

Tanpa rasa jemu saya menghantar dan mengambilnya dari setiap kelas dan program. Saya lihat dia akan berusaha menyiapkan segala latihan yang diberikan oleh guru-guru. Saya atau suami terus berada di sisi, menemaninya menyiapkan latihan.


Melihat peningkatan markah dari satu ujian
ke ujian yang lain ni pun dah sangat bersyukur...

Saya ingat lagi bagaimana dia sedih dan tangannya menggigil setiap kali hendak menyerahkan markah kertas ujian yang masih gagal kepada saya.

Saya tak pernah marah, malah mengucapkan tahniah dan selalu memberinya pujian kerana berjaya menambah markah dari gagal kepada lulus minimum.

Saya ingat lagi bagaimana dengan linangan air mata dia menyatakan, bahawa dia hanya mampu menjanjikan boleh lulus minimum semua mata pelajaran, yakni gred D saja. Ini janjinya ketika hampir minggu peperiksaan.

Saya memeluk dan menepuk-nepuk bahunya. Saya katakan, bahawa apa jua keputusannya saya akan sedia terima dan sayanginya. Saya menjadi saksi atas segala usaha kerasnya.

Adam Faris bukan pelajar kelas hadapan. Dia hanya pelajar biasa yang suka melukis komik dan membina model bangunan dan kenderaan daripada Lego atau kayu. Itu kemahiran dan minatnya.

Di mata saya, dia sangat cemerlang dan kreatif dalam bidang yang diminati, biarpun hanya saya yang menjadi 'tukang soraknya'.

Saya ingat lagi bagaimana dia gembira dapat meninggalkan satu persatu kelas tambahan anjuran sekolah, apabila keputusannya mula mencapai tahap lulus minimum.

Ketika ini, saya turut tersenyum bangga.

Saya ingat lagi bagaimana dia gembira apabila menunjukkan markah lulus ujian-ujiannya walaupun ia hanya gred D.

Saya terus memberikannya pujian dan galakan tanpa henti.

Dan saya ingat lagi bagaimana wajahnya tersenyum lega dan bangga semalam, selepas memaklumkan bahawa dia LULUS semua mata pelajaran, seperti yang dijanjikan kepada saya.

Malah saya menitiskan air mata, kerana dia tidak beri semua gred D... tetapi keputusannya sangat-sangat baik dari itu.

Bermula dengan gred 4D dan 2E, pada awal tahun. Gred ini menyebabkan dia wajib hadir kelas tambahan untuk Bahasa Melayu dan Matematik.

Saya meneliti satu persatu gred di dalam slip keputusan UPSRnya semalam... Alhamdulillah, syukur sangat... semuanya lulus.




Saya yakin tak ada ibu bapa yang berkongsi kisah 'kejayaan' seperti ini semalam. Tapi hari ini, saya nak kongsi, betapa bangganya saya dan suami melihat 'kejayaan' Faris mengubah gred bukan setakat lulus minimum seperti yang dijanjikan, malah dia mampu beri lebih baik dari itu.

Semalam, saya memeluknya dengan bangga, seperti dia mendapat 6A.

Semalam, saya mengucapkan tahniah setiap masa kepadanya, seperti dia mendapat 6A.

Semalam, saya memuji segala usaha dan penat lelahnya, seperti dia mendapat 6A.

Semalam, kami meraikannya dengan cara kami seperti dia mendapat 6A.

Saya tidak mahu membandingkan Faris dengan Alisya, apatah lagi dengan anak orang lain kerana saya tahu keupayaan dan kebolehannya dalam akademik.

Dia seorang yang unik dan kreatif dalam bidang yang diminatinya.

Tahniah Faris, walaupun jalan yang kita lalui sedikit jauh dan berliku, Mama dan Abah sangat bangga. Moga lebih banyak kejayaan yang dikecapi selepas ini. Insya-Allah...

Maka benarlah, usah disisih anak yang tidak cemerlang akademik, sebaliknya terus berada di sisi, menyokong, membimbing dan menghargai setiap usahanya.

💞 Alhamdulillah... 💞

Pada saya, Faris 'lulus bergaya'!

Monday, November 11, 2019

Harga Runtuh: E-book Personal Branding dan Penulisan Viral

 

Ha buat apa tu? Ramai ke yang dah standby untuk jualan murah 11.11? Ha, ingat... sale, sale juga. Tapi jangan sampai beli perkara-perkara yang tidak perlu.
Rancang apa yang bermanfaat untuk dibeli tau.

E-book Personal Branding dan Penulisan Viral, ada HARGA RUNTUH, RM50 saja dan ia sangat terhad. Kena rebut peluang dan ruang ini untuk mengubah rupa dan pengisian dalam Facebook kita.

Lapan influencer ini berkongsi kaedah menjadikan Facebook sebagai lubuk rezeki. Penulisan mereka menjurus kepada bidang kepakaran mereka sendiri. Ilmu dan perkongsian percuma di Facebook menjadikan mereka dikenali dan berpengaruh di media sosial.

Dr Azizul Azli (Hartanah dan Kewangan)
Harith Faisal (Hartanah dan Kewangan Anak Muda)
Khairul Ezuwan (ASBGenius)
Dr Kamarul Ariffin (Perubatan dan Rehabilitasi)
Khairul Hakimin Muhammad (Penulis dan Pembangun Konten)
Nur Aliah Mohd Nor (Businesswomen)
Cikgu Fadli Salleh (Pendidikan)

Saya nak kongsi beberapa perkara, asasnya ia adalah cuplikan daripada e-book ini. Apa yang kita gagal buat ketika menulis sesuatu di Facebook:
1. Tidak menulis dengan ejaan penuh.
 2. Tidak peduli akan respon pembaca.
3. Tidak menilai semula hantaran yang mendapat jumlah share yang luar biasa.

 Nak lagi? Kena dapatkan e-book ini. Sesuai untuk blogger, media influencer, peniaga, guru dan sesiapa saja yang suka 'melepak' di Facebook.

E-book Personal Branding dan Penulisan Viral. https://bit.ly/2jTPWg5
https://bit.ly/2jTPWg5
https://bit.ly/2jTPWg5

Nora Karim
Bukan senang-senang orang nak klik butang Like, Comment dan Share. Ada kaedahnya...

Friday, November 01, 2019

Jari Telunjuk Untuk...


Hari Jumaat, sunat memotong kuku.

Hari ni saya potongkan kuku Ahmad dan Raihana.

Saya pangku Ahmad di peha kiri saya, sambil memotong satu persatu kuku tangannya.

"Ini, jari telunjuk... jari telunjuk untuk tunjuk benda... ha tu... tu mainan dia...," kata saya sambil menunjuk mainan di depan saya.

"Unjukkk...," sambut Ahmad.

"Ini jari hantu... uuu... takut... hantu..."

"Akuttt..." sambut Ahmad lagi.

"Ini jari manis... orangnya manis...," sambil mencuit pipinya yang terserlah lesung pipitnya, bila tersenyum.

"Annish...," katanya sambil tersengih-sengih bila dicuit pipinya.

"Ini jari paling kecil... jari kelingking... kecil-kecil comel..."

"Kinggg..." katanya sambil menggoyangkan jari kelingkingnya...

"Ini ibu dia... ibu jari... besar, kuat..."

"Ibuuu..." katanya.

"Ok siap... terima kasih...," ucap saya padanya apabila selesai memotong kedua-dua belah kuku tangannya.

"Ama-ama..." lalu terus meluru pada mainannya.

Kini giliran Raihana, 6 tahun.

Saya memangkunya seperti Ahmad.

"Ni jari apa ni?" soal saya padanya.

"Jari telunjuk," jawabnya.

"Pandai... jari telunjuk untuk apa?" tanya saya lagi.

"Untuk syahadah..." jawabnya.

Ok, sentap kejap... tadi masa Ahmad kemain saya cakap jari telunjuk untuk tunjuk benda bagai. Patut saya pun cakap jari telunjuk untuk syahadah. ðŸĪŠ

Teringat saya pada buku Didik Anak Connect Dengan Allah, benda sekecil inilah yang patut diajar kepada anak-anak. Syukur dan kebergantungan pada Allah.


Dapatkan e-book bermanfaat Matematik dan Personal Branding di sini.

💖 Sifirlicious dan Modul Pantas Matematik

💖 Modul Pecutan UPSR

💖 Personal Branding dan Penulisan Viral

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...