Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Seperti
yang saya janjikan dalam entri ini, saya nak kongsikan pengalaman saya mendapatkan khidmat
pembersihan (cleaning service) dari Titans
Cleaning Services. Disebabkan penyewa lama nak keluar dari rumah tu, maka saya kenalah pastikan rumah tu bersih untuk penyewa baru masuk.
Seriously, masa mula-mula tengok rumah tu saya rasa nak menangis... Nak tahu kenapa? (AMARAN: Kepada mereka yang penggeli, sila JANGAN TENGOK)
![]() |
Di bahagian dapur... |
![]() |
Mereka memasak di bahagian ini... |
![]() |
Semua 5 kipas berhabuk tebal... termasuk yang ni... |
![]() |
Bilik air di master bedroom... |
![]() |
Bilik air kedua... |
Sedihkan?! Itupun ruang tamu dan bilik saya tak ambil gambarnya sebab barang mereka pun masih banyak lagi ketika tu... Oh ya, penyewa saya adalah 4 orang budak bujang bekerja yang dibawa oleh agen saya ketika tu... so what do you expect from the bachelors kan?! Saya memang dah agak benda ni akan jadi... dan saya tak nak penyewa bujang sebenarnya! Tapi ketika itu, kami tak de pilihan... plus kami kasihankan mereka yang terdesak mencari rumah sewa...
Ye la, saya memang berhajat nak duduk rumah tu satu hari nanti bila Encik hubby dipanggil untuk berkhidmat di Kuala Lumpur semula. Rumah tu pun tak plan untuk disewakan. Sebelum ada orang nak menyewa, rumah tu pun dah kosong dalam setahun lebih. Kami cuma menjenguk sekali sekala bila turun ke KL. Kata orang rumah tinggal lama-lama tak berpenghuni pun tak elok juga... Maka kami sewakan...
Apapun, setelah dibersihkan oleh Titans Cleaning Services... Saya sangat-sangat berpuas hati... Inilah hasilnya... (^_^)
![]() |
Dinding di dapur dah bersih :) |
![]() |
Sinki berkilat! |
![]() |
Kipas bersih... macam baru... |
![]() |
Siap buka dan bersihkan... |
![]() |
Toilet dua-dua dah bersih... Kesian mereka menyental... Lama! |
![]() |
Siap bersihkan tingkap di bahagian luar... berdiri kat bumbung... |
Sangat-sangat berterima kasih kepada pekerja Titans Cleaning Services sebab bersihkan rumah sewa kami... Mereka yang membersihkan satu rumah sewa saya, luar dan dalam, lantai ke siling... hanya 2 orang (selama lebih kurang 9-10 jam mereka membersihkan rumah tu... bermula 10 pagi) dan semuanya bersih! Sangat puas hati...
Kata Encik hubby di sebelah pagi tu, kedua-dua pekerja (seorang India dan seorang warga Indonesia) ada juga 'bising' katanya, "Ini orang tak pernah cuci ka? Macam mana boleh hidup?" :p
Oh ya... Jumlah yang kami bayar kepada Titans Cleaning Services adalah RM300. Atas persetujuan dengan penyewa, kami tolak RM300 dari deposit ketika mula-mula mereka masuk dulu... So, selesai masalah... dan sekarang dah pun masuk penyewa baru. Pasangan baru berkahwin... Moga mereka ada rasa sayang pada rumah kami tu... Amin...
Apapun saya sangat berterima kasih kepada penyewa lama sebab mereka tidak melanggar perjanjian yang dinding tak boleh diketuk, dipaku atau di drill... Alhamdulillah... (kalau tak satu hal pula nak menyimen dan cat...)
By the way, Titans pun ada ambil khidmat pembersihan mengikut jam: 2 jam RM70. Untuk maklumat lanjut boleh call Mr Kumar di 012-6925001/012-6925030.