Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Saya ni memang
cukup sensitif bila orang bercerita pasal ibu bapa. Tak kisahlah atas topik apa
sekali pun. Bila dikaitkan dengan ibu bapa, memang boleh buat saya menitiskan
air mata. Mungkin juga disebabkan kedua ibu bapa saya sudah pun tiada untuk
saya membalas jasa dan menambah pahala.
Hari tu, saya
baca perkongsian DrRich DrRahim di Facebooknya, tentang seorang makcik
yang datang mengadu tentang dirinya yang perlu menjaga cucu-cucunya, sehingga
dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya sendiri. (Anda boleh baca perkongsian (artikel
penuh) tersebut di sini)
***
"Doc,
Mak Cik ni dah tua. Kubur dah panggil mai, rumah dah halau pi. Dah le berumur
teringin benar nak bermesra dgn si suami Mak Cik ni yg setia. Boleh le kami
berdua2an dgn umur yg secebis tinggal ni. Tapi doc......cucu
ni......".
Doc
nampak matanya mula bertakung seumpama sebuah kolam menitis berlenang di hujung
mata lalu terlenang2 di pipi.
"
Cucu pertama, di letak di rumah saya. Suruh saya jaga dan bela krn Anak pompuan
Mak Cik kata dia bekerja dan tak percaya org lain bela wlpun di nusery. Tok Wan
kata tak pa le...bela kejap2 je. Tapi anak pompuan ambil kesempatan letak lagi
lama dgn Mak Cik dan kadang2 Sabtu Ahad waktu cuti pun letak cucu tu dgn Mak
Cik. Kadang2 Mak Cik terasa macam hamba abdi.
Sepatutnya...dah
tua macam Mak Cik patut le ada masa dgn Pak Cik. Sama2 tambah amal ibadat dan
mengaji bersama Pak Cik....amalan nak keakhirat Mak Cik dan Pak Cik tak banyak
doc. Dah pension...nak le cari saham akhirat pula kan doc. Ni duk jaga
cucu...kadang2 tiada masa bermesra dgn Pak Cik tu.
***
Sebagai seorang anak, kita sepatutnya
meringan beban orang tua kita, membahagiakan mereka, ada rasa ihsan kepada
mereka. Bukannya bebankan mereka dengan menjadikan mereka penyelesaian kepada
masalah kita.
Tak payah tengok jauh, setiap kali saya
hantar dan ambil anak-anak balik dari sekolah, saya lihat ramai di kalangan
mereka adalah atuk dan nenek kepada pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan, usia
mereka dah lewat 50-an dan awal 60-an, tapi masih lagi bersesak menunggu cucu
keluar sekolah. Ada yang sakit lutut, ada yang tidak boleh duduk atau berdiri
terlalu lama, ada yang dah tak berapa nampak dan macam-macam lagilah! Kesian
tau!
Dahlah kena jaga cucu, still kena
masak, kemas rumah, basuh kain baju, solat pun terkejar-kejar. Pendek kata masa
untuk berehat tu memang tiada. Isnin hingga Jumaat dah memang confirm jaga
cucu, weekend pun dihantarnya juga, konon dengan alasan nak
kemas rumah sendiri, nanti anak-anak kacau. Habis, bilanya ibu dan ayah nak
rehat?!
Ini arwah mak dan ayah saya... Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin... |
Lebih mengejutkan
bila ibu dan ayah yang jaga cucu ni, hanya diberikan duit poket RM50 seorang
setiap bulan... Alasannya kalau hantar pada pengasuh kena bayar RM350/seorang
anak, kalau transit sahaja RM150/seorang anak. Tapi kalau hantar pada ibu dan
ayah hanya perlu bayar RM100 (Ibu RM50, Ayah RM50) untuk 4 ke 5 orang anak!
Memang jimat banyak tu!
Berpada-padalah.
Kasihanilah ibu dan ayah kita ni... Mereka perlukan rehat yang cukup... Menjaga
cucu tu bukan tanggungjawab mereka dah... Jangan "gunakan" mereka
untuk kepentingan kita sendiri...
Ibu dan ayah kita
ni, bila diusia emas mereka, sepatutnya anak-anak tidak membebankan, sebaliknya
bersifat prihatin dan berikan mereka kasih sayang. Mereka pun bukan nak sangat
duit kita, mereka cuma nak kita berikan perhatian agar dapat diadukan rasa
sakit pening mereka tu.
Cuba tanya diri
sendiri, adakah bila kita dah umur 60 tahun, kita nak jaga cucu? Mesti kita
sendiri pun tak nak... Pada usia emas itulah kita nak spend time bersama suami/isteri kita, pada
usia itu jugalah kita nak perbanyakkan amal ibadah dan pada usia itu jugalah
kita nak dapatkan rehat yang cukup. Macam tu jugalah, perasaan ibu ayah kita.
Timbang-timbanglah...
Kasihani mereka... Carilah pengasuh untuk anak-anak kita... Fikirlah bagaimana
cara untuk menambah pahala dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita... Jangan
disebabkan mereka menjaga anak-anak kita, menjadikan kita anak yang derhaka...
Nota kaki: Kalau dah tak percaya pengasuh dan nursery berhentilah kerja dan jaga sendiri
amanah kita tu.
sangat setuju, kalau dah tak percaya dengan pengasuh nursery...penyelesaiannya berhenti kerja dan jaga anak2 sendiri
ReplyDeletebetul... setuju sangat...
DeleteAssalamualaikum, sedih, ibubapa patut berterusterang dengan anak-anak, anak juga patut mencari pengasuh.
ReplyDeleteKan?! Memang kesianlah... mereka perlukan rehat yang cukup...
Deletegreat tips
ReplyDelete🙂
DeleteKakak sokong sangat dengan n3 nora ni,tak patut bebankan makayah untuk jaga anak...
ReplyDeleteKakak sendiri dah pesan pd ank2 jika dh kawen nanti pandai2 lah jaga,anak sendiri...
Kan kak?! Saya kesian tengok mak ayah yang jagakan cucu mereka ni... nampak letih je... plus kalau hantar/ambil cucu-cucu pergi/balik sekolah... 😢
Deletebetul tu kan..sy mak ayah kerja lg..
ReplyDeletekalau x keje pun tak berani nk suh jaga..mak sy garang..huhu..x pasal2 sy yg kena sound setepek.. :p
Muda lagi la mak ayah yana... alhamdulillah... 😀
DeleteBetul! kalau tak mampu sebaiknya berhenti. Kakak dulu dari anak sulung sehingga bongsu memang guna bibik. Tak sampai hati guna mak sendiri mahupun MIL. Kalau cuti sekolah pun mereka nak duduk kg pun kakak bawa bibik sekali. Beli secukupnya belakan makanan. Bila anak dah remaja baru kakak tak guna bibik lagi.
ReplyDeleteKawan kakak (cina) mak dia jaga satu anak dia bagi RM800/- dua anak dia bagi RM2000/- sebab katanya lagi penat. Kenapa org kita tak buat gitu ye Nora. Kesian...
Allahuakbar kak... betullah tu. Saya pun pernah dengar kawan Cina yang bagi mak jaga anaknya diberikan sejumlah wang yang banyak setiap bulan. Bukan RM50 seperti kebiasaan orang Melayu.
Deleteakak awal2 lagi ni dah sound anak2 akak tentang bab2 camni...mintak2 biar la depa simpan dalam hati dan perut jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan je sudah...
ReplyDeleteKan kak? Kesian saya tengok...
Deletesaya setuju dgn entry nie..anak kita kita la jaga dan uruskan.
ReplyDeleteBetul.. anak ni amanah dan tanggungjawab kita...
Deletebyk kes mcm ni sebenarnye...letak anak bagi mak bapak jaga...kalo mereka mmg willing nak tolong jaga takpe, tapi bile jadi kes paksa mcm ni , kesiah plak....patut mereka ke surau belajar agama, rehat2....tapi disuruh jaga cucu...aduh....
ReplyDeleteBetul Lieya... kesian kan?!😓
Deletesaya pun kesian dengan "orang2 muda" yang bekerja ni ambik kesempatan antar anak ke umah parents supaya parents dapat jaga dengan alas an - tak percaya dekat orang luar & nak jimat duit hantar nursery atau hantar ke pengasuh..
ReplyDeleteKan?! Kesian parents tu.. 😢
Deletedah la masa kite kecik2 dulu, parents kite dah jaga kita sebaiknya, ni bila parents dah tua, sepatutnya kite bagi la pulak kat mereka masa untuk mereka berehat
ReplyDeleteBetul... bagi mereka rehat. Sepatutnya kita yang jaga mereka... bukan mereka jaga anak-anak kita pula... ish!
Deletebetul tu, wajib berhenti kerja jika tiada pengasuh.. jangan bebankan mak bapa sendiri...
ReplyDeleteBetul.. kalau dah memang tak de solution kan... jangan bebankan mak ayah...
DeleteBetul tu NK, harapnya diusia emas nanti taklah kena jaga cucu. Dah dapat bayangkan tu camne kelam kabutnya nenek kalau kena menjaga cucu, atok rasanya masih boleh mengelat lagi.
ReplyDeleteEmmm, camne pulak yg mmg nenek atok offer nak jaga tu?
Huhuhu saya pun tak dapat bayang la okje macam mana.... kesian tengok, bila dorang datang ambil cucu dekat sekolah...
DeleteSalam kak. Isu ni agak serius. Memang ada yang buat emak ayah macam orang gaji. Ada lebih teruk buat ibu bapa macam hamba abdi. Sudahlah mak ayah jaga anak, dia pula tak keja sehingga mak ayah yang perlu menanggung mereka sekeluarga.
ReplyDeleteKalau isu macam ni kita pun tak tahu salah siapa. Moga2 dijauhkan terkena pada anak-anak kita kelak.
Sebenarnya macam mana kita layan IBUBAPA kita macam itu juga kita akan dilayan oleh anak-anak kita
Thank you for dropping at my blog Nora!. Pendapat saya pun sama juga. Kesian ibu bapa kita yang sudah uzur...nak rehat..jangan sebab nak jimat punya pasal kite susah kan mak ayah kita. Carilah alternatif lain.
ReplyDeleteKasihankan bila emak kita yang dah tua kena jaga cucu. Saya pernah baca juga, tak baik kita menyusahkan makbapak kita dengan anak-anak kita. Mereka dah tua. Sudahlah masa muda berkorban menjaga anak-anak, bila dah tua, kena berkorban menjaga cucu-cucu pulak. Kalau pun mereka sendiri nak bela, tak patutlah bayarannya semurah itu. Kalau kita boleh beri orang RM200-RM300 sebulan, kenapa tak kita doublekan untuk emak kita. Upah menjaga cucu lain dan duit bulanan dari kita untuk mereka pulak lain. Berkat tau berbakti pada orang tua!
ReplyDeleteBetul tak patot buat mcm tu.. Hmmm. Sian dkt ibubapa yg perlu ke sekolah untuk amik cucu hari2..
ReplyDeleteAssalam jemput join GA saya...
https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html
Tarikh tutup 17 feb 2016
tu la kan org kita byk yg cmni..gunakan kebaikan mak ayah smp boleh jadi anak derhaka..sy pun ada terbaca kisah makcik ni...kesian sgt
ReplyDeletehrp dijauhkan perkara begini..
ReplyDeletesetuju dgn pendapat akak..
berpada-pada la suh mak ayah bantu jaga anak.
ReplyDeletemesti kena setimpal. malahan lebih lagi kena byr mak ayah.
Betulll. Sy pun tak setuju org ambik kesempatan kat mak2 utk jaga anak diaorang... nak jimat punya pasal, sanggup menyusahkn mak ayah.. memang sy bengang org mcm ni..
ReplyDeleteKesian... saya tengok parents yang dah tua ni datang sekolah jemput cucu... hancur luluh rasa hati ni...
Delete