Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Perkembangan Anak 5 Tahun. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Anak 5 Tahun. Show all posts

Wednesday, September 16, 2015

Bahulu Warisan Kegemaran Alisya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Petang tadi Alisya beritahu dia nak makan "benda" tu. Saya tanya la "benda" apa? Dia cuba explain, tapi saya tetap tak faham... Lepas tu dia ambil kertas dan lukis "benda" yang dia nak makan tu.
Yang dalam bulatan tu Alisya lukis...
Yangmacam payung bawah tu saya yang lukis...
Hahaha ada juga la rupa bahulunya :P

Yang dilukis seperti dalam bulatan tu. Saya puas fikir apa la agaknya tu... Lepas tu dia cakap, "mama ni semua tak ingat, ni la yang Alisya makan selalu tu... Mama tak ingat ke? Mama beli lepas tu Alisya makan, Uwais makan, Syifa makan, Raihana pun makan. Tak ingat?"

Ni la tiga anak kakak saya... tengok yang
dalam troli tu super cute!
Lepas dia sebut nama-nama anak saudara saya yang tiga orang tu baru la saya teringat. "Benda" yang Alisya maksudkan tu adalah bahulu. Sebab masa saya jumpa kakak saya dekat Tesco Rawang hari tu, saya ada beli bahulu satu bekas sederhana untuk Alisya. Dia makan sama-sama dengan anak kakak saya. So, yang dilukis dalam bulatan tu rupanya bahulu la... (^_^)

Kalau nak tahu, Alisya ni memang suka sangat bahulu... tapikan dia cuma suka Bahulu Warisan. Kalau dapat Bahulu Warisan bekas besar tu, dia boleh habiskan dalam 2-3 hari je. Tapi kalau beli bahulu lain dia memang tak makan.

Seingat saya Alisya mula suka Bahulu Warisan ni sejak umurnya 3 tahun. Masa duduk di Melaka dulu, Bahulu Warisan ni senang dapat. Saya selalu beli dekat Jusco Ayer Keroh je... Dekat dengan rumah saya dulu. 

Ni bila Alisya minta, saya tak tahu pula mana nak cari Bahulu Warisan, di area Gombak ni... Takkan nak pergi Tesco Rawang pulakan?! Jauh tu... (T-T)
Alisya ni jenis susah makan... So, bila dia cakap dia nak makan apa-apa, saya cuba jugalah usaha untuk dapatkan. Kalau nak nasi ayam ke, pulut kuning ke, homemade chocolate ice-cream ke, biskut nestum ke... bolehlah saya buat... Er... ke saya kena apply francais kiosk Bahulu Warisan? Hahahah... 
Ada sesiapa pernah nampak kiosk Bahulu Warisan di area Gombak ni?!

Friday, August 21, 2015

Jiwa Polos Seorang Anak...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selalunyakan kalau hari Jumaat dan Sabtu, Faris dan Alisya akan tidur di bilik Mak Ngahnya. Biasanya dua hari ni je lah sebab hari mereka cuti sekolah. 

Lagipun mereka memang suka sangat la tidur bilik Mak Ngahnya sebab ada aircond (bilik kami ada kipas je... aircond dari rumah Melaka hari tu ada, tapi tak pasang pun lagi... fikir nanti leceh pula kalau nak pindah kena buka semula!).

Hari tu kan encik hubby saya outstation ke Brazil, so, Jumaat dan Sabtu lepas Alisya tak nak pun tidur di bilik Mak Ngahnya. 

Alisya: Alisya tak nak tidur dengan Mak Ngah, sebab nanti mama tidur sorang-sorang. Kesian mama.

Saya: Tak pe je... Mama boleh je tidur sorang-sorang.

Alisya: Abahkan tak de... Kesian mama sorang-sorang. Mamakan masih batuk lagi... Nanti kalau mama batuk teruk, siapa nak jaga?!

(Alololo... cair saya dengar... saya memang sedang dilanda batuk sejak pertengahan raya hari tu... selalunya memang waktu nak tidur la saya batuk kuat sebab gatal tekak.)

Saya: Mama dah besar dah... boleh je tidur sendiri. Kalau batuk mama minum air ni (sambil tunjuk botol air saya)

Alisya: Tak pe lah... Alisya teman mama. Mak Ngah tak pe, abang tidur dengan Mak Ngah. Alisya tidur dengan mama.

Alahai... baiknya kamu ni sayang! Untung mama ada orang nak jaga time mama tak sihat dan abah jauh... Moga kamu jadi anak yang solehah yea, Alisya!


Nota kaki: Anak-anak kecil ni jiwa mereka sangat polos. Bila mereka boleh cakap dengan lancar, kata-kata mereka juga sangat menenangkan... (^_^)

Tuesday, July 14, 2015

Kad Raya Ala Tradisi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sedar tak sedar kita dah pun di penghujung Ramadan. Sedih pula rasa... Tapi memang tak dapat dinafikan, masa semakin cepat berlalu dalam sedar tak sedar. Moga Allah bimbing saya, awak, awak dan awak agar tidak terpesong dari landasan iman. Amin...

Lama dah saya tak terima kad raya, saya yakin kebanyakkan dari kita pun jarang menerima kad raya sejak teknologi mengambil alih. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Yana Yani sebab sudi mengirimkan kad raya pada saya tahun ni. Dalam sayup-sayup saya berblog, masih juga Yana ingat pada saya. Terima kasih banyak-banyak ye Yana. Moga Allah kuatkan ikatan persahabatan kita sampai ke Jannah. Amin...

Disebabkan saya dapat kad raya dari Yana tu la, anak-anak merengek nak bagi kad raya dekat BFF mereka. Saya pun layankan je lah... Maklumlah, nanti anak-anak tak merasa pula nak bagi kad raya kan?! Bukannya nak bagi satu kelas pun kan... Bila saya tanya Alisya nak bagi kad raya pada siapa, terus dia jawab Nur dan Izz.

Disebabkan Alisya belum pandai tulis, saya pun pegangkanlah pen. Bila tanya nak tulis apa? Dia cuma jawab apa-apa je lah mama. So, oklah... ada juga pengalaman bagi kad raya pada kawan sekolah tadika. 😜
Alisya (tengah), tak nampak macam budak 5 tahun ja...
Muka nampak matang pula... Haih!

Tak lama lepas hantar Alisya ke sekolah pagi tu, Cikgu Alisya hantar gambar ni pada saya. Katanya "terima kasih bagi kad raya pada Nur dan Izz." Hehehe... Comel je nampak anak-anak ni... 

Faris pun excited  tulis kad raya untuk kawannya, Adam dan Afiq. Tapi sayang saya tak sempat ambil gambar... Sibuk membakar biskut Arab... tapi saya sempat tengok apa yang ditulis dan dilukis dalam kad raya tu... Lepas tu tak sabar-sabar nak pergi sekolah. (^_^) Alhamdulillah, anak-anak rasa puas dan seronok dapat beri kad raya pada kawan-kawan. 


Nota kaki: Elok juga kalau kita perkenalkan pemberian kad raya ala tradisi ni pada anak-anak... tengok macam kawan-kawan Alisya tu... bukan main seronok dapat kat raya kan?! Eh, sama je macam saya... masa Yana minta alamat nak kirim kad raya, excited tak ingat saya... Hahaha... Setuju tak kalau saya kata pemberikan kad raya ni salah satu terapi emosi? Ha cer fikir... :p

Friday, May 01, 2015

Dah Ada Nama Penuh Pulak!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam dua beradik ni berborak sambil pegang anak-anak patung kesayangan Alisya, Ayumi dan Pidori. Tiba-tiba si abang cakap:

Abang: Nama penuh Faris, Adam Faris bin Kamarul Irwan. Nama Alisya pulak Alisya Farha binti Kamarul Irwan. Kenapa sama eh nama kita Kamarul Irwan?

Alisya: Memang la sama... Tu nama abahkan... 

Abang: Tapi nama kawan Faris bin dia lain... Ha... bukan Kamarul Irwan!

Alisya: Memang la... nama kawan Alisya pun lain jugak! 

Abang: Ha ah, peliknya! Nama penuh Ayumi apa?!

Alisya: Ayumi je...

Abang: Mestilah ada bin apa... eh Ayumi ni girlkan... kalau girl binti la...

Alisya: Tak de binti apa-apa...
Ayumi yang warna biru, Pidori yang warna putih... :D

Abang: Kalau macam tu kita letak Ayumi binti Muhammad Zulkhairi.

Alisya: (Tak jawab... sambil tu dia berfikir...) Oklah! (Sambil peluk dan cium Ayumi)

Abang: Pidori pulak! Pidori binti Muhammad Yusof. 

Alisya: Kenapa nama abah dia tak sama?!

Abang: Ye la, yang ni (Ayumi) kita beli dekat Melaka. Yang ni (Pidori) beli dekat KL! Memang la tak sama.

Lepas tu dua-dua bantai gelak terkekek-kekek. Saya yang mendengar pun sakit perut dibuatnya.

Malam sebelum tidur, saya explain kenapa nama mereka bin/binti yang sama. Macam biasa, soalan Faris punyalah banyak, sampai semua tertidur dibuatnya!

* * *

Monday, January 19, 2015

Alisya Tersentap!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Hari ni dah mulalah tugas saya hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Minggu pertama persekolahan tu encik hubby saya yang hantar dan ambil mereka. Bila encik hubby dah mula kerja ni... kelam kabut jugalah saya nak buat semua. 

Tengah hari tadi masa jemput Alisya dari tadika, tengok dia monyok je... Dalam hati, "dah kenapa pula?!"

Saya: Alisya kenapa?! Best tak sekolah?! (Alisya senyap je sampai masuk kereta.)

Alisya: Kawan Alisya marah Alisya. (Suara getar, dah nak menangis)

Saya: Marah kenapa?!

Alisya: Dia ckp dekat Alisya, "kau ni apa hal?" Boleh ke cakap macam tu?!

Saya: Alisya buat apa kat kawan Alisya tu?!

Alisya: Alisya tak buat apa-apa pun... Alisya kacau dia sikit je... Tiba-tiba dia cakap macam tu.

Saya: Ooo... memang la... sebab Alisya kacau dia, dia marah la...

Alisya: Tapi boleh ke cakap macam tu?! Tak baikkan cakap macam tu... Alisya nak kawan je...

Saya: Dia tak sengaja kot?! Nanti kalau Alisya nak kawan dengan dia, Alisya cakap elok-elok... Jangan kacau dia... 

Alisya: Alisya tak nak kawan dengan dia... Alisya nak kawan dengan orang yang cakap baik-baik je...

Alahai anak... sentap pula kamu yea... dah kamu kacau kawan tu, dia marah la... :P
 

Wednesday, February 15, 2012

Mungkin dah Serasi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alisya ni memang susah nak
pandang kamera...
Dah lama juga saya tak bercerita tentang Adam Faris di Taskanya... Dah hampir 2 bulan dia sekolah... Belajar ABC, 123, lagu kanak-kanak, membaca doa, membuat aktiviti-aktiviti seperti memberus gigi, bermain dan sebagainya... 

Untuk 3 hari yang lepas... Faris dah tak nangis lagi bila abahnya hantar ke sekolah... dia nampak dah serasi atau dalam erti kata lain, dah dapat menerima hakikat bahawa dia kena pergi sekolah! :p 

Banyak juga lagu kanak-kanak yang dia ajar adiknya... Salah satu lagunya cam gini:
"Tanya cama kopok, apa cebab goyang,
Nanti jawab kopok, angin yang gonchang..."
(heheh... Faris masih lagi pelat... dah berapa kali saya cakap POKOK.. dia tetap sebut KOPOK... Alisya pun layan jek abang dia nyanyi versi pelat...)

2 hari lepas dia hafal 2 baris tu je... hari ni dia dah hafal lagu tu (walaupun masih sebut dengan pelat) siap dengan gaya-gaya sekali...Kelakar pulak tengok dia... (sebab Faris montel sikit...)

Tadi, lepas abah ambil dia dari sekolah, abah cakap Faris nangis... 
Saya tanya kenapa? 
Dia mengamuk, main musical chair, dia kalah dia meraung-raung kata nak MENANG... :p 

Saya gelak je la... terus teringat semalam lumba naik tangga siapa menang... Dah tentu la mamanya ni menang... dia meraung sakan... sampai menitik-nitik air mata... Akhirnya saya kena lumba lagi sekali... then kasi dia menang... baru la dia ok... Bila dah menang tu macam biasa la... belagak kata "mama ngan Alisya kalah...!!" (dia ulang-ulang banyak kali yang dia menang, sampai rasa sakit hati pulak... :P)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...