Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Saya ni memang
cukup sensitif bila orang bercerita pasal ibu bapa. Tak kisahlah atas topik apa
sekali pun. Bila dikaitkan dengan ibu bapa, memang boleh buat saya menitiskan
air mata. Mungkin juga disebabkan kedua ibu bapa saya sudah pun tiada untuk
saya membalas jasa dan menambah pahala.
Hari tu, saya
baca perkongsian DrRich DrRahim di Facebooknya, tentang seorang makcik
yang datang mengadu tentang dirinya yang perlu menjaga cucu-cucunya, sehingga
dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya sendiri. (Anda boleh baca perkongsian (artikel
penuh) tersebut di sini)
***
"Doc,
Mak Cik ni dah tua. Kubur dah panggil mai, rumah dah halau pi. Dah le berumur
teringin benar nak bermesra dgn si suami Mak Cik ni yg setia. Boleh le kami
berdua2an dgn umur yg secebis tinggal ni. Tapi doc......cucu
ni......".
Doc
nampak matanya mula bertakung seumpama sebuah kolam menitis berlenang di hujung
mata lalu terlenang2 di pipi.
"
Cucu pertama, di letak di rumah saya. Suruh saya jaga dan bela krn Anak pompuan
Mak Cik kata dia bekerja dan tak percaya org lain bela wlpun di nusery. Tok Wan
kata tak pa le...bela kejap2 je. Tapi anak pompuan ambil kesempatan letak lagi
lama dgn Mak Cik dan kadang2 Sabtu Ahad waktu cuti pun letak cucu tu dgn Mak
Cik. Kadang2 Mak Cik terasa macam hamba abdi.
Sepatutnya...dah
tua macam Mak Cik patut le ada masa dgn Pak Cik. Sama2 tambah amal ibadat dan
mengaji bersama Pak Cik....amalan nak keakhirat Mak Cik dan Pak Cik tak banyak
doc. Dah pension...nak le cari saham akhirat pula kan doc. Ni duk jaga
cucu...kadang2 tiada masa bermesra dgn Pak Cik tu.
***
Sebagai seorang anak, kita sepatutnya
meringan beban orang tua kita, membahagiakan mereka, ada rasa ihsan kepada
mereka. Bukannya bebankan mereka dengan menjadikan mereka penyelesaian kepada
masalah kita.
Tak payah tengok jauh, setiap kali saya
hantar dan ambil anak-anak balik dari sekolah, saya lihat ramai di kalangan
mereka adalah atuk dan nenek kepada pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan, usia
mereka dah lewat 50-an dan awal 60-an, tapi masih lagi bersesak menunggu cucu
keluar sekolah. Ada yang sakit lutut, ada yang tidak boleh duduk atau berdiri
terlalu lama, ada yang dah tak berapa nampak dan macam-macam lagilah! Kesian
tau!
Dahlah kena jaga cucu, still kena
masak, kemas rumah, basuh kain baju, solat pun terkejar-kejar. Pendek kata masa
untuk berehat tu memang tiada. Isnin hingga Jumaat dah memang confirm jaga
cucu, weekend pun dihantarnya juga, konon dengan alasan nak
kemas rumah sendiri, nanti anak-anak kacau. Habis, bilanya ibu dan ayah nak
rehat?!
![]() |
| Ini arwah mak dan ayah saya... Moga roh mereka dicucuri rahmat. Amin... |
Lebih mengejutkan
bila ibu dan ayah yang jaga cucu ni, hanya diberikan duit poket RM50 seorang
setiap bulan... Alasannya kalau hantar pada pengasuh kena bayar RM350/seorang
anak, kalau transit sahaja RM150/seorang anak. Tapi kalau hantar pada ibu dan
ayah hanya perlu bayar RM100 (Ibu RM50, Ayah RM50) untuk 4 ke 5 orang anak!
Memang jimat banyak tu!
Berpada-padalah.
Kasihanilah ibu dan ayah kita ni... Mereka perlukan rehat yang cukup... Menjaga
cucu tu bukan tanggungjawab mereka dah... Jangan "gunakan" mereka
untuk kepentingan kita sendiri...
Ibu dan ayah kita
ni, bila diusia emas mereka, sepatutnya anak-anak tidak membebankan, sebaliknya
bersifat prihatin dan berikan mereka kasih sayang. Mereka pun bukan nak sangat
duit kita, mereka cuma nak kita berikan perhatian agar dapat diadukan rasa
sakit pening mereka tu.
Cuba tanya diri
sendiri, adakah bila kita dah umur 60 tahun, kita nak jaga cucu? Mesti kita
sendiri pun tak nak... Pada usia emas itulah kita nak spend time bersama suami/isteri kita, pada
usia itu jugalah kita nak perbanyakkan amal ibadah dan pada usia itu jugalah
kita nak dapatkan rehat yang cukup. Macam tu jugalah, perasaan ibu ayah kita.
Timbang-timbanglah...
Kasihani mereka... Carilah pengasuh untuk anak-anak kita... Fikirlah bagaimana
cara untuk menambah pahala dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita... Jangan
disebabkan mereka menjaga anak-anak kita, menjadikan kita anak yang derhaka...
Nota kaki: Kalau dah tak percaya pengasuh dan nursery berhentilah kerja dan jaga sendiri
amanah kita tu.

