Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Doa Untuk Mendapat Zuriat. Show all posts
Showing posts with label Doa Untuk Mendapat Zuriat. Show all posts

Monday, March 18, 2013

Petua dan Doa Mendapat Zuriat


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Terasa sebak apabila saya membaca entri ini ketika berblogwalking. Benarlah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya... Kita hanya mampu merancang, selebihnya Dia yang menentukan... dan sesungguhnya perancangan Allah itu adalah yang terbaik buat kita.

Saya sendiri pernah berdepan dengan situasi di mana orang asyik bertanya, "bila saya nak dapat anak" (saya mengambil masa lebih kurang 8 bulan untuk hamil anak pertama, satu jangka masa yang agak lama bagi masyarakat barangkali...). Even dah punya dua anak, orang masih bertanya "bila yang ketiga?". 

Memang kita tak boleh nak elak dari soalan-soalan begitu... Akhirnya, apabila ada orang bertanya soalan seumpama itu, saya akan jawab "Tolong doakan saya..." (jawapan ni sangat berkesan kerana... biasanya orang yang bertanya tu akan terdiam seketika dan mula mengubah topik...)

Dalam usaha saya untuk mendapatkan zuriat, selain menjaga pemakanan... mendalami ilmu keibubapaan, saya perbanyakkan bersedekah dan berpuasa sunat (kerana saya pernah mendengar tentangnya dalam satu majlis ilmu, juga tertulis dalam buku Doa dan Zikir Harian, oleh Ustaz Zahazan Mohamed, terbitan Telaga Biru), selebihnya saya berserah kepada Allah kerana yakin akan perancanganNya. Walaupun saya rasa ketika itu saya dah bersedia untuk punyai anak dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu, namun itu semua atas kemahuan dan ketentuanNya. Kun faya kun...

Selain itu, saya kongsikan juga ilmu yang saya petik dari rancangan Al-Kuliyyah, TV3 dalam episod "Doa Terhijab", panelnya adalah Ustaz Halim Din. Dimana dikongsikan doa untuk mendapat zuriat:


Doa ini perlulah dibaca oleh suami isteri yang ingin memperoleh anak, setiap kali selepas solat lima waktu... dan tambah Ustaz, perbanyakkanlah qiyamulail... Moga dengan doa dan kesungguhan tersebut, dapatlah pasangan tersebut memiliki zuriat yang baik akhlak dan peribadinya. Doa ini juga boleh dibaca oleh pasangan yang ingin menambah zuriat.

Saya doakan Cheqna, dan pembaca entri ini (yang inginkan zuriat) akan terus tabah dan sabar dengan ujian Allah ini. In sha Allah, Dia Maha Mendengar akan doa dan harapan hambaNya. Yang penting jangan berputus asa... berdoalah, berusahalah dan bertawakallah hanya kepadaNya. Sesungguhnya Allah suka pada hamba yang selalu merayu dan meminta kepadaNya...




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...