Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Komunikasi Dengan Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Komunikasi Dengan Anak-anak. Show all posts

Monday, June 19, 2017

Bicara Dengan Anak: Kaabah Ada Dua

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Bagaimana agaknya puasa kita selama 24 hari ni. Moga puasa dan amalan-amalan kita sepanjang Ramadan diterima Allah. InsyaAllah, Amin... Sedih pula bila Ramadan semakin meninggalkan kita.

Ni saya nak kongsikan perbualan saya dengan Adam Faris tentang Kaabah. Satu pagi selepas sahur, Faris tanya saya...



Faris: Mama, Kaabah ada satu je kan?

Saya: Kaabah ada dua.

Faris: Aik, satu je la Mama... Yang ni kan. Yang Abah pergi hari tu... (sambil tunjuk gambar Kaabah yang ada di ruang tamu, rumah pusaka arwah Mak dan Ayah saya)

Saya: Ada dua. Satu dekat bumi. Dekat Mekah. Yang nilah (tunjuk gambar yang sama) Satu lagi dekat langit.



Faris: (hahahahaha) Kelakar la Mama ni. Macam mana orang nak pergi Kaabah yang dekat langit tu?!? Kena naik pakai baju angkasawan agaknya...

Bersungguh dia gelak, ingat saya buat lawak. Saya sengih je...

Saya: Siapa kata Kaabah dekat langit tu untuk manusia?

Faris: Dah, habis tu untuk siapa?

Saya: Kaabah dekat langit tu untuk Malaikat. Namanya Baitul Makmur. Yang ni dipanggil Baitullah.

Faris: Malaikat pun kena pusing-pusing? (baca sebagai Tawaf).

Saya: Ha ah. Sama je macam kita Tawaf tu.

Faris: Kenapa Malaikat pun kena pusing-pusing? 

Saya: Selagi belum Kiamat, selagi tu la Malaikat akan Tawaf. Sama je macam kita.

Faris: Ramai ke Malaikat pusing-pusing?


Masa sekolah Tadika di Melaka dulu Faris pernah buat lakonan Tawaf Kaabah. Dia ingat sampai sekarang.

Saya: Yang Mama baca, sehari ada 70,000 Malaikat akan Tawaf dekat Baitul Makmur dalam SEHARI.

Faris: SEHARI? Betul ke Mama ni? Ramai betul!

Saya: Ye sehari 70,000 Malaikat. 70,000 Malaikat yang dah Tawaf hari ni, takkan datang dah esok. Esoknya 70,000 Malaikat lain. Esok lagi 70,000 lagi Malaikat lain. Subhanallah... Hebat Allah!

Faris: Biar betul! Takkan ramai macam tu?

Saya: Wallahua'lam... tapi itulah yang Mama baca. Kalau ikut ceramah Ustaz Wadi Annuar pula, contohlah kalau ada orang meninggal dunia, nanti turun Malaikat dengan pasukan dia yang ramai untuk uruskan jenazah tu... kalau orang yang meninggal tu baik, Malaikat dengan pasukan tu akan bawa wangian dari Syurga. Kalau orang yang meninggal tu tak baik Malaikat akan bawa bau busuk dari Neraka... Na'uzubillahi min zalik...

Faris: Takkanlah, biasa kalau orang meninggal, oranglah yang uruskan. Ada ke Malaikat?

Saya: Manusia uruskan jasad... itulah yang kita nampak bila orang meninggal, kita mandikan, kita kafankan, kita solatkan, kita kebumikan. Tapi Malaikat yang ramai turun tu, uruskan roh orang yang meninggal tu...

Faris: Ooo patutlah dalam cerita Ultraman tu... bla... bla... bla... bla...

Mama dia tak sanggup nak dengar. Ada ke dia kaitkan dengan Ultraman! Allah! Dan soalan terus-menerus dari Faris... sampai ke sudah... yang pasti semuanya pasal imaginasi dia. Sampai masuk macam-macam superhero bagai. Saya pula yang pening. Sabar je lah! 

Saya: Ok... dah la tu. Pergi Subuh, lepas tu tidur! 


Faris kalau tanya soalan memang tak boleh fokus, sampai Mamanya pun jadi tak fokus.

Friday, January 25, 2013

Mama Dah Solat Dhuha?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

AF kesayangan saya...
Kalau tahun lepas, setiap kali ambil Faris dari Taska, saya yang akan tanya, belajar apa tadi..., makan apa tadi..., seronok tak belajar dengan kawan-kawan... dan kemudiannya Faris akan bercerita dari A-Z dengan excitednya.

Sekarang ni, bila ambil Faris dari Tadika, tak sempat saya tanya soalan-soalan lazim tu, Faris dah tanya saya dulu... "Mama dah solat Dhuha?"

Reaksi saya?! Semestinya untuk pertama kali dulu saya rasa terkejut, sebab ditanyakan soalan seperti itu... Tapi sekarang ni saya rasa bagus juga Faris ingatkan saya untuk melakukan solat Dhuha. Sekurang-kurangnya saya tidak leka dan lalai...

"Alhamdulillah, dah..." jawab saya.

"Faris solat Dhuda dengan cikgu tadi?" tanya saya.

"Ha ah, dengan cikgu, kawan-kawan... Hafizudin sekali... Semua... Bila mama solat Dhuha? Ayies tak nampak pun!" tanya Faris lagi... pulangkan soalan untuk saya jawab.

"Kat rumah... Masa Ayies sekolah, mama solat la kat rumah..."

"La... kenapa tak tunggu Ayies?! Tunggu la Ayies lain kali..." mengeluh...

"Solat Dhuha kena buat waktu pagi... Lepas Ayies balik sekolah tak boleh dah... sebab tu Ayies kena solat dengan cikgu..."

"Pagi je boleh?!" soalnya lagi...

"Ha ah pagi... untuk dapat rezeki..." (Saya berusaha untuk menjawab setiap persoalannya... sepertimana tabahnya ibu bapa Humaira' dalam buku yang bertajuk "Begini, Sayang" dan "43 Inspirasi Mendidik Anak": yang menjawab kepada semua soalan Humaira' dengan sabar... - oh nanti la saya ceritakan isi buku-buku tersebut...)

"Rezeki? Ooo... Adik solat Dhuha?" (tak tahula dia faham ke tidak dengan maksud "rezeki" tu... tapi sebab dia tanya soalan lain... maka saya menjawab soalannya... mungkin kemudian saya akan ceritakan padanya apa itu "rezeki")

"Adik belum solat Dhuha lagi... adikkan kecil lagi..."

"Eh mana boleh... Cikgu cakap kena solat... Nanti Allah marah nanti camana?" Faris protes.

"Adik kena besar macam Ayies dulu... Nanti adik dah besar, Ayies boleh ajar adik solat Dhuha... Ok?!" saya cuba beri kefahaman dan solution pada Faris...

"Em... boleh!" lalu dia bersandar di kerusi belakang kereta... Mungkin dah puas bersoal jawab dengan saya... 

Terasa malu pula dengan Faris  kalau saya tertinggal solat Dhuha... Tadika baru Faris tu memang ajar solat Dhuha hari-hari... Baguskan?! Alhamdulillah... Kalau ada anak-anak yang dijaga sampai petang di situ pula, mereka akan diajar solat Zohor dan Asar sekali... Teringat pada banner Tadika Faris yang tergantung di simpang masuk ke Tadika tersebut: "Kami Membentuk Anak Anda Menjadi Anak Yang Soleh/Solehah" (InsyaAllah... mudah-mudahan... Amin)

Bila difikir-fikir balik, sekali sekala elok juga kena tegur dengan anak-anak... Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu bapa ni sedar akan amanah Allah dan tanggungjawab sebagai ibu bapa...

Teringat saya pada rancangan Tanyalah Ustaz yang saya tonton... Pesanan ustaz tu lebih kurang begini... "Untuk menjadikan anak-anak soleh/solehah (sedari mereka kecil sehinggalah dewasa), sentiasalah bertanyakan kepada mereka soalan-soalan ini: Dah solat ke belum?, Dah baca Quran ke belum?, hari ni dah berzikir ke belum? Dah selawat ke atas Nabi SAW?, singgah solat di masjid/surau mana?" - supaya anak akan rasa dekat dengan Allah dan Rasulnya... InsyaAllah... Jom mula sekarang!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...