Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Bila dah semakin berumur ni, mulalah mencari apa yang boleh diamalkan agar taklah nampak tua sangat dari umur... Macam Nassier Wahab tu... Muda remaja je nampakkan? (^_^)
Info berikut saya rujuk dari Majalah Mingguan Wanita. Dikatakan bahawa lima jenis makanan berikut boleh melambatkan penuaan.
Bila dah semakin berumur ni, mulalah mencari apa yang boleh diamalkan agar taklah nampak tua sangat dari umur... Macam Nassier Wahab tu... Muda remaja je nampakkan? (^_^)
Info berikut saya rujuk dari Majalah Mingguan Wanita. Dikatakan bahawa lima jenis makanan berikut boleh melambatkan penuaan.
1. Minyak zaitun
- membantu menurunkan risiko serangan jantung dan kanser. Selain mengandungi polifenol, minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksida yang boleh mencegah penyakit terutamanya bagi mereka yang semakin lanjut usianya.
- dulu masa saya sakit batu hempedu, saya amalkan minum secawan air suam + setengah sudu kecil minyak zaitun + satu sudu besar madu. Minum setiap pagi. Dah lama saya tinggalkan sebab "konon rasa" dah sihat. :p
- Nassier Wahab juga pernah kongsikan dalam media petua mukanya yang tidak nampak kedutan, iaitu dengan cara mengoles dan meratakan minyak zaitun di muka pada setiap malam sebelum tidur. Sesiapa yang tiada masalah kulit muka berminyak bolehlah amalkan. (^_^)
- kaya dengan kalsium yang membantu mencegah osteoporosis. Maklumlah bila semakin berusia, masalah tulang adalah masalah utama.
- jika tidak boleh mengambil yogurt, maka tukarlah dengan susu, yang penting kalsium perlu cukup dalam badan kita.
- ia merupakan sumber lemak Omega 3 yang membantu mencegah kolestrol pada pembuluh darah serta mencegah rentak jantung yang tidak normal.
- pelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan setiap hari.
- kaya dengan flavanol yang membantu melancarkan peredaran darah selain membantu menghindari diabetes tahap 2, darah tinggi, ginjal dan sebagainya.
- ramai yang beranggapan coklat akan menyebabkan kegemukkan, sebenarnya coklat yang diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan akan menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan.
- penggemar kacang dikatakan dapat hidup dua tahun lebih lama. Ini kerana kacang kaya dengan lemak tidak tepu yang memiliki khasiat serupa dengan minyak zaitun. Selain itu, kacang juga kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida.
- pun begitu jangan diambil berlebihan kerana akan menyebabkan kandungan asid urik tinggi. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang itu terkena gaut. Penting untuk diambil dalam jumlah yang memadai.
wah bagus perkongsiannya tu... makanan yg sedap semuanya patut diamalkan dlm diet.
ReplyDeleteBetul tu... setuju...
Deletemujur semua tu selalu digunakan dalam masakan :)
ReplyDeletebetul tu, nassir wahab memang nampak muda, oh itu petuanya tak pernah tahu pun,boleh juga dicuba
ReplyDeletetip yang baik
ReplyDeletekena makan ni..maklumlah usia dah semakin lanjut ni..hehe
ReplyDeleteKena buat sebagai amalan harian.. ;)
ReplyDeleteTak pernah makan Olive oil gitu jer....rasa nak try jugaklah, tak rugi pun kan, benda byk khasiat katanya
ReplyDeleteSemua pun saya suka, macamana ni? Nak kata nampak muda berbanding usia, tak pulak ^_^ Mak mertua saya suka oles minyak zaitun kat muka. Sebab itulah agaknya kulitnya putih cantik dan nampak muda walaupun usia dah melebihi 60 tahun!
ReplyDeletebetul ke ni..nmpk yg paling sedap coklat..nk awet muda kena makan coklat byk2 la nmpknya.haha
ReplyDeleteSaya makan 4 je makanan tu, yg last skali sy tak makan. Huhu
ReplyDelete