Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Ketika saya berada di kedai buku sekolah anak-anak saya;
Pembeli: Dik, akak nak beli buku-buku yang akak tanda ni je yea... (sambil hulur list buku yang dah siap bertanda)
Staf kedai buku: Yang ni kena beli kak.
Pembeli: Betul ke kena beli? Sebab akak tak cukup duit ni... Nak beli keperluan sekolah yang lain-lain lagi.
Staf kedai buku: Betul kak, ni buku tulis... memang pakai dalam kelas. Sekejap saya tunjuk contoh... (lalu diberikan contoh buku yang perlu dibeli tu...)
Pembeli: Oo kena pakai yea... oklah akak beli... tapi yang tak perlu beli akak tak nak ye dik... Tolong ye dik... (beberapa kali akak tu ingatkan staf kedai buku yang dia tak nak benda yang dia tak perlu)
Staf kedai buku: Buku kerja nanti dah masuk kelas, kalau cikgu nak pakai akak baru suruh anak beli yea.
Pembeli: Ha ah... Sebab yang tahun-tahun lepas cikgu tak pakai pun... anak dok bawa la hari-hari pergi sekolah. (Sambil pandang saya dan senyum) Ni pun, berapa kali dah kira-kira ni. Beli mana yang MEMANG PERLU BELI JE. Anak ramai... baju sekolah, kasut semua pun belum beli lagi. Paling-paling tidak pun kena beli sepasang yang baru. Baju-baju tahun lepas insyaAllah boleh pakai lagi...
Sedih saya dengar... 





*** Kalau ikutkan, memang banyak yang kita boleh jimat dalam list buku sekolah ni. Macam buku tulis tu memang kita perlu beli. Tapi kedai buku ni pandai, ada 3 bahagian ditandakan (WAJIB BELI) dan 2 bahagian lagi ditandakan sebagai pilihan. Sedangkan perkara-perkara yang WAJIB BELI tu dah ada perkara yang memang TIDAK PERLU pun. Tetapi ia telah dibungkuskan sekali. Dan ibu bapa WAJIB BELI bungkusan tersebut.
Contoh: Dalam ruangan buku tulis, telah dibungkuskan sekali pembalut buku tulis, buku sifir, kertas lukisan, pensil khat, fail dan lain-lain. Buku-buku tulis dah diikat sekali dengan book band (berharga RM5.50). Sedangkan book band tu kita tak perlu pun...
Sebenarnya ibu bapa BERHAK untuk tidak membeli perkara yang tidak perlu. Pihak kedai buku sekolah pun TAK BOLEH PAKSA ibu bapa untuk beli. Macam contoh kamus dwibahasa dah tentu-tentu masa Faris dulu kita dah beli. Takkan nak beli setiap tahunkan? Timbang rasalah sikit, sebab kita memang tak perlukannya pun.
Macam gambar untuk buku Alisya tu, sepatutnya saya boleh jimat RM65. Sebab book band, pembalut buku tulis, fail, buku lukisan, pencil khat, buku sifir, buku kerja... Alisya tak perlu pun... Itu belum masuk perkara yang tidak perlu untuk Faris... LAGIII BANYAK YANG TAK PERLU... 

Buku latihan kerja sampai 3 set dia suruh beli (berlainan terbitan). Tapi sebab saya suka stationary dan buku saya bayar je... walaupun duit tak berapa nak ada juga... 

(sebab kes dah bungkus sekali dengan yang wajib beli)






![]() |
Saja diikat buku tulis dengan book band harga RM5.50,. beserta lain-lain benda yang tak perlu. Kena bayarlah... sebab dah siap bungkus... |
![]() |
Faris punya lagilah banyak benda tak perlu.... Buku kerja tambahan pun sampai 3 set! |
Tapi saya respect staf kedai buku sekolah anak saya ni, dia jujur bila akak tu kata dia cuma nak beli buku-buku yang perlu saja... Tolak ansur, sebab bukan semua ibu bapa mampu nak beli perkara-perkara tambahan yang kedai buku tuliskan sebagai WAJIB BELI...
Jadi ibu bapa jangan takut untuk cakap pada staf kedai buku yang anda tidak perlukan perkara-perkara yang anda tidak perlu...
Saya berikan sedikit tips membeli di kedai buku sekolah:
1. Ambil dulu list buku dari kedai buku.
2. Kemudian tanda buku mana yang anda nak beli, jumlahlah dan hanya bawa duit secukupnya sahaja.
3. Masa di kedai buku, jika diminta jumlah lebih dari yang anda dah kira di rumah, minta dia keluarkan barang yang anda tak perlu tu.
4. Atau jika anak anda dah besar (darjah 3 ke atas) dan boleh beli sendiri di kedai buku, anda tandakan buku yang perlu dan sertakan duit secukupnya dalam sampul duit. Kepilkan sekali dan biarkan anak anda beli sendiri di kedai buku pada hari pertama persekolahan bermula. 😛
Saya berikan sedikit tips membeli di kedai buku sekolah:
1. Ambil dulu list buku dari kedai buku.
2. Kemudian tanda buku mana yang anda nak beli, jumlahlah dan hanya bawa duit secukupnya sahaja.
3. Masa di kedai buku, jika diminta jumlah lebih dari yang anda dah kira di rumah, minta dia keluarkan barang yang anda tak perlu tu.
4. Atau jika anak anda dah besar (darjah 3 ke atas) dan boleh beli sendiri di kedai buku, anda tandakan buku yang perlu dan sertakan duit secukupnya dalam sampul duit. Kepilkan sekali dan biarkan anak anda beli sendiri di kedai buku pada hari pertama persekolahan bermula. 😛
Nota kaki: Teringat dulu jiran saya di Melaka, bila diberitahu pada kedai buku sekolah anaknya yang dia tak nak beli buku Kamus J-Qaf dan beberapa perkara lain, dia dimarahi oleh staf kedai buku tu. Haih, bukan semua orang mampu nak beli benda-benda yang sememangnya kita tak perlu pun... Janganlah paksa... kan?!