Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Perkembangan Anak 6 Tahun. Show all posts
Showing posts with label Perkembangan Anak 6 Tahun. Show all posts

Sunday, March 27, 2016

Makan Tangan Kananlah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Selalu kalau duduk di kedai makan, Alisya mesti marahkan Abang dia... Dia cakap, "kenapa Abang ni asyik makan dengan tangan kiri? Orang makan dengan tangan kananlah?"

Abang jawab, "ni tangan kananlah ni, Alisya duduk situ memanglah sebelah yang ni (sambil angkat tangan kirinya)"

Balas Alisya, "eh tak... Alisya makan tangan kanan... tengok Mama pun sama tangan kanan, (sebab saya duduk di sebelahnya) Abang je tangan kiri... eeii, cikgu cakap siapa makan dengan tangan kiri, dia sama dengan syaitan!"

"Betullah ni tangan kanan Ayies... Alisya duduk kat situ memanglah... ha tengok kalau Ayies pusing macam ni... (sambil pusingkan badan dan angkat tangan kiri dan kanannya) kan sama tangan Ayies macam Alisya tu!"

"Tak, Abang makan tangan kiri, kan Mama...?" (tak puas hati dengan jawapan Abangnya...)

"Betullah tu tangan kanan Abang, kalau Alisya duduk tempat Abang sekarang ni tangan ni la juga Alisya pakai untuk makan (sambil tunjuk tangan kanannya)".

"Ish Mama ni!!!" 

Terus Alisya masam muka, marah sebab dia ingat saya sebelahkan si Abang. Padahal dia yang tak faham konsep bila duduk berdepan... Tak pe lah slowly kamu bisa faham ya...

NK
Jenuh nak explain!

Tuesday, December 17, 2013

Barakallahufiq Pak Anjang!! :D

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pagi tadi lepas saya hantar ucapan birthday melalui WhatsApp pada abang saya... Saya terus beritahu Faris dan Alisya... Yang hari ni birthday Pak Anjang mereka... 

Saya: Hari ni birthday Pak Anjang tau!

Faris: Hari ni ke? 

Saya: Ha ah... Hari ni 17 Disember...

Alisya: Pak Anjang ada kek tak?

Faris: Mestilah ada kek... Eh tapi... kalau Pak Anjang ada kek... Siapa nak nyanyi lagu Happy Birthday?

Alisya: Pak Usu la... ngan Mak Ngah sekali...

Faris: Eh boleh ke? Tak boleh la... Anak-anak je boleh nyanyi lagu Happy Birthday... (nyanyi lagu Happy Birthday sambil tepuk-tepuk tangan)

Alisya: Jom mama!

Saya: Nak pergi mana?

Alisya: Pergi rumah Pak Anjang la... 

Faris: Ha ah... Pergi rumah Pak Anjang dulu... Lepas tu nyanyi lagu Happy Birthday... Lepas tu balik rumah kita balik... 

Saya: Hah?! Tak payah... Ucap kat telefon pun boleh... (sambil tekan button audio di WhatsApp untuk rekod mesej dari Faris dan Alisya)

Faris rekod: Pak Anjang... Happy Birthday Pak Anjang...

Alisya rekod: Pak Anjang, Pak Anjang ada kek tak?

Anak-anak begitulah... Sambutan hari jadi memang sinonim dengan adanya kek... Sebab tu kalau kata birthday siapa-siapa, soalan pertama mesti tanya ada kek ke tak... Padahal dorang bukan suka sangat makan kek pun... >_<

Apapun, moga abang saya panjang umur, sihat selalu, dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin...
Abang saya bersama anak-anak saudara... sweet pula gambar ni...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, November 13, 2013

Sekitar Konvo AF: Lakonan Hadis

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Entri sambungan Majlis Konvokesyen Faris Ahad lepas.

Faris terlibat dalam dua persembahan lakonan hadis. Yang pertama sebagai pelakon dan yang kedua sebagai pembaca hadis. (sayangnya saya tak rekod yang ini... just ada snap beberapa keping gambar...)

Lakonan 1: Faris sebagai anak nakal, budak perempuan tu sebagai mak Faris, budak lelaki tu (Hafizudin) sebagai pembaca hadis.

Hadis: Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Ibu buat bekal untuk Faris bawa ke sekolah...
Faris ambil bekal tu dan terus merasa makanan tersebut...
Lepas rasa, patutnya Faris kena campak bekal tu dan cakap "ah, tak sedap!"
dan tolak ibunya tu...
Tapi sebab nervous kot... lepas rasa makanan dia pandang cikgu...
macam... "eh lepas ni buat apa?" (^V^)
Masa dia campak bekas tu, dia sendiri pun terkejut... saya dengan encik
hubby bantai gelak kat belakang...

Ni lepas dia dah tolak ibunya (nampak tak ibu tu dah terbaring di sebalik
bunga telur tu...) dan Hafizudin baca hadis tersebut
(dalam Arab dan Melayu)...
(^_^)

Lakonan 2: Faris sebagai pembaca hadis, Atif (baju biru), Hafizudin (baju hijau).

Hadis: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang kedekut.

Atif: Hafizudin awak bawa apa? Nak sikit boleh?
Hafizudin: Tak boleh! Ni saya punya (sambil membelakangkan Atif)

(Ala...kacau la mic tu... :( )

Faris: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang kedekut.

Faris baca versi Arab dan terjemahan Melayu.
Cool! (^_^)

Di rumah saya tanya pada Faris, "Faris takut tak berdiri depan orang ramai tadi?"

Faris: Masa yang ramai-ramai tu tak takut... Masa aci-aci buka pintu tak takut jugak... Ya Hanana tak takut jugak... semua tak takut... Tapi yang 'Ismi Adam Faris' tu.... TAKUTTT... 

Tergelak saya... dia takut masa dua lakonan ni la... sebab sebelum mereka start lakonan tu, mereka kena perkenalkan diri dulu... Kena sebut, "Ismi (nama saya) Adam Faris" 


Nota kaki: Di Tadika ni, mereka diajar menghafal 10 hadis mudah. Lakonan 1, adalah hafalan hadis kedua dan lakonan 2 adalah hafalan hadis ketujuh.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, November 12, 2013

Sekitar Majlis Konvo AF... :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sebelum bergerak ke
Tadika... Nampak happy je
 
Pada Ahad, 10 November lalu berlangsungnya Majlis Konvokesyen Adam Faris... Sekejapan je rasanya masa berlalu... Tak sedar rupanya dia dah besar... Alhamdulillah... Majlis berlangsung di Kota Fesyen MITC.

Melihat aksinya di pentas rasa macam... "Alahai, tak sangka Faris dah nak masuk darjah 1".   

Faris terlibat dalam hampir semua persembahan pentas pada hari tersebut... Maka Mama dan Abahnya bergilir-gilirlah ambil gambar anak bujang ni... (^_^) 

Alisya pun sangat-sangat excited bila abangnya naik pentas. Dia akan berdiri di depan sekali, sambil bersorak untuk abangnya... Mana lagu yang dia pernah dengar abangnya nyanyi di rumah, dia akan turut nyanyi... (^_^)

Majlis bermula jam 9 pagi - 2.30 petang... Lamakan?! Sebab ada banyak persembahan dari pelajar-pelajar Tadika dan Taska serta Kelas Al-Quran. Antara persembahannya adalah:

1) Majlis Khatam Quran
2) Persembahan Selawat dan Qasidah
3) Bacaan Surah Lazim, Hadis dan Doa Harian
4) Persembahan Nasyid Anak Soleh
5) Gwiyomi, Gummy Bear, Chiken Dance, Ikan kekek
6) Lakonan Aci-aci Buka Pintu
7) Lakonan Bacaan Hadis
8) Pakaian baju cita-cita
9) Penyampaian sijil 
10) Sambutan hari lahir semua kanak-kanak Taska/Tadika dan Kelas Agama 

Comel sangat bila tengok kanak-kanak dari usia 4 - 6 tahun beraksi di pentas. Mereka tak nampak takut pun... Mereka ikut je apa yang cikgu mereka ajar dan cakap... Tetap bersemangat walaupun nampak letih buat banyak persembahan... hehe...

Majlis diadakan di cawangan Kota Fesyen, MITC

Majlis Khatam Quran

Tahniah buat adik Adam & Ainul yang khatam Quran...
Ainul tu baru darjah 2...

Pelajar Tadika just iringi Majlis Khatam Quran.

Persembahan Selawat dan Qasidah

Nampak Mama pegang kamera terus sengih...
Sejuk je tengok mereka ni...

Praktikal Tawaf Kaabah

Aik, sempat pandang mama lagi?! :p

Bacaan Hadis dan Doa Harian

Macam ustaz-ustaz semuanya... :)

Persembahan Nasyid


Nota kaki: Banyak pula gambarnya... nanti sambung lagi ya...  :p
* * * 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, November 06, 2013

Faris Dah Boleh Diharap...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Nampak gayanya anak bujang saya ni dah boleh diharap... Tadi masa saya angkat kain baju di ampaian, dia keluar dan tolong saya... Ayat biasa dia akan cakap, "Boleh Faris tolong? Cikgu cakap, kalau tolong ibu dengan ayah, dapat pahala..."

Alahai, sejuk perut Mama ni rasanya bila Faris cakap macam tu... Bila saya tanya, "Pahala tu apa Faris?"

"Pahala tu, macam yang cikgu bagi star la... kalau pandai solat, pandai baca, tolong kemas, tolong ibu dengan ayah... cikgu bagi star..."  (⌒▽⌒)

Boleh la, as long as dia tahu pahala tu adalah ganjaran kalau buat sesuatu yang baik... Nak tahu cerita tentang star yang Faris maksudkan, baca di entri ni... 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, May 12, 2013

Hari Sukan Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tahun ni baru la merasa tengok Faris bersukan... Tadika Faris ni (Tadika Ilmu Pintar Murni) bergabung dengan 13 lagi Tadika swasta di area Melaka ni... So, sambutannya memang meriah, diadakan di Dataran Ayer Keroh, Melaka, semalam (11 Mei 2013)... Ramai betul anak-anak yang comel umur 4-6 tahun... Sejuk je mata tengok mereka semua... (^_^)

Seperti acara sukan yang biasa, adalah perbarisan para kontijen (hehe comel je, para kontijen...) ada lima rumah sukan... merah, biru, hijau, kuning dan oren... Faris rumah Merah... (teringat dulu masa sekolah menengah, saya pun rumah Merah...

Cikgu-cikgu mereka pun kreatif sangat... macam rumah biru, kontijen mereka bertemakan Doraemon... siap ada lima sekawan tu... Sizuka, Nobita, Sinyu, Giant... Tak percaya?! Tengok ni...

Comelkan?!
Oh ya, yang baju hitam dok mengadap team Doraemon tu Alisya...
Seronok sangat dia dapat tengok Doraemon tu...


Rumah oren pula... benderanya gambar buah oren yang dibelah... Siap ada sepanduk "Oren Pasti Juara"... hehe comel... 



Ini pula rumah kuning di raja... Semua kontijen tu ala-ala, Prince and Princess... Super comel mereka ni... Tapi Princess yang pegang sepanduk ni, tengah menangis... Sebab takut orang yang ramai hari tu... kesian dia... Alisya pun asyik tanya saya, "Kenapa Princess nangis... Sian dia..." Saya cakap, " tak pe, cikgu ada... cikgu pujuk diakan?" Terus dia angguk!




Rumah hijau tak kurang hebatnya... Siap ada bendera tulis slogan Melaka, "Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau". Teringat Encik hubby pernah cerita, setiap kali ada meeting media, setiap orang yang nak bercakap akan sebut slogan tu dulu... then baru bagi pendapat or usul... (hehe... panjang tu slogannya...!



Inilah kontijen rumah merah... Simple je rumah merah ni... tapi yang bawa sepanduk dengan pengiring tu, memang comel sangat... Sweet... 




Acara sukan untuk kanak-kanak... bukanlah olahragakan... tapi sukaneka yang comel-comel... Antaranya, bawa bola ping pong dengan sudu, masukkan bola dalam bakul, lari dalam guni, menunggang kuda, pecahkan belon... Haih, banyak jugalah acaranya... Faris pula masuk acara lompat gelung... 

 

Cuaca hari tu sangatlah panas terik... Kesian anak-anak yang bersukan tu... ada yang menangis, ada yang excited... ada yang over confident... Macam-macam karenahlah... Yang penting semua happy dan dapat macam-macam hadiah...

Ada beberapa perkara yang saya rasa boleh digunakan untuk tujuan penambahbaikan bagi meningkatkan kelancaran acara sukan sebegini (maybe for next time...)

(a) pihak penganjur Persatuan Tadika-tadika Swasta Melaka, perlulah menyediakan tandas bergerak sepanjang acara sukan berlangsung... oleh kerana tiadanya tandas bergerak, anak-anak dan ibu bapa perlu berjalan jauh untuk ke toilet (sama ada ke toilet Zoo Melaka, mahupun toilet Tasik Ayer Keroh... Jauh!)

(b) Saya lihat hanya ada 2 tong sampah yang disediakan, dan letaknya agak jauh dari khemah para tetamu... akhirnya, tetamu meninggalkan sampah merata-rata... Memadai kot, kalau diikatkan plastik sampah di tiang khemah... kan?!

(c) Acara sukan terlalu banyak, kerana dihadkan 1 atau 2 acara untuk setiap murid... Hal ni menyebabkan kanak-kanak terpaksa menunggu lama di bawah khemah yang panas... kesian mereka... 


Apapun, saya seronok tengok Faris bersukan dan Alisya pun happy, walaupun dia batuk dan selsema... Alisya sibuk kata nak sekolah juga... Sebab seronok tengok kawan-kawan dengan cikgu! By the way, hari sukan Faris ni jatuhnya pada hari lahir Alisya yang ke-3... Next entry la saya cerita pasal birthday girl, Alisya Farha.

Eh, berjaya pula dia buat PEACE!
   
Nota kaki: Buat Ieta yang berangkat ke Mekah untuk mengerjakan umrah semalam, dengan iringan doa, moga selamat pergi dan pulang ke tanah air... Amin...

Monday, March 04, 2013

Bila Anak Bujang ke Dapur...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Lately ni Faris suka sangat manawarkan diri membantu saya... tak kisah la apa yang sedang saya buat, memasak ke... angkat/lipat kain ke, mengemas ke... mencabut rumput ke... Faris akan tanya jika dia boleh bantu... Ayatnya lebih kurang macam ni, "Boleh Adam Faris tolong mama?!" 

Alahai... bila saya cakap... "tak pe mama nak siap dah ni..." then dia akan cakap, "Boleh la... nanti mama berpeluh nanti, sian mama..." Alololo, baiknya kamu sayang...! So sekarang ni kalau dia nak tolong, saya akan bagi dia tolong... Mudah-mudahan dia akan jadi anak yang ringan tulang. Amin...

Semalam Faris tolong saya masak Maggi goreng...
Inilah hasilnya! Air tangan anak bujang saya :p
Tips: Jika ingin anak yang rajin, jangan halang apa yang ingin dilakukan... Berikan tunjuk ajar agar mereka merasa seronok belajar perkara baru. Perkara mudah ini juga adalah salah satu cara untuk memupuk nilai kendiri mereka. 

*** Sebab ramai yang tanya, saya tulis di sinilah... Anak bujang saya ni baru berusia 6 tahun... (^_^) ***

Entri berkaitan:
Bila Alisya Masuk Dapur 
Tip: Bantu Anak Belajar di Dapur



Friday, January 25, 2013

Mama Dah Solat Dhuha?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

AF kesayangan saya...
Kalau tahun lepas, setiap kali ambil Faris dari Taska, saya yang akan tanya, belajar apa tadi..., makan apa tadi..., seronok tak belajar dengan kawan-kawan... dan kemudiannya Faris akan bercerita dari A-Z dengan excitednya.

Sekarang ni, bila ambil Faris dari Tadika, tak sempat saya tanya soalan-soalan lazim tu, Faris dah tanya saya dulu... "Mama dah solat Dhuha?"

Reaksi saya?! Semestinya untuk pertama kali dulu saya rasa terkejut, sebab ditanyakan soalan seperti itu... Tapi sekarang ni saya rasa bagus juga Faris ingatkan saya untuk melakukan solat Dhuha. Sekurang-kurangnya saya tidak leka dan lalai...

"Alhamdulillah, dah..." jawab saya.

"Faris solat Dhuda dengan cikgu tadi?" tanya saya.

"Ha ah, dengan cikgu, kawan-kawan... Hafizudin sekali... Semua... Bila mama solat Dhuha? Ayies tak nampak pun!" tanya Faris lagi... pulangkan soalan untuk saya jawab.

"Kat rumah... Masa Ayies sekolah, mama solat la kat rumah..."

"La... kenapa tak tunggu Ayies?! Tunggu la Ayies lain kali..." mengeluh...

"Solat Dhuha kena buat waktu pagi... Lepas Ayies balik sekolah tak boleh dah... sebab tu Ayies kena solat dengan cikgu..."

"Pagi je boleh?!" soalnya lagi...

"Ha ah pagi... untuk dapat rezeki..." (Saya berusaha untuk menjawab setiap persoalannya... sepertimana tabahnya ibu bapa Humaira' dalam buku yang bertajuk "Begini, Sayang" dan "43 Inspirasi Mendidik Anak": yang menjawab kepada semua soalan Humaira' dengan sabar... - oh nanti la saya ceritakan isi buku-buku tersebut...)

"Rezeki? Ooo... Adik solat Dhuha?" (tak tahula dia faham ke tidak dengan maksud "rezeki" tu... tapi sebab dia tanya soalan lain... maka saya menjawab soalannya... mungkin kemudian saya akan ceritakan padanya apa itu "rezeki")

"Adik belum solat Dhuha lagi... adikkan kecil lagi..."

"Eh mana boleh... Cikgu cakap kena solat... Nanti Allah marah nanti camana?" Faris protes.

"Adik kena besar macam Ayies dulu... Nanti adik dah besar, Ayies boleh ajar adik solat Dhuha... Ok?!" saya cuba beri kefahaman dan solution pada Faris...

"Em... boleh!" lalu dia bersandar di kerusi belakang kereta... Mungkin dah puas bersoal jawab dengan saya... 

Terasa malu pula dengan Faris  kalau saya tertinggal solat Dhuha... Tadika baru Faris tu memang ajar solat Dhuha hari-hari... Baguskan?! Alhamdulillah... Kalau ada anak-anak yang dijaga sampai petang di situ pula, mereka akan diajar solat Zohor dan Asar sekali... Teringat pada banner Tadika Faris yang tergantung di simpang masuk ke Tadika tersebut: "Kami Membentuk Anak Anda Menjadi Anak Yang Soleh/Solehah" (InsyaAllah... mudah-mudahan... Amin)

Bila difikir-fikir balik, sekali sekala elok juga kena tegur dengan anak-anak... Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu bapa ni sedar akan amanah Allah dan tanggungjawab sebagai ibu bapa...

Teringat saya pada rancangan Tanyalah Ustaz yang saya tonton... Pesanan ustaz tu lebih kurang begini... "Untuk menjadikan anak-anak soleh/solehah (sedari mereka kecil sehinggalah dewasa), sentiasalah bertanyakan kepada mereka soalan-soalan ini: Dah solat ke belum?, Dah baca Quran ke belum?, hari ni dah berzikir ke belum? Dah selawat ke atas Nabi SAW?, singgah solat di masjid/surau mana?" - supaya anak akan rasa dekat dengan Allah dan Rasulnya... InsyaAllah... Jom mula sekarang!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...