Nuffnang Ads

Agoda Ads

Wednesday, March 27, 2013

Giveaway: Edy 3 Destinasi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Disebabkan saya ni peminat fridge magnet, maka saya join giveaway by Edy Zaidi ni. Sesiapa yang berminat dengan FM juga boleh join... Mana tahu ada rezeki menang salah satu dari FM di bawah ni... (^_^) 

Tarikh tutup penyertaan 3 April 2013.


 







Wordless Wednesday #16






Mana Nak Cari Cleaning Service?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dah 3-4 hari saya mencari cleaning service untuk cuci dan bersihkan rumah sewa saya di Selayang tu... Puas juga mencari di internet... Ada yang saya call, tak berangkat telefonnya? Musykil juga saya... Berbisnes, tapi tak pick up phone bila customer call... Apakah?!

Lagi tragis tu bila kita dah call banyak kali... dia tak call semula pun cuma hantar SMS dan tanya "Siapa ni ek?". Pffttt... So saya terus la reject... Mesej tu pun saya tak reply... 

Payah juga nak cari yang betul-betul dalam internet ni... Kalau tak betul sumbernya... Memang kena tengok betul-betul... Dan mencari dengan sabar... Sebab dalam iklan (di internet), mereka menggunakan perkataan enterprise, sdn bhd... tapi sebenarnya office pun tak de... tu yang susah tu... Tapi di Malaysia Yellow Pages, banyak membantu...


Baru sekejap ni saya terjumpa dengan website ni... Titans Cleaning Service. Lagi lega bila tengok alamat officenya di Rawang, dekat juga kalau nak bersihkan rumah saya di Amansiara, Selayang tu... Sebelum call... saya baca dan teliti perkhidmatan yang disediakan... Bila dah puas hati, meneliti websitenya, saya call untuk pertanyaan. Dapat berbual dan bertanyakan itu ini... Maka agak yakinlah saya... 

Mudah-mudahan kerja membersihkan rumah tu akan berjalan dengan lancar... Risau juga kalau rumah tu tak bersih... kesian pula pada penyewa baru yang nak masuk... In sha Allah nanti saya akan update pasal proses pembersihan rumah tu... Mana tahu lepas-lepas ni, ada pula yang mencari cleaning service area Selayang, Rawang, Subang, Sungai Buloh, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Nilai, Seremban dan sekitarnya... (boleh semak di website mereka...)

Oh ya, saya dan anak-anak berada di Gombak... menghabiskan cuti sekolah di sini... dan sehingga urusan pembersihan rumah sewa tu selesai...  

Updated: Titans Cleaning Services, Terbaik!



Monday, March 25, 2013

Ayumi Kesayangan Alisya


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Masih ingat lagi tentang baby bear kesayangan Alisya? Sekarang baby bear tu dah ada nama tau...! Namanya Ayumi... Tak tahu la dari mana dia dapat nama tu... Tapi comel je bila dia panggil Ayumi... (^_^)

Inilah best friend Alisya... Ke mana je dia pergi, pasti ada Ayumi. Nak ambil abang balik dari sekolah... Nak pergi pasar malam... Pergi kedai... Pergi klinik... Pergi jalan-jalan... Ke mana saja... Pasti Ayumi dibawa bersama... Memang tak pernah ditinggalkan... 

Kalau disuruh tinggal, katanya "Kesian Ayumi..." Sambil buat muka sedih... Selain temankan berjalan, Ayumi juga teman tidur Alisya... Kalau tak de Ayumi... susah juga la Alisya nak tidur...

Ayumi tu saya tak beli pun... saya dapat free masa beli broadband baru, bila yang lama sudah tidak berfungsi. Sejak itulah, Ayumi menjadi teman baik Alisya (selain bantal Zebranya...)

Pinky juga kesayangan Alisya... Tapi cuma di rumah. Kalau dibawa Pinky untuk berjalan, dia akan cakap... "Pinky tak payah... Pinky tinggal..." Dia memang tak kisah kalau Pinky tak di bawa berjalan. Tapi kalau Ayumi yang tinggal... Mengamuk la dia... 

Pinky ni pun saya tak beli... tapi dapat dari mesin Dream Catcher, hasil 'memancing' Encik hubby. Dan yang terbaru ni adalah Kitty... Juga dapat dari mesin Dream Catcher... Juga menjadi salah satu kesayangan Alisya... Kitty pun untuk dimain-main di rumah je... 

Di rumah, Alisya akan letak ketiga-tiganya dalam satu stroller yang saya belikan. Yang pasti, Ayumi diletakkan di tempat 'VIP'... Manakala Pinky dan Kitty diletakkan di tempat letak barang di bawah stroller... :p  Yang penting Alisya akan sorong ketiga-tiganya di dalam rumah... 

Kitty yang latest Encik hubby pancing dari
mesin Dream Catcher
Alisya main dengan ketiga-tiga kesayangannya...
Ha, nampak tak tempat duduk VIP Ayumi tu...
Pinky dan Kitty ada di tempat letak barang
di belakang... (^_^)

Nota kaki: Mainan anak-anak tak semestinya yang mahal-mahal... Memadai dia (anak-anak) tahu bagaimana untuk menghargai dan menyayangi pemberian tersebut...


Friday, March 22, 2013

Resipi Mudah: Sambal Tempoyak Goreng


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ini adalah satu-satunya resipi tempoyak yang saya makan. Kalau tempoyak yang mentah tu memang saya tak makan. Yang ini resipi dari arwah ibu. Jom masak! (^_^)

Bahan yang diperlukan:

6-8 sudu besar tempoyak
4 biji  bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput ikan bilis - tumbuk
1 sudu besar cili padi kisar (jika nak pedas lagi, boleh tambah)
1 batang serai dititik

Cara membuatnya:

1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, ikan bilis sehingga agak lumat.
2. Gaulkan bahan tumbuk bersama tempoyak dan cili api kisar, hingga sebati.
3. Panaskan minyak dan goreng tempoyak bersama serai hingga masak.
4. Sejukkan dan masukkan ke dalam bekas dan boleh dimakan bila-bila masa.

Mudahkan?! Selamat mencuba! 



Thursday, March 21, 2013

"Mama, Faris Nak Jumpa Mak..."


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dua hari lepas Faris ada tanya pada saya, "Mama, Faris nak jumpa mak boleh?!" (mak adalah panggilan untuk pengasuh Faris di Kuantan dulu... 4 tahun juga Mak Chu menjaga Faris... Faris rindu barangkali...)

Saya cuma jawab... "Nak jumpa mak? Nanti kita pergi ya..." 

Mak (Mak Chu) dan Abah (Pak Chu) - Pengasuh AF
di Kuantan...
Ada juga beberapa kali balik Tadika Faris cakap benda yang sama... Lebih-lebih lagi bila dia tengok gambar ni, dalam phone... 

Gambar ni diambil pada malam akhir, sebelum kami berpindah ke Melaka. Masa tu Mak Chu memang rasa sedih, Faris dan Alisya nak berpindah... Maklum la... Lama juga Mak Chu menjaga mereka...

Last kami jumpa Mak Chu rasanya pada raya tahun lepas (2012), bukan main banyak lauk yang Mak Chu masak untuk kami... Sampai saya dan suami bertambah-tambah makan... AF pula seronok disuapkan makan oleh Mak Chu... 

Tadi saya ternampak status dipost oleh anaknya di FB, mengatakan yang Mak Chu warded di HTAA... dari status yang saya baca macam serius... Tapi saya nak bercakap sendiri dengan Uda (anak Mak Chu). Saya try call kedua-dua nombornya tapi tak dapat... Terus saya tinggalkan komen pada statusnya... Saya harap Uda akan SMS or call nombor saya.... Sedih pula saya...

Saya doakan moga Mak Chu tak apa-apa dan segera sembuh... Dalam keadaan sekarang saya harap dapat ziarah Mak Chu di HTAA... :-(

Nota kaki: Sebelum ni Faris tak ada pula kata nak jumpa Mak... tiba-tiba je... Adakah Faris dapat rasa? Sebab hari yang Faris cakap nak jumpa Mak tu, adalah hari Mak Chu masuk HTAA... Atau, kebetulan?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...