Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label DrRich DrRahim. Show all posts
Showing posts with label DrRich DrRahim. Show all posts

Tuesday, April 05, 2016

Khasiat Buah Tembikai

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ingat lagi, dulu arwah ayah saya suka sangat makan buah tembikai dengan nasi putih. Ala-ala macam ulam. Sedap rupanya tau! (^_^) Makan macam tu je pun sedap, buat jus pun sedap, makan dengan nasi putih pun sedap! Yang penting kena banyakkan makan buah-buahan dan sayuran supaya badan sihat dan cergas.

Oh ya, saya sangat suka baca perkongsian ilmu kesihatan, psikologi dan perkongsian umum dari DrRich DrRahim. Penulisannya yang santai menjadikan ilmu kesihatan itu mudah difahami. Saya sarankan anda untuk follow FB DrRich DrRahim dan setkan See First.

Hari tu DrRich DrRahim ada berkongsi tentang kebaikan dan khasiat buah tembikai. Jom tengok apa kelebihan buah tembikai ni... (Artikel ini telah diolah mengikut kesesuaian blog saya, jika anda ingin membaca versi santai DrRich boleh klik di sini.)

Sumber gambar: http://www.healthline.com/health/food-nutrition/best-watermelon-seed-benefits

1. Mencegah Penyakit Asma - Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yg dapat mencegah penyakit asma. Kalau masa kena attack Asma, jangan makan tembikai: badan lagi sejuk, asma lagi teruk.

2. Mengawal tekanan darah daripada kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah. Ia kaya dengan lycopene yang bantu melindungi kita dari penyakit jantung. Selain lycopene, tembikai juga kaya dengan kalium. Kalium menghalang kolestrol jahat daripada melekat dan menyempitkan pembuluh darah.

3. Mencegah kanser - Kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan. Tembikai bantu memerangi pembentukan radikal bebas yang menyebabkan kanser. Pengambilan lycopene dapat merendahkan kanser prostat pada lelaki.

4. Membantu penghadaman - Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan memudahkan pembuangan air besar.

5. Penghidratan - Mengandungi 92% air dan elektrolit penting.

6. Mengatasi masalah keradangan - Choline dalam tembikai membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik.

7. Mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan pada atlet kerana asid amino L-citrulline yang ada dalam tembikai.

8. Tembikai baik untuk kulit kerana ia ada vitamin A, untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan kulit dan rambut agar sihat dan lembap.  Vitamin C didalamnya untuk pembinaan kolagen menjadikan struktur kulit dan rambut jadi gebu dan awet muda.

9. Melindungi mata daripada infeksi sebab tembikai ada vitaman A yang tinggi.

10. Ia mengandungi asid folik yang diperlukan oleh ibu bagi menghalang bayi dalam kandungan daripada mengalami kecacatan dan penyakit jantung.

11. Rendah kalori - Tembikai mengandungi kalori yang rendah. Ia terdiri daripada 92% air, menjadikan anda mudah kenyang. Mengamalkan diet dengan tembikai juga boleh menurunkan berat badan. 

12. Mengurangkan bintik hitam pada wajah - kulit buah tembikai mampu mengurangkan bintik-bintik hitam pada wajah. Caranya dengan mencampurkan kulit tembikai, timun serta daun lidah buaya (ketiga-tiga bahan ini dikeringkan) dan dijadikan serbuk. Campur bahan-bahan ini dengan sedikit air dan dijadikan masker. 



Perkongsian ini dari Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas, Pulau Pinang
04-6444181.

Thursday, February 11, 2016

Carilah Pengasuh...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ni memang cukup sensitif bila orang bercerita pasal ibu bapa. Tak kisahlah atas topik apa sekali pun. Bila dikaitkan dengan ibu bapa, memang boleh buat saya menitiskan air mata. Mungkin juga disebabkan kedua ibu bapa saya sudah pun tiada untuk saya membalas jasa dan menambah pahala.

Hari tu, saya baca perkongsian DrRich DrRahim di Facebooknya, tentang seorang makcik yang datang mengadu tentang dirinya yang perlu menjaga cucu-cucunya, sehingga dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya sendiri. (Anda boleh baca perkongsian (artikel penuh) tersebut di sini)

***



"Doc, Mak Cik ni dah tua. Kubur dah panggil mai, rumah dah halau pi. Dah le berumur teringin benar nak bermesra dgn si suami Mak Cik ni yg setia. Boleh le kami berdua2an dgn umur yg secebis tinggal ni. Tapi doc......cucu ni......". 

Doc nampak matanya mula bertakung seumpama sebuah kolam menitis berlenang di hujung mata lalu terlenang2 di pipi.

" Cucu pertama, di letak di rumah saya. Suruh saya jaga dan bela krn Anak pompuan Mak Cik kata dia bekerja dan tak percaya org lain bela wlpun di nusery. Tok Wan kata tak pa le...bela kejap2 je. Tapi anak pompuan ambil kesempatan letak lagi lama dgn Mak Cik dan kadang2 Sabtu Ahad waktu cuti pun letak cucu tu dgn Mak Cik. Kadang2 Mak Cik terasa macam hamba abdi.

Sepatutnya...dah tua macam Mak Cik patut le ada masa dgn Pak Cik. Sama2 tambah amal ibadat dan mengaji bersama Pak Cik....amalan nak keakhirat Mak Cik dan Pak Cik tak banyak doc. Dah pension...nak le cari saham akhirat pula kan doc. Ni duk jaga cucu...kadang2 tiada masa bermesra dgn Pak Cik tu.

***

Sebagai seorang anak, kita sepatutnya meringan beban orang tua kita, membahagiakan mereka, ada rasa ihsan kepada mereka. Bukannya bebankan mereka dengan menjadikan mereka penyelesaian kepada masalah kita.

Tak payah tengok jauh, setiap kali saya hantar dan ambil anak-anak balik dari sekolah, saya lihat ramai di kalangan mereka adalah atuk dan nenek kepada pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan, usia mereka dah lewat 50-an dan awal 60-an, tapi masih lagi bersesak menunggu cucu keluar sekolah. Ada yang sakit lutut, ada yang tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama, ada yang dah tak berapa nampak dan macam-macam lagilah! Kesian tau!

Dahlah kena jaga cucu, still kena masak, kemas rumah, basuh kain baju, solat pun terkejar-kejar. Pendek kata masa untuk berehat tu memang tiada. Isnin hingga Jumaat dah memang confirm jaga cucu, weekend pun dihantarnya juga, konon dengan alasan nak kemas rumah sendiri, nanti anak-anak kacau. Habis, bilanya ibu dan ayah nak rehat?!

Ini arwah mak dan ayah saya...
Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Amin...
Lebih mengejutkan bila ibu dan ayah yang jaga cucu ni, hanya diberikan duit poket RM50 seorang setiap bulan... Alasannya kalau hantar pada pengasuh kena bayar RM350/seorang anak, kalau transit sahaja RM150/seorang anak. Tapi kalau hantar pada ibu dan ayah hanya perlu bayar RM100 (Ibu RM50, Ayah RM50) untuk 4 ke 5 orang anak! Memang jimat banyak tu!

Berpada-padalah. Kasihanilah ibu dan ayah kita ni... Mereka perlukan rehat yang cukup... Menjaga cucu tu bukan tanggungjawab mereka dah... Jangan "gunakan" mereka untuk kepentingan kita sendiri...

Ibu dan ayah kita ni, bila diusia emas mereka, sepatutnya anak-anak tidak membebankan, sebaliknya bersifat prihatin dan berikan mereka kasih sayang. Mereka pun bukan nak sangat duit kita, mereka cuma nak kita berikan perhatian agar dapat diadukan rasa sakit pening mereka tu.

Cuba tanya diri sendiri, adakah bila kita dah umur 60 tahun, kita nak jaga cucu? Mesti kita sendiri pun tak nak... Pada usia emas itulah kita nak spend time bersama suami/isteri kita, pada usia itu jugalah kita nak perbanyakkan amal ibadah dan pada usia itu jugalah kita nak dapatkan rehat yang cukup. Macam tu jugalah, perasaan ibu ayah kita.

Timbang-timbanglah... Kasihani mereka... Carilah pengasuh untuk anak-anak kita... Fikirlah bagaimana cara untuk menambah pahala dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita... Jangan disebabkan mereka menjaga anak-anak kita, menjadikan kita anak yang derhaka...



Nota kaki: Kalau dah tak percaya pengasuh dan nursery berhentilah kerja dan jaga sendiri amanah kita tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...