Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Tupperware Brands. Show all posts
Showing posts with label Tupperware Brands. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Selesai "New Member Welcome Day"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah selesai sudah sesi meraikan ahli-ahli baru Tupperware jam 2-5 petang tadi di Stokis Ayer Keroh...

Majlis ini memuatkan beberapa sesi berkonsepkan sharing knowledge antara satu sama lain. Antaranya adalah product knowledge (Tupperware Rice Dispenser, Lacto-Fiber dan BerryGen), demo memasak (menggunakan Tupperchef dan Asian Meal Paste), perkongsian pengalaman dan tentunya cabutan bertuah! (^_^)

Sebahagian consultant yang menyertai majlis ini

Beberapa hari sebelum majlis, Cath meminta saya untuk berkongsi maklumat (produk) dengan ahli-ahli baru (consultant). Lalu saya mengambil tangungjawab untuk berkongsikan maklumat tentang Rice Dispenser. 

Nampak macam senang... tapi disebabkan saya dah lama tak berdiri dan bercakap di depan orang ramai... Terasa takut dan kekok juga... Malam sebelum majlis berlansung, payah betul saya nak lelapkan mata...!! Hahaha...

Rakan lain yang turut terlibat memberikan talk adalah Raymond (Lacto-Fiber dan BerryGen) dan May (demo masak dua jenis makanan; bihun goreng dan rendang ayam dengan menggunakan TupperChef dan Asian Meal Paste). 

Demo Lacto-Fiber by Raymond
Jom masak bihun dengan Oriental Sauce :P
Oh, nampaknya semua dah tak sabar nak makan... hehehe
Bekas makanan dan sudu yang consultant
gunakan adalah door gift... Menarikkan? :D
Muka-muka baru yang menyahut cabaran DIQ... Chaiyok!!
Gabungan lama dan baru... hehehe

Untungnya mereka ni... Raymond dapat Ipad dan May dapat full set TupperChef dan melancong ke Macau, reward dari challenge yang mereka sertai... (kira capai target la ni...)


Happy for both of them...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... So, kita akan jumpa lagi dalam event yang akan datang... Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Tupperware Kiyter, boleh hubungi saya 0193441384.  

Till next entry... Assalamualaikum... (^_^)

Tuesday, October 01, 2013

Cerita 1: Pesanan Makcik...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi dalam mood menjaga booth... Sepatutnya booth Tupperware - "Rice for Life" dibuka seminggu dari 23-29 September 2013 saja... Tapi atas sambutan orang ramai dan kehendak HQ, exhibition tersebut extend sehingga 6 Oktober 2013... 

Kepenatan... (sebab saya tak cukup masa bersama anak-anak, blogwalking, publish entry, update photo di Tupperware Kiyter dan lain-lain) tapi ada satu sebab yang buat saya seronok sepanjang menjaga booth ni, iaitu bila bertegur sapa/berbual dengan pakcik dan makcik yang umurnya telah menjangkau umur 60 tahun ke atas... (sebab bila melihat mereka, saya teringat pada arwah mak dan ayah saya...)

Cerita 1:
Saya melihat seorang makcik duduk berhampiran booth yang saya jaga... Keseorangan, sambil melihat Alisya bermain di mesin mainan bersebelahannya. Sekali sekala dia tersenyum melihat karenah Alisya... Tiba-tiba saya terlihat dia menyeka air mata... Tak lama kemudian saya menegurnya...

Saya: Assalamualaikum Makcik... tunggu orang ke? 

Makcik: Wa'alaikumsalam... Ha ah... tunggu pakcik cari barang... kat dalam tu (sambil menuding jari ke pasaraya Tesco)... Makcik ni kaki sakit... tak larat nak jalan... tu yang duduk sini...

Saya: Ooo... tak pe la kalau gitu... Kat sini pun boleh cuci mata... 

Makcik: Ha ah ye la... tengok cucu ni ha main (merujuk kepada Alisya) seronok pulak!

Saya: Ni anak saya makcik... Sementara saya kerja ni... dia main kat sini la...

Makcik: La... kenapa bawak anak sekali datang kerja?!

Saya: Saya buat part time je kerja ni makcik... bukan selalu... saya surirumah... Saya memang jaga anak sendiri... Jaga booth ni sekejap je... Pukul satu karang saya balik la... Jemput anak sulung balik Tadika...

Makcik: Ooo... Ada berapa orang anak?

Saya: Alhamdulillah 2 orang makcik... yang sulung lelaki...  yang ni nombor 2...

Makcik: Tengok cucu ni main, teringat kat cucu-cucu makcik... (katanya tersenyum sambil mengesat air mata

Saya: Berapa orang cucu makcik?

Makcik: 12 orang... tapi jarang sangat baliknya... susah nak jumpa...

Saya: Alhamdulillah 12 orang... Kalau berkumpul masa raya meriah tu...!

Makcik: Anak-anak makcik sibuk kerja... tak de masa nak balik tengok makcik dengan pakcik... Tapi makcik redha... Kalau tak redha kang lain pulak jadinya? Selagi makcik dengan pakcik daya lagi nak bergerak kemana-mana sendiri, makcik takkan susahkan diorang... Anak (merujuk kepada saya), rajin-rajin la balik kampung tengok mak ayah... sekali sekala telefon la... tanya khabar... (kemudian makcik tu terdiam lama... sambil mengesat air matanya lagi...)

Saya: (Saya berdehem beberapa kali... saya memang tak boleh tengok orang tua menangis... saya pun rasa nak nangis) Saya dah tak de mak ayah lagi makcik... Ayah saya dah 8 tahun meninggal... Mak saya pun dah 7 tahun...

Makcik: Innalillah... Banyakkan doa untuk mereka... In sha Allah doa kita sampai pada mereka...(sambil menepuk-nepuk peha saya...)

Saya: In sha Allah makcik ... (Air mata saya mula bergenang). Saya bila tengok orang sebaya arwah mak ayah saya... saya rasa rindu sangat... Dapat borak dengan makcik macam ni pun rasa lepas la rindu sikit kat arwah mak saya...

Makcik: Alhamdulillah... (sambil tersenyum) Makcik ni nanti kalau dah mati tak tau la anak-anak ingat ke tak... Masa hidup ni pun tak berapa nak ingat dah...

Saya: Jangan cakap macam tu makcik... Anak-anak makcik ingat... Cuma mungkin sibuk sikit... (saya lihat makcik tu, mengesat air mata beberapa kali... saya pun sama... :( )

Ayat yang paling saya ingat makcik tu cakap adalah, "rezeki anak-anak (gaji yang anak-anak dapat setiap bulan) adalah daripada redha ibu bapa... Kalau ibu bapa tak redha... maka duit gaji tu akan habis macam air yang mengalir..."


Nota kaki: Rakan blogger yang masih punyai ibu bapa... rajin-rajinlah hubungi mereka ya... sebab kita tak pernah tahu bila mereka rindukan kita... sekurang-kurangnya bila kita telefon dan bertanya khabar, terlerailah rindu mereka pada kita... Hargailah ibu bapa selagi mereka masih ada...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, September 25, 2013

Wordless Wednesday #40

Bismillahirrahmannirahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...


Kempen "Rice for Life" - Tupperware Brands
 
1. Beli BERAS (berapa kilo, terpulang kepada anda)
2. Hantarkan ke booth kami di Tesco Melaka
3. Kami akan salurkan BERAS yang didermakan kepada mereka yang memerlukan.

*Jika anda berminat untuk sama-sama menderma BERAS, tapi berada jauh dari kami, tinggalkan komen di sini atau hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384, in sha Allah kami akan bantu untuk menguruskannya...*

Jom ringankan beban mereka...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, September 24, 2013

Rice For Life...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Sepanjang minggu ini (bermula semalam 23-29 September 2013) saya bersama beberapa orang rakan Tupperware Brand (stokis Ayer Keroh) akan berada di Tesco Melaka, dari jam 10 pagi hingga 10 malam. 


Kami mempromosikan Rice Dispencer (bekas beras) di sini. Setiap satu unit Rice Dispenser yang dibeli, RM10 akan didermakan ke 'Tupperware Children's Fund'...

Harga ahli: RM216.00
Harga bukan ahli: RM288.00


Atau anda boleh dermakan 5kg/10kg beras untuk kami edarkan kepada mereka yang memerlukan di sekitar Melaka. Dan kami akan hadiah salah satu keychain yang comel ini kepada anda. (Rakan blogger yang ingin dermakan beras, boleh tinggalkan komen di bawah entri ini ya... In Sha Allah saya akan uruskan...)


Jom membeli sambil beramal...
Sama-sama kita ringankan beban orang lain... In Sha Allah, Allah juga akan meringankan beban urusan kita... Mudah-mudahan, Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...