Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Seperti
biasa, balik dari sekolah Faris mesti cerita apa yang dirasakan
menarik untuk dikongsikan dengan saya... Selalunya dia bercerita di
dalam kereta (on the way balik rumah) atau ketika makan tengah
hari sebelum dia pergi sekolah agama.
Tapi apa
yang diceritakan minggu lepas sampai sekarang buat saya terharu...
Faris:
Mama, tadikan dekat sekolah cikgu cakap... anak-anak sebelum pergi
sekolah, kena salam dan cium ibu dengan ayah.
Saya:
Ha... memang la... kan mama buat macam tu sebelum Faris pergi
sekolah... Mama salam dulu... lepas tu cium pipi Faris yang tembam
ni... (sambil cubit dua-dua belah pipinya...)
Faris:
Ye la... tu kita tau... Nanti boleh tak mama cakap dengan abah, kita
kena salam dengan cium abah dulu sebelum pergi sekolah...?!
Saya:
La, kenapa mama pulak yang kena cakap? Tak payah cakap... Faris bila
turun motor tu... Faris cakap la kat abah nak salam dengan cium...
Faris:
Tak boleh... mama cakap la... kalau mama tak cakap... nanti esok
cikgu tanya Faris nak jawab apa?!
Saya:
Ye la... nanti mama cakap kat abah.
Malam tu,
saya beritahu encik hubby, apa yang Faris cerita pada saya
petang tu... Di hujung perbualan tu saya ingatkan encik hubby
untuk salam dan cium Faris esok (hari Jumaat minggu lepas), sebab
cikgu akan tanya semula sama ada mereka salam dan cium ibu bapa
sebelum pergi sekolah.
Hari Jumaat
tu, masa saya jemput Faris dari sekolah, terus dia cerita...
Faris:
Mama, cakap dekat abah suruh salam dengan cium kita ke?
Saya:
Ha ah... kenapa?! Abah salam dengan cium Faris ke tadi?
Faris:
Ha ah... Abah salam dengan cium... (sambil senyum lebar...
selebar-lebarnya). Abah sayang kita, mama! (tersengih-sengih...)
Saya:
Memang la abah sayang... tak semestinya abah tak cium, abah tak
sayang... (ouh, saya bergenang air mata... patutlah Faris hari ni
sangat luar biasa happynya...)
Anak-anak,
walaupun mereka dah semakin membesar, sekali sekala mereka nak juga
dimanja... Walaupun bukan selalu, sekali sekala tu, peluk dan ciumlah
mereka... Moga dengan pelukan dan ciuman tu, mereka akan rasa sangat
dekat dengan kita... Mudah-mudahan... Amin...
Nota
kaki: Encik hubby saya memang jarang peluk dan cium
anak-anak, sebab katanya takut nanti mereka manja :p
*** Saya dapat CPUV yang ke-28 dari Nuffnang: McDonald... TQ Nuffnang (^_^) ***
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.















