Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Thursday, April 30, 2020

Adakah Ini Kerana Penyakit Hati?



Perasan tak?
Orang yang pernah rasa hidup susah, akan tinggi nilai kasih sayangnya.

Perasan tak?
Orang yang pernah rasa hidup serba tidak ada, akan tinggi rasa syukurnya.

Perasan tak?
Orang yang pernah rasa hidup menerima bantuan orang lain, akan tinggi rasa tanggungjawabnya.

Perasan tak?
Orang yang pernah rasa hidup kelaparan, akan tinggi rasa nikmat hidupnya.

Perasan tak?
Orang yang pernah rasa tidur berbumbungkan langit dan beralaskan tanah akan tinggi rasa ihsannya.

Bila mereka berjaya keluar daripada kesulitan dan kepayahan hidup, mereka akan ada rasa tanggungjawab yang tinggi pada insan lain.

Bila mereka berjaya menikmati hidup yang lebih baik, mereka akan cuba membantu insan yang senasib seperti mereka dulu.

Bila mereka diberikan kekayaan harta benda, mereka akan memberi dan membantu seramai mana yang boleh agar turut dapat keluar dari kesempitan hidup, seperti mereka.

Hidup kita ni tak lama...
Didik hati kita agar tidak menjadi Tuhan yang melabel keikhlasan hati orang lain.
Didik hati kita, untuk terus bersangka baik atas segala perbuatan baik yang ditunjukkan orang lain.
Pujuk hati kita untuk melihat kebaikan orang lain sebagai asas memperbaiki kehidupan kita sendiri.

Tidakkah kita mahu menjadi manusia yang sentiasa disebut-sebut oleh penduduk langit, atas kebaikan kita di dunia?

Jika kita tak mampu turun padang, bantulah dengan memberi sumbangan.
Jika kita tak mampu menyumbang, bantulah dengan berdoa.
Atau jika tak mampu berikan kata-kata yang positif,
Lebih baik duduk diam.

Tepuk dada,
Apa khabar hati kita?

Sokong sesiapa saja yang berbuat baik.



Bab 3 dan 4  modul Matematik, Mathzier dah dilancarkan semalam, untuk Tahun 4. 5 dan 6. TIADA VIDEO penerangan disediakan seperti Bab 1dan 2 kerana PKP. Video akan dijual berasingan selepas PKP. Bab 3 dan 4 akan dijual RM25/satu Bab, atau beli secara kombo hanya RM40. Dapatkan di link berikut,
t.me/celikmatematik

Wednesday, February 24, 2016

Jihad Dakwah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jihad dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Ramai yang beranggapan kerja-kerja dakwah itu perlu dilakukan oleh Ustaz dan Ustazah.

Sebenarnya kerja-kerja yang berkaitan dengan dakwah itu sendiri bukan hanya terletak di atas bahu mereka, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama setiap Muslim.

Dakwah tidak semestinya perlu berceramah di khalayak ramai. Dakwah bukan hanya dilakukan di Surau atau Masjid. Ia boleh disampaikan dalam pelbagai cara dan di mana sahaja.

Cuba lihat bungkusan nasi lemak ni... Apa yang anda nampak?


Ada kaitan dengan "dakwah"? Meh... saya close up lagi...


"Dunia untuk manusia, manusia untuk Akhirat"

Ini adalah sebahagian dakwah santai. Sambil makan nasi lemak, bila tengok mesej pada kertas bungkus nasi lemak tu rasa... "eh betullah, manusia untuk akhirat..."

Saya tak cakap tentang orang lain... Saya sendiri bila baca mesej tu, terus sentap. Dalam hati... betul, saya banyak sangat leka dengan dunia. Persediaan Akhirat tu... rasanya banyak yang tak cukup. Terus rasa takut, sebab tak cukup amal lagi.

Itulah dakwah. Teguran secara tidak langsung. Saya doakan moga pemilik nasi lemak ni sentiasa dalam rahmat Allah. InsyaAllah. Amin

Sebab tu orang cakap, manusia ni mudah lupa... perlu selalu diingatkan walau dengan satu ayat. Betulkan?
 
Cara mudah dapat pahala, dengan jihad dakwah:

1. Sebarkan salam - jika keluar rumah, dan berjumpa dengan saudara seagama kita ucapkanlah Assalamualaikum. Secara tak langsung kita dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

2. Tuliskan zikir/selawat (contoh: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar) pada wall media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap kali orang membacanya kita peroleh pahala.

3. Kongsikan waktu solat - apabila masuknya waktu solat, kongsikannya di media sosial, secara tidak langsung kita mengingatkan masuknya waktu solat. Kalau ada yang terbaca status kita, maka dia segera solat, maka kita juga akan mendapat pahala.

4. Kongsikan apa juga ilmu/bahan bacaan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain, walaupun ia hanyalah satu ayat. Mana tahu jika ada yang mengamalkan ilmu yang kita kongsikan itu, kita turut mendapat pahala.

Saya percaya kebanyakkan daripada kita memang memiliki media sosial, so bolehlah kita usahakan untuk sama-sama ingat-mengingatkan antara satu sama lain, macam apa yang dibuat oleh pemilik nasi lemak ini... 

Nota kaki: Kita yang bergelar blogger ni pun, kalau kena dengan niat kita dalam menulis... boleh jadi dakwah jugakan?! Tulis yang baik-baik, kongsi ilmu yang baik-baik, beri tips yang mendorong kepada kebaikan... selagi mana penulisan kita memberi manfaat kepada orang lain selagi itulah kita beroleh pahala... Jom perbetulkan niat, moga adalah entri kita bermanfaat untuk pembaca kita... InsyaAllah...

* * *

Riyadus Solihin
(Taman Orang Soleh)
Harga asal: RM 120
Kini diskaun 50% RM 60 sahaja
(sehingga 29 Februari 2016 sahaja)

Wordless Wednesday #61

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
 
 Untuk sama-sama kita renungkan...

* * *

-->

Thursday, February 11, 2016

Carilah Pengasuh...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ni memang cukup sensitif bila orang bercerita pasal ibu bapa. Tak kisahlah atas topik apa sekali pun. Bila dikaitkan dengan ibu bapa, memang boleh buat saya menitiskan air mata. Mungkin juga disebabkan kedua ibu bapa saya sudah pun tiada untuk saya membalas jasa dan menambah pahala.

Hari tu, saya baca perkongsian DrRich DrRahim di Facebooknya, tentang seorang makcik yang datang mengadu tentang dirinya yang perlu menjaga cucu-cucunya, sehingga dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya sendiri. (Anda boleh baca perkongsian (artikel penuh) tersebut di sini)

***



"Doc, Mak Cik ni dah tua. Kubur dah panggil mai, rumah dah halau pi. Dah le berumur teringin benar nak bermesra dgn si suami Mak Cik ni yg setia. Boleh le kami berdua2an dgn umur yg secebis tinggal ni. Tapi doc......cucu ni......". 

Doc nampak matanya mula bertakung seumpama sebuah kolam menitis berlenang di hujung mata lalu terlenang2 di pipi.

" Cucu pertama, di letak di rumah saya. Suruh saya jaga dan bela krn Anak pompuan Mak Cik kata dia bekerja dan tak percaya org lain bela wlpun di nusery. Tok Wan kata tak pa le...bela kejap2 je. Tapi anak pompuan ambil kesempatan letak lagi lama dgn Mak Cik dan kadang2 Sabtu Ahad waktu cuti pun letak cucu tu dgn Mak Cik. Kadang2 Mak Cik terasa macam hamba abdi.

Sepatutnya...dah tua macam Mak Cik patut le ada masa dgn Pak Cik. Sama2 tambah amal ibadat dan mengaji bersama Pak Cik....amalan nak keakhirat Mak Cik dan Pak Cik tak banyak doc. Dah pension...nak le cari saham akhirat pula kan doc. Ni duk jaga cucu...kadang2 tiada masa bermesra dgn Pak Cik tu.

***

Sebagai seorang anak, kita sepatutnya meringan beban orang tua kita, membahagiakan mereka, ada rasa ihsan kepada mereka. Bukannya bebankan mereka dengan menjadikan mereka penyelesaian kepada masalah kita.

Tak payah tengok jauh, setiap kali saya hantar dan ambil anak-anak balik dari sekolah, saya lihat ramai di kalangan mereka adalah atuk dan nenek kepada pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan, usia mereka dah lewat 50-an dan awal 60-an, tapi masih lagi bersesak menunggu cucu keluar sekolah. Ada yang sakit lutut, ada yang tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama, ada yang dah tak berapa nampak dan macam-macam lagilah! Kesian tau!

Dahlah kena jaga cucu, still kena masak, kemas rumah, basuh kain baju, solat pun terkejar-kejar. Pendek kata masa untuk berehat tu memang tiada. Isnin hingga Jumaat dah memang confirm jaga cucu, weekend pun dihantarnya juga, konon dengan alasan nak kemas rumah sendiri, nanti anak-anak kacau. Habis, bilanya ibu dan ayah nak rehat?!

Ini arwah mak dan ayah saya...
Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Amin...
Lebih mengejutkan bila ibu dan ayah yang jaga cucu ni, hanya diberikan duit poket RM50 seorang setiap bulan... Alasannya kalau hantar pada pengasuh kena bayar RM350/seorang anak, kalau transit sahaja RM150/seorang anak. Tapi kalau hantar pada ibu dan ayah hanya perlu bayar RM100 (Ibu RM50, Ayah RM50) untuk 4 ke 5 orang anak! Memang jimat banyak tu!

Berpada-padalah. Kasihanilah ibu dan ayah kita ni... Mereka perlukan rehat yang cukup... Menjaga cucu tu bukan tanggungjawab mereka dah... Jangan "gunakan" mereka untuk kepentingan kita sendiri...

Ibu dan ayah kita ni, bila diusia emas mereka, sepatutnya anak-anak tidak membebankan, sebaliknya bersifat prihatin dan berikan mereka kasih sayang. Mereka pun bukan nak sangat duit kita, mereka cuma nak kita berikan perhatian agar dapat diadukan rasa sakit pening mereka tu.

Cuba tanya diri sendiri, adakah bila kita dah umur 60 tahun, kita nak jaga cucu? Mesti kita sendiri pun tak nak... Pada usia emas itulah kita nak spend time bersama suami/isteri kita, pada usia itu jugalah kita nak perbanyakkan amal ibadah dan pada usia itu jugalah kita nak dapatkan rehat yang cukup. Macam tu jugalah, perasaan ibu ayah kita.

Timbang-timbanglah... Kasihani mereka... Carilah pengasuh untuk anak-anak kita... Fikirlah bagaimana cara untuk menambah pahala dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita... Jangan disebabkan mereka menjaga anak-anak kita, menjadikan kita anak yang derhaka...



Nota kaki: Kalau dah tak percaya pengasuh dan nursery berhentilah kerja dan jaga sendiri amanah kita tu.

Saturday, November 07, 2015

Renungan: Mimpi Seorang Gadis

Kisah ini dipetik dari program Motivasi Pagi  - TV 3 oleh Ustazah Norbahyah Mahmood 

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat.

Lalu Rasulullah menegurnya. 

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?" 

Lalu gadis malang itu pun menceritakan hal yang berlaku padanya.

"Ya, Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. 

"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." 

Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut. 

"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga. Disebabkan kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata." 

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.

"Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangan kanannya ada sehelai tuala kecil. Dikibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? 

Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil..Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir... Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. 

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. 

Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal. 

Lalu aku bertanya kepada ayahku, "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menanggung azab di neraka. Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama"

Lalu dijawab oleh ayahnya, "Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di dunia" 

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka. 

Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." 

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.

Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat Islam.

Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYAALLLAH."

Wednesday, August 05, 2015

Wordless Wednesday #57


Tersentuh melihat gambar ini yang singgah di wall FB saya. Caption yang tertulis adalah si suami mengayuh basikal, tetapi dia buta. Manakala si isteri memandu arah, sedangkan dia cacat.

Ya, ini buat orang yang celik hati untuk berfikir... bahawa hidup suami isteri adalah untuk SALING MELENGKAPI. Jika ada "maksud" lain terhadap rumahtangga, maka akan pincanglah ia...

Nota kaki: Moga pasangan ini sentiasa di bawah lindungan Allah. Moga jodoh mereka sampai ke Jannah... InsyaAllah... Amin...

Friday, November 28, 2014

Rezeki Hari Jumaat.. :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni Adam Faris ikut Pak Anjangnya pergi solat Jumaat. Bukan main excited dia nak pergi solat dengan Pak Anjang. Sebaik Pak Anjang start motor, dia dah kelam kabut masuk bilik air, ambil wuduk dan pakai seluar panjang serta kopiah "pinjam" milik Pak Anjang. 

Balik tu, Faris pegang duit RM1. Saya ingat Pak Anjang yang bagi, rupanya ada seorang pakcik yang berikan duit tu pada Faris ketika Faris duduk di tepi dinding masjid setelah mengerjakan solat Jumaat.

Abang saya cerita, katanya pakcik tu dah pun berjalan keluar dari masjid, tetapi kemudian masuk semula dan berikan Faris duit RM1. Masa pakcik tu menghulurkan duit pada Faris... abang saya cakap, "eh duit apa pula ni?" 

Pakcik tu cakap, "tak pe la... ambil je...". Tersenyum dan terus berlalu pergi. Terus abang saya tanya Faris, "Faris ada minta duit ke?" Faris jawab, "Tak de la... Ayies duduk je, lepas tu dia bagi seringgit".

Faris cerita pada saya rupanya, lepas habis solat tu katanya dia rasa haus. Terdetik dalam hati rasa macam nak beli air. Tapi tak bawa duit. Masa dia duduk tu dia terasa sangat nak minum air. Tiba-tiba pakcik tu bagi dia duit. 

Kalau ikutkan duit yang pakcik tu bagi, memang cukup untuk Faris beli sebungkus air. Itulah dinamakan rezeki. Dapat hari Jumaat pula tu. Alhamdulillah. Tapi Faris bila dapat duit tu, sayang pula nak guna, sebab tu dia bawa balik dan suruh saya simpan. Tau pula dia erti "sayang". (^_^)

Nota kaki: Faris memang agak rapat juga dengan abang saya, sebab masa dia baby lagi (masa saya duduk jauh dengan encik hubby), abang saya la tukang dodoikan Faris sampai tertidur...

Wednesday, February 12, 2014

Wordless Wednesday #48



* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, February 05, 2014

Wordless Wednesday #47


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday #35


 

* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain 
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Wednesday, July 03, 2013

Wordless Wednesday #33

Go through status rakan-rakan dan page yang saya follow/like di Facebook. Ternampak status ini... Tersentuh rasa hati... Jika mati sebentar lagi, adakah cukup amalan saya untuk dibawa bersama...?! 



* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...