Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Alhamdulillah
selesai sudah sesi meraikan ahli-ahli baru Tupperware jam 2-5 petang
tadi di Stokis Ayer Keroh...
Majlis ini
memuatkan beberapa sesi berkonsepkan sharing knowledge antara
satu sama lain. Antaranya adalah product knowledge (Tupperware
Rice Dispenser, Lacto-Fiber dan BerryGen), demo memasak
(menggunakan Tupperchef dan Asian Meal Paste), perkongsian pengalaman dan tentunya cabutan bertuah! (^_^)
 |
| Sebahagian consultant yang menyertai majlis ini |
Beberapa hari sebelum majlis, Cath meminta saya untuk berkongsi maklumat (produk) dengan ahli-ahli baru (consultant). Lalu saya
mengambil tangungjawab untuk berkongsikan maklumat tentang Rice
Dispenser.
Nampak macam senang... tapi disebabkan saya dah lama
tak berdiri dan bercakap di depan orang ramai... Terasa takut
dan kekok juga... Malam sebelum majlis berlansung, payah betul saya nak
lelapkan mata...!! Hahaha...
Rakan lain yang turut terlibat memberikan talk adalah Raymond (Lacto-Fiber dan BerryGen) dan May (demo masak dua jenis makanan; bihun goreng dan rendang ayam dengan menggunakan TupperChef dan Asian Meal Paste).
 |
| Demo Lacto-Fiber by Raymond |
 |
| Jom masak bihun dengan Oriental Sauce :P |
 |
| Oh, nampaknya semua dah tak sabar nak makan... hehehe |
 |
Bekas makanan dan sudu yang consultant gunakan adalah door gift... Menarikkan? :D |
 |
| Muka-muka baru yang menyahut cabaran DIQ... Chaiyok!! |
 |
| Gabungan lama dan baru... hehehe |
Untungnya
mereka ni... Raymond dapat Ipad dan May dapat full set TupperChef
dan melancong ke Macau, reward dari challenge yang
mereka sertai... (kira capai target la ni...)
 |
| Happy for both of them... |
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... So, kita akan jumpa lagi dalam event yang akan datang... Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Tupperware Kiyter, boleh hubungi saya 0193441384.
Till next entry... Assalamualaikum... (^_^)