Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Tuesday, February 09, 2016

Lima Sumber Makanan Lambatkan Penuaan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Bila dah semakin berumur ni, mulalah mencari apa yang boleh diamalkan agar taklah nampak tua sangat dari umur... Macam Nassier Wahab tu... Muda remaja je nampakkan? (^_^)

Info berikut saya rujuk dari Majalah Mingguan Wanita. Dikatakan bahawa lima jenis makanan berikut boleh melambatkan penuaan.

http://www.medicalnewstoday.com/articles/266258.php
Olive Oil: Health Benefits
1. Minyak zaitun

  • membantu menurunkan risiko serangan jantung dan kanser. Selain mengandungi polifenol, minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksida yang boleh mencegah penyakit terutamanya bagi mereka yang semakin lanjut usianya. 
  • dulu masa saya sakit batu hempedu, saya amalkan minum secawan air suam + setengah sudu kecil minyak zaitun + satu sudu besar madu. Minum setiap pagi. Dah lama saya tinggalkan sebab "konon rasa" dah sihat. :p
  • Nassier Wahab juga pernah kongsikan dalam media petua mukanya yang tidak nampak kedutan, iaitu dengan cara mengoles dan meratakan minyak zaitun di muka pada setiap malam sebelum tidur. Sesiapa yang tiada masalah kulit muka berminyak bolehlah amalkan. (^_^)

http://juicing-for-health.com/yogurt-health-benefits.html
Yogurt Health Benefits
2. Yogurt

  • kaya dengan kalsium yang membantu mencegah osteoporosis. Maklumlah bila semakin berusia, masalah tulang adalah masalah utama. 
  • jika tidak boleh mengambil yogurt, maka tukarlah dengan susu, yang penting kalsium perlu cukup dalam badan kita.

http://www.vertihealth.com/the-best-sources-of-pure-omega-3/
The source of pure Omega 3
3. Ikan

  • ia merupakan sumber lemak Omega 3 yang membantu mencegah kolestrol pada pembuluh darah serta mencegah rentak jantung yang tidak normal.
  • pelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan setiap hari.


http://io9.gizmodo.com/5897902/eat-chocolate-lose-weight-yeah-right
Chocolate to lose weight
4. Coklat

  • kaya dengan flavanol yang membantu melancarkan peredaran darah selain membantu menghindari diabetes tahap 2, darah tinggi, ginjal dan sebagainya.
  • ramai yang beranggapan coklat akan menyebabkan kegemukkan, sebenarnya coklat yang diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan akan menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan.

http://www.curejoy.com/content/health-benefits-of-eating-nuts/
Benefits of Eating Nuts
5. Kacang 

  • penggemar kacang dikatakan dapat hidup dua tahun lebih lama. Ini kerana kacang kaya dengan lemak tidak tepu yang memiliki khasiat serupa dengan minyak zaitun. Selain itu, kacang juga kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida.
  • pun begitu jangan diambil berlebihan kerana akan menyebabkan kandungan asid urik tinggi. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang itu terkena gaut. Penting untuk diambil dalam jumlah yang memadai.

Wednesday, August 13, 2014

Rawatan Muka Murah dan Mudah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 17 Syawal,

Sejak buat facial treatment hari tu, saya memang rasakan betapa pentingnya menjaga muka. Lebih-lebih lagi umur pun dah semakin meningkat. Dulu tak pernah kisah pun pasal penjagaan muka.

Nak buat treatment setiap kali pun perlukan kos yang agak tinggi, maka jalan jimat adalah dengan melakukan sendiri di rumah dengan kos yang jauh lebih murah. yang penting ikut masa kita sendiri. Ok jom saya kongsikan info yang saya baca dalam Majalah Rapi.

Kulit sensitif: Bagi mereka yang mempunyai kulit yang sensitif macam saya, bolehlah cuba rawatan ini yang hanya menggunakan lobak merah dan madu. Saya buat seminggu sekali (bila rajin) :p. Bila tak rajin sangat, saya buat dua minggu sekali.

Mudah je, parut dua batang lobak merah (kalau air dari lobak merah tu terlalu banyak, perahkan sedikit) dan campurkan dengan tiga sudu madu. Jadikan seperti masker. Letakkan di seluruh muka dan biarkan selama 10 ke 15 minit, atau sehingga agak kering. Bilas dengan air. Siap! Kulit muka akan terasa lebih segar.

Kulit kering: Mereka yang mempunyai kulit muka yang kering, boleh rebuskan kentang bersaiz kecil atau sederhana, kemudian lenyekkan. Campurkan dua sudu besar dadih asli dan gaul sebati. Kemudian letakkan campuran tadi di muka. Biarkan selama 10-15 minit dan terus bilas. Siap!

Kulit berminyak: Untuk kulit muka yang berminyak pula, boleh cuba hiriskan sebiji tomato (menjadi kepingan) dan kulit lemon. Kemudian titiskan sediikit jus lemon pada setiap kepingan tomato dan kulit lemon tadi. Susunkan berselang seli kepingan tomato dan kulit lemon tadi pada muka. Biarkan selama 15 minit, kemudian bolehlah dibilas. Siap!  

So, kawan-kawan boleh la cuba mana-mana satu rawatan ni (ikut jenis kulit muka). Sekali sekala manjakan kulit tak salahkan?! Jangan jadi macam saya dulu, semuanya sebab salah pilih produk. Padahal, bahan semulajadi lebih selamat untuk kita... (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, April 29, 2013

Petua: Atasi Rambut Gugur


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Mereka yang mengalami masalah keguguran rambut (terutamanya wanita yang beranak kecil) bolehlah mencuba petua ini. 

Bagi mengatasi masalah keguguran rambut, titikkan secekak serai dan rebuskannya. Apabila telah agak suam, basuh rambut dengan air rebusan serai tersebut. 

Biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas bersih. Lakukan sekali seminggu. In sha Allah akan mengurangkan masalah keguguran rambut. Selamat mencuba! (^_^)

Petua dipetik dari majalah Mingguan Wanita, Bil: 1470.


Tuesday, April 23, 2013

Ubati Loya Dengan Limau Nipis


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Loya, muntah atau morning sickness (mabuk) adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh wanita hamil, ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon pada tubuh wanita hamil. 

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminum air limau nipis suam.  

Dapatkan sebiji buah limau nipis yang sedikit tua, perahkan jusnya, campurkan dengan segelas air panas suam dan sedikit gula. 

Minum setiap kali anda terasa loya atau mahu muntah. Dan kemudian dapatkan rehat yang cukup!  ^_^


Monday, March 18, 2013

Petua dan Doa Mendapat Zuriat


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Terasa sebak apabila saya membaca entri ini ketika berblogwalking. Benarlah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Kita hanya mampu merancang, selebihnya Dia yang menentukan... dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita.

Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi di mana orang asyik bertanya, "bila saya nak dapat anak" (saya mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk hamil anak pertama, satu jangka masa yang agak lama bagi masyarakat barangkali...). Even dah punya dua anak, orang masih bertanya "bila yang ketiga?". 

Memang kita tak boleh nak elak dari soalan-soalan begitu... Akhirnya, apabila ada orang bertanya soalan seumpama itu, saya akan jawab "Tolong doakan saya..." (jawapan ni sangat berkesan kerana... biasanya orang yang bertanya tu akan terdiam seketika dan mula mengubah topik...)

Dalam usaha saya untuk mendapatkan zuriat, selain menjaga pemakanan... mendalami ilmu keibubapaan, saya perbanyakkan bersedekah dan berpuasa sunat (kerana saya pernah mendengar tentangnya dalam satu majlis ilmu, juga tertulis dalam buku Doa dan Zikir Harian, oleh Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru), selebihnya saya berserah kepada Allah kerana yakin akan perancanganNya. Walaupun saya rasa ketika itu saya dah bersedia untuk punyai anak dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun itu semua atas kemahuan dan ketentuanNya. Kun faya kun...

Selain itu, saya kongsikan juga ilmu yang saya petik dari rancangan Al-Kuliyyah, TV3 dalam episod "Doa Terhijab", panelnya adalah Ustaz Halim Din. Dimana dikongsikan doa untuk mendapat zuriat:


Doa ini perlulah dibaca oleh suami isteri yang ingin memperoleh anak, setiap kali selepas solat lima waktu... dan tambah Ustaz, perbanyakkanlah qiyamulail... Moga dengan doa dan kesungguhan tersebut, dapatlah pasangan tersebut memiliki zuriat yang baik akhlak dan peribadinya. Doa ini juga boleh dibaca oleh pasangan yang ingin menambah zuriat.

Saya doakan Cheqna, dan pembaca entri ini (yang inginkan zuriat) akan terus tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. In sha Allah, Dia Maha Mendengar akan doa dan harapan hambaNya. Yang penting jangan berputus asa... berdoalah, berusahalah dan bertawakallah hanya kepadaNya. Sesungguhnya Allah suka pada hamba yang selalu merayu dan meminta kepadaNya...




Tuesday, January 22, 2013

Kesan Positif "Anak Mak"

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kupasan informasi dalam rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Fadzilah Kamsah telah membuka mata saya tentang fenomena "Anak Mak"... Oh ya, istilah "Anak Mak" biasanya dilabelkan kepada seorang lelaki yang manja tak bertempat, mengada-ngada, dan tak pandai berdikari. Mungkin kategori yang tu masih lagi ada pada segelintir "Anak Mak" di luar sana...

Tapi... apa yang dibincangkan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah bersama dua panelnya amat menarik perhatian saya, iaitu sudut atau kesan positif... bila lelaki digelar "Anak Mak"? Oh sebelum terlupa, salah seorang panel jemputannya adalah Fizo Omar, yang juga dilabelkan sebagai "Anak Mak".

Mengikut kajian yang dilakukan, kesan positif yang ada pada mereka yang digelar "Anak Mak" adalah seperti berikut:

Klik gambar untuk sumber
1. Mereka lebih penyayang dan lebih hormat kepada golongan wanita - dikatakan bahawa lelaki yang digelar "Anak Mak" ni merupakan seorang yang penyayang dan sangat-sangat menghormati dan menghargai golongan wanita. Pada mereka, golongan wanita perlu sentiasa dijaga dan diberi perhatian.

2. Mereka lebih bertanggungjawab - tanggungjawab ini dikaitkan dengan family first. Dalam apa juga keadaan mereka akan mengutamakan ibu dan ahli keluarga yang lain.

3. Mereka mudah membantu bereskan kerja-kerja rumah -  mereka tidak akan kekok malah suka membantu dalam membereskan kerja-kerja rumah seperti memasak, mencuci pinggan dan lain-lain. Pendek kata tak perlu suruh, mereka dengan rela hati membantu.

4. Mereka mengikut sunnah Rasulullah SAW - lelaki yang digelar "Anak Mak" ni telah melakukan sunnah Rasulullah SAW yang mana mengutamakan ibu, seperti mana hadis ini:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: 
Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” 
Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” 
[HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad] 

5. Mak akan sayang pada pilihan anaknya - sesiapa yang menjadi isteri kepada lelaki yang digelar "Anak Mak" ni tak perlu risau tentang mak mertua tak suka... kerana isteri tu juga akan disayangi oleh ibu mertua. Biasanya "Anak Mak" akan sentiasa berbincang dengan ibunya tentang wanita-wanita yang nak dijadikan isterinya. Jika ada yang tak berkenan di mata ibunya, maka "Anak Mak" ni redha dan cuba mencari yang lain... Pada si "Anak Mak" ni, yang penting adalah membahagiakan ibunya... (sweetkan...?!)

Info tambahan: Rezeki setiap anak (tak kira lelaki atau perempuan) akan bertambah murah apabila bersalam dan mencium ibunya sebelum pergi kerja, kerana ibu akan sentiasa mendoakan dan merestui apa yang kita lakukan... Kalau tak duduk serumah dengan ibu, maka telefonlah setiap hari... Setiap doa malah kata-kata ibu tiada hijabnya... InsyaAllah... Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu...



Wednesday, December 05, 2012

Terima Kasih Ina... (⌒_⌒;)

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alahai... malu pula saya bila membuat kunjungan balas di blog "Famous Amos" milik IntaNBerliaN a.k.a Ina tadi... Tengah dok baca latest entry Ina, tiba-tiba rasa macam... "eh ni macam gambar aku ni?". (⌒_⌒;) 

Rupa-rupanya Ina highlight komen yang saya tinggalkan di salah satu entrinya baru-baru ni... Tak sangka pula Ina nak highlight komen saya tu... sebab saya rasa itu adalah perkongsian biasa yang dilakukan oleh para blogger... where sharing is caringkan!  

Secara peribadinya saya nak ucapkan terima kasih pada Ina sebab sudi selitkan informasi yang saya kongsikan di blognya... Rasa terharu ada... Malu ada... Apa pun, saya memang tersangatlah kagum dengan semangat berblog Ina ni... 

Mana taknya dalam sehari Ina boleh hasilkan 4-5 ENTRI BARU... Bayangkan... Ina boleh ada 60 ENTRI DALAM SEBULAN!!! Kagum tak?! Kagum tak?! Dasyatlah Ina ni... Memang saya tak terbuat la... Walaupun kami sama-sama surirumah... Memang tak boleh bayang macam mana Ina bahagi masa sebagai surirumah dan blogger... 

Entri-entri Ina lebih menjurus kepada anak-anaknya Alisha dan baby Aqilah yang baru lepas hari... Ina juga banyak share tips penjagaan anak dan tips untuk para blogger. Oh ya... kalau nak baca entri Ina yang ada terselit komen dan gambar saya bersama Alisya bolehlah klik di sini... (⌒_⌒;)


Sekali lagi terima kasih buat Ina... (^_^) dan sama-samalah kita doakan agar kelenjar tiroid Ina yang bengkak sejak lahirkan Aqilah baru-baru ni segera surut... Moga Ina, Alisha dan Aqilah sentiasa sihat walafiat dan sentiasa di dalam lindungan Allah... Amin...


Friday, September 28, 2012

Jangan Perlekeh Air Tangan Sendiri!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya teringat ketika saya masih bekerja, saya jarang ada masa, memasak untuk suami dan anak-anak... Balik dari kerja, saya rasa sangat penat... 

Memandangkan saya 'rajin' bangun awal pagi untuk siapkan kerja-kerja office, so biasanya saya akan ambil jalan mudah dengan hanya membeli 'nasi bungkus' di kedai... (maklum sajalah... ketika tinggal di Kuantan dulu... sana sini kedai makan... so memang senang la.. :p ) Jimat masa dan tenaga... 

Sekarang bila dah kerja sepenuh masa di rumah... Saya memang ambil peluang untuk memasak. Memandangkan Faris pun dah kuat makan... so, makin bersemangatlah saya nak masak... Walaupun telur goreng je... Hahaha...

Saya pernah dengar orang kata: 

"Air tangan isteri/ibu akan jadi penentu sikap suami dan anak-anak..."   
"Air tangan isteri/ibu akan memberi kesan rangsangan spiritual yang positif kepada suami dan anak-anak..."


Sunday, March 25, 2012

Tiga Punca Remaja Lari Rumah

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi rakan bloggers! Saya ada menonton rancangan Al-Kulliyyah di TV3 pada 23 Mac 2012, baru-baru ni... Isu yang dibawakan adalah isu "Anak Siapa?". Panel yang dijemput bagi mengupas isu ini adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor, Tuan Haji Hushim Salleh

Perbincangan ini saya rasakan sangat menarik sebab saya juga bergelar ibu. Sedikit sebanyak saya perlu tahu apa yang remaja inginkan... Memandangkan anak saya juga akan meningkat remaja tidak lama lagi.. Well orang kata persediaan dan pendidikan awal dari segi agama dan akhlak itu perlu agar anak mudah dibentuk... InsyaAllah...

Saya rasa kupasan Al-Kulliyyah ini ada kaitan dengan post @ entry saya sebelum ini... Klik sini untuk membaca. Saya nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian (terutamanya yang telah bergelar ibu bapa) tentang tiga punca remaja lari dari rumah: 

Sentuhan penting bagi anak-anak
(Gambar dari Google)
1. Kurangnya sentuhan - Setiap ibu bapa, beranggapan anak yang telah menginjak dewasa, tidak perlu dipeluk atau dicium (ciuman di dahi dan pipi), kerana takut anak-anak merasa malu apabila mereka diperlakukan sedemikian. Lebih-lebih lagi dihadapan rakan-rakan sebayanya. So, di sinilah kesilapan kita (sebagai ibu bapa) yang pertama. Sepatutnya, sepanjang proses mereka membesar, kita perlu memeluk dan mencium mereka. Sentuhan akan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Secara psikologinya, anak-anak yang kurang disentuh akan merasakan mereka tidak disayangi.


Komunikasi - boleh merapatkan jurang
(Gambar dari Google)
2. Kurangnya komunikasi - Ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan mereka memendam rasa. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mencari orang ketiga (boyfriend @ girlfriend @ rakan-rakan sebaya) untuk meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam diri mereka. Remaja mudah tertekan dan ibu bapa perlulah sentiasa mengenalpasti tekanan tersebut dengan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Ibu bapa digalakkan untuk menyentuh emosi anak-anak agar mereka sentiasa rasa dihargai. Ibu bapa yang rajin berkomunikasi dengan anak-anak adalah ibu bapa yang merendahkan egonya demi anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan sentiasa menghormati ibu bapa.

3. Kurangnya perhatian - Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak remaja mereka. Ambil tahu setiap aktiviti dan tindak tanduk mereka. Jika ada yang tidak kena, ibu bapa perlu menegur dengan cara yang berhemah. Jangan sampai anak-anak hilang rasa hormat kepada anda (sebagai ibu bapa). Tunjukkan rasa kasih sayang anda kepada mereka agar mereka merasakan andalah "pakar rujuk" kepada setiap masalah yang mereka hadapi. Jangan sampai mereka mengabaikan dan membelakangkan anda dalam setiap perkara yang mereka lakukan. 

Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan ketiga-tiga perkara ini agak remeh. Tetapi inilah perkara yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan pemikiran remaja masa kini. Peranan ibu bapa sememangnya besar dalam membentuk anak-anak. Dan ketahuilah kita perlu mulakan sejak dari dalam kandungan lagi sehinggalah mereka dewasa... 

Ayuh parents jangan mengalah... kita masih berkesempatan untuk memperbetulkan segalanya bagi merapatkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Till next post, bloggers jaga diri ya!! Muah :3


Saturday, March 24, 2012

4 Perkara Untuk Sihat

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Terima kasih kerana anda masih sudi membaca blog ini... Saya sentiasa mendoakan agar Allah s.w.t sentiasa melindungi anda (ye, anda yang sedang membaca blog ini...). Terima kasih banyak-banyak...

Baik, apa yang saya nak tulis hari ini adalah tentang empat perkara yang boleh menjadikan kita sihat. Petua Imam Syafie ini saya petik dari Majalah Anis, keluaran Februari 2009, untuk panduan kita bersama...

Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian daripada kapas

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...