Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Surirumah. Show all posts
Showing posts with label Surirumah. Show all posts

Friday, February 19, 2016

Cara Mudah Kupas Bawang Putih

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selalu kalau ada apa-apa tips di dapur yang singgah di timeline Facebook saya, memang saya akan cuba. Lagi-lagi yang memudahkan dan menjimatkan masa kerja-kerja di dapur. 

Kalau bercakap tentang bawang merah dan bawang putih, dua bahan ni memang antara bahan wajib digunakan dalam masakan. So, kadang-kadang nak mengupas bawang ni akan makan masa yang  lama di dapur.

Apa yang saya selalu buat, saya akan kupas bawang merah dan putih ni sekali arung, biasanya hujung minggu pada hari Sabtu atau Ahad. Dah siap, simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. So, bila nak pakai just ambil je.

Dalam entri ini saya nak kongsi cara mudah kupas bawang putih, tak perlu pakai pisau tau! Apa yang anda perlukan hanya botol kaca bertutup.

Leraikan bawang putih tu seulas-seulas ke dalam botol kaca. Letaklah berapa banyak pun asalkan ada ruang untuk bawang putih tu bergerak bila digoncangkan. Goncanglah beberapa kali. Kemudian anda akan dapat lihat, kulit bawang putih dah pun tertanggal.

Kerja goncang-goncang ni bolehlah bagi pada anak-anak, saya bagi Faris buat... Suka la dia bila disuruh goncang dan excited bila tengok semua kulit bawang putih tu dah tanggal. Dia buat magik katanya. Bila dah tanggal semua kulit tu, dia masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais terus.


Senangkan?! Jimat masa mengupas bawang putih. Maklumlah nak kupas satu-satu memang sengsara la juga. Ha... dah tahukan? Selamat mencuba! (^_^)

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

Wednesday, October 28, 2015

Resipi Mudah: Asam Pedas Ikan Kembung

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Subhanallah... Semalam saya ada terbaca entri kak Malinda pasal Asam Pedas Johor. Saya dah lama mencari resipi Asam Pedas yang kena dengan tekak saya. Selama ini saya masak... ada yang tak kena rasanya. Lepas baca entri kak Malinda tu saya nekad nak cuba... So, hari ni saya cari ikan kembung dan daun kesum, sebab dua bahan ini yang tiada dalam peti ais saya.

Dalam entri kak Malinda tu kan tiada sukatan-sukatan... Saya redha je la sukat ikut suka saya... (T_T) Tapi kalau ikut arwah mak saya dulu pun, bila tanya berapa banyak nak letak dia akan cakap, "agak-agak je la". Orang dulu-dulu masak yang agak-agak tu la yang sedap iye kan?

Ok saya share dulu resipi Kak Malinda (sukatan ikut agak-agak saya tadi):
 
Ikan kembung - ikutlah berapa ekor nak letak
4 biji bawang merah (kak Malinda pakai bawang besar)
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 inci halia
1 1/2 sudu cili kering kisar
2-3 sudu besar asam jawa - campurkan dengan 3 gelas air dan dapatkan airnya (atau ikutlah nak cair ke pekat ke).
Bendi (saya tambah :p)
Daun kesum
Gula dan garam ikut rasa 
Minyak untuk menumis

Cara-caranya:

1. Bawang merah, bawang putih, kunyit hidup dan halia ditumbuk dan ditumis dengan sedikit minyak, sehingga naik bau.

2. Bila dah bau dan sedikit garing bahan tumis tu, masukkan cili kering kisar. Masak sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa tadi, kacau sebati. Masa ni saya masukkan bendi, sebab bendi ambil masa juga nak lembut.

4. Bila kuah dah nak mendidih saya masukkan daun kesum (masukkan ikan kembung juga dan biarkan sehingga ikan masak)

5. Perasakan dengan gula dan garam.


Walla!! Dah boleh dihidangkan... OK, jangan dicari mana ikan kembung saya... Hahaha... Sebab saya hanya goreng je ikan kembung tu (garam, serbuk kunyit dan sedikit cili kering kisar = perap sekejap dan goreng garing).  Sebab encik hubby saya tak berapa suka ikan yang dalam kuah... so, saya asingkan. Kiranya asam pedas saya tu memang kuah dan bendi semata-mata.

Saya masak siap masak jam 10.45 pagi... Elok je kuah asam pedas saya masak, terus saya senduk nasi panas... Tak menahan tau baunya... Memang memanggil-manggil suruh makan... Bayangkanlah, Faris yang tak berapa suka kuah-kuah ni pun minta saya letakkan asam pedas ni pada nasi dia... Memang sedap baunya!


Daun kesum tu memang saya makan, sejak Ina kata daun kesum untuk awet muda... Kot la betul boleh la perasan muda... :p Lepas Asar tadi saya mengulang makan asam pedas tu... Sedapnya la hai... Apa pun saya nak cakap terima kasih sangat-sangat pada kak Malinda atas resipi dia tu... 

"Kak... Sedap bangaaatttt kak!!!" (^_^)

Monday, April 13, 2015

Resipi Mudah: Sambal Telur Pecah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Lama tak share cerita di sini... Ada juga rakan-rakan blogger yang Whatsapp bertanya khabar. Alhamdulillah, saya baik-baik saja... Cuma batuk dan selsema yang belum berkesudahan...

Saya tak sangka bisnes Tasbih Mini yang saya baru cuba-cuba, amat menggalakkan... (dekat sini pun saya tak sempat nak update pasal Tasbih Mini). Maka saya agak sibuk uruskan tempahan. InsyaAllah ada kesempatan saya akan update blog ni. Cerita tentang Adam Faris dan Alisya Farha pun banyak yang saya nak tulis... kena curi-curi masa sikit dalam masa buat tasbih nanti.

Untuk kesempatan ni, saya nak share resipi mudah Sambal Telur Pecah. Kalau tak pecahkan telur pun, kita boleh goreng atau pun rebus. Proses pun sama je...

Bahan-bahan:

6 biji telur
1 tauhu (dipotong kecil, digoreng dan ketepikan)
1/2 genggam ikan bilis (bersihkan, digoreng dan ketepikan)
3 sudu besar cili kisar
1 biji bawang besar (hiris nipis)
1 sudu besar gula
Garam secukup rasa

Caranya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan masukkan cili kisar. Masak sehingga pecah minyak.
2. Masukkan telur dan kacau rata, sehingga telur masak.
3. Masukkan tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng.
4. Perasakan dengan gula dan garam. Siap untuk dihidang.

* Boleh juga kalau nak masukkan tempe goreng ke, ubi kentang goreng ke... ikut selera masing-masing. Atau kalau anda nak buat SUP TELUR boleh juga... 

Selamat mencuba! (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, January 29, 2014

Wordless Wednesday #47

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Rabu,


Kupasan isu tentang Fiqah Kulinari dalam Malajah Al-Ustaz, sangat menarik...!! Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah bermula dengan ilmu ketika membeli bahan mentah, memasak dan seterusnya menghidangkan makanan tersebut. 

Eh betul... Nak masak pun kena ada ilmu... kena ada kefahaman... Mana yang  halal, bila yang jadi haram, semua kena tahu...

Wanita (khususnya surirumah)... Isu Fiqah Kulinari ini sangat dekat dengan kita... Jom tingkatkan kefahaman kita, dalam menyediakan hidangan untuk ahli keluarga... Dapatkan Majalah Al-Ustaz, Isu No. 22 di pasaran dengan harga RM9.00 sahaja.

JOM CARI ILMU! (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, January 12, 2014

Seminggu Kelelahan...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seminggu yang cukup mencabar buat saya... Kelelahan melayan karenah anak-anak yang baru memulakan persekolahan... Darjah 1 buat Adam Faris... dan Tadika buat Alisya Farha yang berusia 4 tahun... dan sifat yang sangat berbeza antara keduanya... 

Saya masih belum ada masa yang tetap untuk jadual terbaru saya... Sana sini masih lagi kelam kabut... Lagaknya masih belum boleh mengatur jadual dengan sempurna... 

Secara ringkasnya ini adalah waktu saya perlu menghantar dan mengambil kedua AF saya dari/ke sekolah:

7.10 pagi - Faris masuk sekolah (biasanya encik hubby yang akan hantar, sementara saya siapkan Alisya...)

8.00 pagi - Alisya masuk tadika (untuk seminggu yang lepas saya kena ikut atas permintaan Alisya)

12.00 tengah hari - Alisya habis tadika.

12.35 tengah hari - Faris keluar sekolah (untuk seminggu yang lepas... bermula minggu depan Faris habis sekolah 1.05 petang)

2.15 petang - hantar Faris ke sekolah agama.

6.00 petang - Faris balik sekolah agama hari Isnin - Rabu (Khamis dan Jumaat Faris mengaji di Tadika lamanya bermula jam 2.30 - 4.30 petang...)

Dapat bayangkan tak macam mana jadual saya untuk mengemas, memasak dan membasuh/sidai/angkat/lipat kain serta lain-lain kerja rumah?!?! 

Blog memang saya tak sempat jenguk minggu lepas... Tengok kejap-kejap je dari skrin kecil handphone saya... Mudah-mudahan saya dapat aturkan segalanya dengan baik by next week.

Kisah seminggu yang lepas... 

Adam Faris: Setiap pagi akan 'sakit perut', muntah dan cuba mengelak untuk ke sekolah... (baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama) sampai sekolah menangis... 

Aduhai... macam-macam yang saya dan encik hubby buat..Terpaksa bawa makan fast food, jalan-jalan, beli mainan dan macam-macamlah permintaannya...

Encik hubby akan tunggu di depan pagar sekolah sehingga perhimpunan sekolahnya selesai... Bila dia dah masuk sekolah baru encik hubby balik. 

Hari kedua sekolah, encik hubby belikan Iron Man sebagai umpan supaya dia tak menangis lagi di sekolah... Tapi tak menjadi sebab hari ketiga dan keempat dia masih menangis. 

Hari keempat dia request untuk dibelikan jam tangan... Saya cakap, hari Sabtu saya akan belikan jika dia tak menangis lagi...

Hari kelima sebelum ke sekolah, saya cakap kalau dia pergi sekolah dan tak menangis, saya akan bawa dia ke taman... Deal... Dia tak menangis dan saya tunaikan janji... Minggu depan tak tahu la macam mana...

Semalam saya dah belikan jam tangan untuknya dan buat heart to heart discussion dengannya... Hasil dari discussion tu nampak macam dia dah mula faham kenapa dia perlu ke sekolah... (Harap-harap begitu la...)

Alisya Farha: Hari pertama tadika dia sangat excited... Lepas dah salam terus masuk sekolah tak toleh saya lagi... Saya dan encik hubby tunggu juga takut kalau-kalau dia menangis... Tapi tak de pun... Lalu kami pun beredar... Masa jemput dia, cikgu cakap Alisya menangis sekejap sebab tiba-tiba teringatkan saya... Dia tanya cikgu, "mana mama?" Alahai...

Hari kedua, dia menangis kuat masa saya hantar dia ke tadika... puas pujuk... menitik-nitik air mata... Kesian pula... saya peluk dia erat-erat dan cakap saya akan datang pukul 12.00... Cikgu cakap, lepas saya balik tu... dia berhenti menangis... encik hubby belikan mainan Hello Kitty untuk dia... Juga sebagai umpan agar tak menangis lagi...

Alhamdulillah Alisya memang tak menangis lagi sejak dapat mainan Hello Kitty tu... Cikgu pun selalu puji, kata Alisya cepat dapat apa yang diajar...

Alisya memang tak banyak karenah di tadika... yang penting saya mesti hantar dan jemput dia balik... 

Dan untuk seminggu yang pertama, macam-macam cerita yang saya kena dengar sepanjang hari... Alisya asyik bercerita tentang Adibah, Iman dan Afina... 

Manakala Faris bercerita tentang cikgu-cikgunya... (setakat minggu lepas, Faris masih belum ada kawan... sebab tak de nama kawan yang disebut lagi...) sehinggalah mereka terlelap jam 9.30 malam... 

Cerita tentang sekolah, kawan dan apa yang dibelajar di sekolah dah jadi bedtime story untuk saya... sebab saya pun akan terlelap bila mereka terlelap... :P


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, November 14, 2013

Bila Masak Ayam Goreng Kunyit...

Bismillahirrhmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setiap kali kalau saya masak ayam goreng kunyit ni mesti tersengih-sengih teringat perbualan saya dan encik hubby. Perbualan lebih kurang macam ni:

Encik hubby: Teringat pulak kedai Sue bila masak lauk macam ni... (sambil tenung ayam goreng kunyit yang saya masak...)

Saya: Hah?! Teringat kat Sue? Abah jangan macam-macam...!!

Encik hubby: Eh tak!!! Dulukan kita selalu pesan lauk ni kat kedai dia... Order ikut telefon je... Lepas tu singgah ambik... Mama dia bukan nak masak pun dulu...

Adeh terkena gak!!! Tergelak sakan lepas tu... Sue tu tokey kedai makan kat area rumah kami di Kuantan dulu. 

Masa di Kuantan saya memang hanya masak pada hari minggu je... Hari-hari biasa kami memang order dari kedai Sue tu... Habis office hour kami call dan ambik makanan tu sebelum sampai rumah... 

Masa kerja dulu rasa macam tak cukup kaki tangan je, dengan kerja office bawa balik rumah, dengan AF saya yang masih kecil... (Eh tapi ni semua alasankan?!)

Ish bila fikir balik... Teruknya saya dulu... tak rajin masak!! Asik makan lauk kedai je!! Padahal ayam goreng kunyit je pun... Haih! 


Nota kaki: Masa kerja dulu rasa macam tak de masa nak fikir pasal hal-hal rumah, rasanya priority dulu adalah kerja!! Sekarang ni baru tersedar... bahawa keluarga itu adalah paling utama!

Entri berkaitan:

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, July 31, 2013

Wordless Wednesday #35


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 22 Ramadhan,

Berikut adalah tip mudah bagi mengetahui sama ada telur yang dibeli dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. Kredit kepada Facebook: Kedai Mama And Kids.


* * * 


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.


Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Sunday, June 30, 2013

Resipi Mudah: Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lebih kurang 9 hari lagi kita akan menyambut kedatangan Ramadhan. In sha Allah... Seronoknya nak Ramadhan dah kan...? Biasanya saya akan buat Sambal Ikan Bilis Tumbuk ni, sebab kadang-kadang waktu sahur tak berapa selera nak makan. Tapi bila nampak sambal ikan bilis tumbuk ni... Sure berselera sahur... Jom saya kongsikan resipi dari arwah ibu saya...


Bahan-bahannya:
3 genggam ikan bilis (ditumbuk lumat)
10-15 biji bawang merah (ditumbuk)
5-7 ulas bawang putih (ditumbuk)
Minyak untuk memasak

Cara memasak:
1. Satukan kesemua bahan dalam satu bekas.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam minyak panas (pastikan bahan-bahan tadi sedikit acup/tenggelam dalam minyak). Gaul dan kacau hingga sebati.
4. Masak sehingga berbuih seperti dalam gambar di bawah. (ikan bilis telah masak/garing dengan sempurna jika mula berbuih)
5. Bila dah berbuih 3-5 minit, tutup api dan angkat. (biasanya saya akan tos dulu minyak yang berlebihan...)
6. Masukkan dalam Tupperware/bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.

Kacau dan biarkan berbuih hingga 3-5 minit.

Selamat mencuba semua... Salam Ramadhan juga in advance... (^_^)

Thursday, June 27, 2013

Buat Sendiri: Cili Kering Kisar / Pes Cili Kering

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Beberapa kali juga saya perasan keyword cili kering kisar yang dicari di dalam blog saya ni. Tapi baru ni saya print screen. Disebabkan keyword ni "rajin" keluar, makanya saya buatlah entri tentang cili kering kisar atau pes cili kering versi saya ya... ^_^

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 atau 3 genggam cili kering (rebus dan toskan)
25 biji bawang merah (kupas kulit dan bersihkan)
15 ulas bawang putih (kupas kulit dan bersihkan)
2 inci belacan (atau ikut berapa banyak nak letak) 
Sedikit garam kasar
Sedikit air (tidak perlu banyak, asal blender boleh berputar)

* saya biasanya agak-agak je berapa banyak nak diblend.*

Cara-caranya:
1. Blendkan semua bahan. 
2. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. 

Bolehlah digunakan pada bila-bila masa. Mudahkan?! Cili kering kisar ni boleh tahan lama... So, memang tak de masalah jika disimpan dalam peti sejuk. Dengan cili kering kisar anda boleh masak:

Mee atau bihun goreng
Nasi goreng
Ayam goreng berempah (perapan)
Paprik ayam
Sambal ayam
Sambal ikan (berkuah)
Sambal ikan bilis + tempe
Sambal ikan tenggiri
Sambal kentang + ikan bilis
Sambal sotong
Sambal telur rebus / telur pecah
Sambal terung
Sambal udang
Ayam Masak Merah
Asam Pedas Ikan Kembung

Dan macam-macam lagilah boleh dimasak dengan cili kering kisar ni... Kadang-kadang saya masukkan juga pes ni dalam masakan kari saya... Tak kisahlah... Masak asam pedas pun boleh... Tentu anda lebih kreatif dari saya... ^_^

Entri berkaitan:

Mudah bila dah siapkan semuanya... Jimat masa di dapur.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...