Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts
Showing posts with label Keibubapaan. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi/Peramah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada publish entry tentang Khalisya yang sangat peramah. Ada pula orang yang tanya saya, elok ke jika anak kita sangat peramah? Pada saya tiada salahnya jika anak kita peramah. Positifnya adalah anak-anak seusia 4 tahun ke atas boleh explore kosa kata yang mereka tahu.

Bila anak-anak berkomunikasi dengan orang lain, cara susunan ayat dan perkataan yang digunakan tidak akan sama ketika berkomunikasi dengan ibu bapa serta adik beradik. Maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.

Saya bereksperimen sendiri dengan kedua-dua anak saya Faris dan Alisya. Dari segi penyusunan ayat, penggunaan perkataan, bilangan kosa kata... Alisya nampak lebih baik berbanding Faris. Faris sehingga kini masih sedikit pelat dan penyusunan perkataannya seolah-olah terbatas. 

Silapnya kami ketika Faris berusia 2 tahun, kami telah dedahkan Faris dengan PS2. Maka kuranglah kami berkomunikasi. Seingat saya, Faris betul-betul belajar bercakap ketika usianya 5 tahun. Berbanding Alisya, seawal usia 2 tahun telah menunjukkan minat dengan bahan bacaan dan minat bercerita tentang apa yang dilihat dan dibuat.

Ok, ada pula yang tanya... Macam mana pula nak pupuk komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak-anak? Dan secara tidak langsung menjadikan anak-anak kita seorang yang peramah.

Berborak sambil makan/minum pun syok juga! :)

Tips agar anak mudah berkomunikasi/peramah:
1. Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi dua hala adalah komunikasi yang sangat berkesan agar anak rasa lebih yakin apabila soalan-soalannya di jawab.

2. Jangan abai soalan yang ditanya oleh anak-anak. Jika ini berlaku, anak-anak akan rasa terpinggir. Layanlah soalan-soalan mereka agar mereka rasa lebih yakin menyusun ayat dan dengan cara ini juga kosa kata mereka akan berkembang.

3. Jangan takut untuk katakan kita "tidak tahu" kepada soalan yang ditanyakan oleh anak-anak, (contoh, mana matahari pergi bila waktu malam?! atau Allah ada dimana?!). Katakan pada mereka, yang kita akan berikan jawapan kemudian. Maka berusahalah untuk mendapatkan jawapan. Jangan hampakan mereka.

4. Berikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika berkomunikasi. Pandang mata mereka dan sebut perkataan sejelasnya, agar anak benar-benar fokus kepada perbualan tersebut.

5. Bila bertemu dengan kawan-kawan kita, kenalkan anak-anak kepada rakan-rakan kita. Galakan anak-anak untuk salam dan tanyakan khabar pada kawan-kawan kita. Ini juga salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri anak-anak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

6. Ibu bapa harus elak menggunakan perkataan-perkataan pelat seperti "cucu" (susu), "cini" (sini), bila berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Sebut perkataan dengan jelas (tanpa pelat) dengan itu anak akan lebih cepat berkomunikasi dengan baik.

7. Sekali sekala, sebut perkataan Inggeris bagi satu-satu objek/benda yang boleh dilihat oleh anak-anak. Contoh, "tengok car depan tu. Cantikkan?!" "Seronok tak pergi school?!" Ini pun salah satu cara tingkatkan self-confident anak-anak serta kosa kata bahasa Inggerisnya.


Nota kaki: Saya bukanlah pakar, tapi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman. Moga tips ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang bertanya dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bagi memupuk anak-anak untuk berkongsi cerita, selain hanya bersoal jawab.

Jangan nanti bila anak-anak dah meningkat remaja, baru kita nak ajar mereka tentang komunikasi. Sebab masa tu anak-anak dah mula ada kawan dan merasakan bahawa kita (ibu bapa) tidak penting bagi mereka.

So, good luck parents! (^_^)¥

Thursday, November 27, 2014

Siapa Kata Anak Tak Memerhati?

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi bercerita tentang kain baju. :p Tapi kali ni nak cerita tentang Faris dan Alisya. Masa saya melipat kain, kebanyakkan baju-baju kakak, abang dan adik saya, saya tak cam. Maklumlah jarang-jarang balik Gombak.

Bila saya tak cam kain baju kakak, abang dan adik saya... maka susahlah saya nak susun ikut tuan empunya baju. Kalau dah susun siap-siap, boleh la angkat terus letak di bilik mereka.

Lama dok menung baju siapa la yang saya tengah lipat ni... saya pun tanya Alisya dan Faris. "Ni siapa punya baju ni eh?" AF jawab serentak, "Poksu".

Ooo ok... Saya lipat dan letak di tempat adik saya. Lepas tu lipat pula yang lain... Tanya lagi, "Ni siapa punya pulak?" Alisya jawab, "Itu Mak Ngah punya la mama.." Saya jawab, "ok"... Yang jadi masalah tu kakak saya memang suka pakai baju adik saya. Kalau adik saya buat 5S pada almari baju dia... Memang kakak saya akan ambil baju-baju tu. Sebab elok lagi, sayang nak buang apatah lagi nak buat jadi kain buruk!

Saya: Yang ni pulak siapa punya ni?

Faris: Kenapa mama ni?! Tu baju Mak Ngah la... asik tak tahu je mama ni! (Sambil gelak-gelak)

Saya: (Tergelak) Manalah mama tau... Kalau mama tahu, mama tak tanyalah... Macam mana Faris tau ni baju Mak Ngah... Poksu... Pak Anjang?

Alisya: Tahu la... Semalam Alisya main lawan-lawan dengan Poksu, Alisya nampak la baju yang Poksu pakai tu...

Faris: Hah, memang la!

Alisya saya yang baru berusia 4 tahun ni, memang seorang pemerhati yang baik... malah seorang yang sangat teliti. Bayangkanlah, kalau baju saya berlubang sikit je pun... dia akan perasan! Ayat dia selalunya macam ni, "Kesian mama, baju mama dah koyak... nanti kita beli lain yea... tunggu gaji..."

Hehe comelkan Alisya saya! (^_^)

Tips Keibubapaan: 
Ibu bapa perlu menunjukkan sifat yang baik dan positif di hadapan anak-anak, kerana mereka akan mengikut atau istilah mudahnya "copy paste"  apa yang ibu bapa lakukan.  Jangan ingat mereka kecil dan tidak memerhati. Sebenarnya mereka adalah pemerhati yang baik! So, jaga tingkah laku agar anak-anak sentiasa di landasan yang betul.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, August 06, 2014

Wordless Wednesday #55

Jom cuba!!! 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, July 07, 2014

Kisah Di Sebalik Doa Penerang Hati

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 9 Ramadan,

Rancangan: Tanyalah Ustaz
Tajuk: Mohon PadaNya
Panel: Ustaz Sharhan Safie
Tahukah anda kisah di sebalik turunnya doa penerang hati? Kisah ini diceritakan dengan jelas oleh Ustaz Sharhan Shafie dalam rancangan Tanyalah Ustaz (TV9), baru-baru ni...

Kisah Nabi Musa dan Firaun:
- Firaun telah bermimpi bahawa ada seorang bayi lelaki yang akan lahir dan menentang kuasanya.

- Oleh kerana mimpi tersebut, Firaun telah mengarahkan semua bayi lelaki yang dilahirkan dibunuh.

- Ketika Nabi Musa dilahirkan, lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dihanyutkan ke sungai.

-  Kotak yang berisi Nabi Musa itu kemudiannya melalui sungai di dalam kawasan istana Firaun.

- Lalu kotak itu diambil oleh para dayang istana dan isteri Firaun.

- Dan ketika itu Allah mencampakkan perasan kasih dan sayang ke dalam hati isteri Firaun untuk menjaga Nabi Musa.

- Atas pujuk dan rayu isteri Firaun, akhirnya Firaun bersetuju dan membenarkan isterinya menjaga Nabi Musa.

- Maka membesarlah Nabi Musa di dalam istana Firaun dengan penuh kemewahan.

- Satu hari ketika Firaun mendukung Nabi Musa, Nabi Musa telah mencakar mukanya (ada sesetengah riwayat mengatakan Nabi Musa mencabut janggut Firaun)

- Firaun sangat marah dan hendak membunuh Nabi Musa, tetapi dihalang oleh isterinya.

- Firaun kemudian menguji Nabi Musa. Diletakkan emas (ada sesetengah riwayat yang mengatakan susu) di sebelah kanan dan bara api di sebelah kiri lalu meminta Nabi Musa memilih salah satu. 

- Kata Firaun, jika Musa memilih emas/susu, maka dia akan membunuhnya.

- Ketika memilih, Nabi Musa telah menuju ke emas/susu tersebut, namun malaikat telah memandu arah Nabi Musa kepada bara api.

- Lalu berkatalah Firaun lagi, jika Musa memegang bara api tersebut aku tetap membunuhnya, melainkan Musa makan bara api tersebut.

- Lalu Nabi Musa memegang dan memakan bara api tersebut, maka cacatlah mulut serta lidah Nabi Musa.

- Hingga satu masa apabila Firaun semakin melampau, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menasihati Firaun.

- Lalu berkatalah Nabi Musa, bagaimana aku ingin berdakwah kepada Firaun sedangkan lidahku cacat.

- Lalu Allah menurunkan ayat dalam Surah Taha; ayat 25-28 (iaitulah Doa Penerang Hati):


- Dengan ayat tersebut, Nabi Musa dapat berdakwah/menegur Firaun dengan berkeyakinan dan sangat lancar, seperti orang yang tidak mengalami kecacatan lidah.

Khasiat Doa Penerang Hati:

1. Doa ini boleh dibacakan kepada anak-anak kita yang lambat bercakap.

2. Doa ini boleh dibacakan ketika kita merasa gugup dan tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi.

3. Doa ini boleh dibacakan oleh mereka yang ingin menghadiri temuduga.

Monday, February 24, 2014

Cikgu Pesan: Salam dan Cium...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti biasa, balik dari sekolah Faris mesti cerita apa yang dirasakan menarik untuk dikongsikan dengan saya... Selalunya dia bercerita di dalam kereta (on the way balik rumah) atau ketika makan tengah hari sebelum dia pergi sekolah agama.

Tapi apa yang diceritakan minggu lepas sampai sekarang buat saya terharu...

Faris: Mama, tadikan dekat sekolah cikgu cakap... anak-anak sebelum pergi sekolah, kena salam dan cium ibu dengan ayah.

Saya: Ha... memang la... kan mama buat macam tu sebelum Faris pergi sekolah... Mama salam dulu... lepas tu cium pipi Faris yang tembam ni... (sambil cubit dua-dua belah pipinya...)

Faris: Ye la... tu kita tau... Nanti boleh tak mama cakap dengan abah, kita kena salam dengan cium abah dulu sebelum pergi sekolah...?!

Saya: La, kenapa mama pulak yang kena cakap? Tak payah cakap... Faris bila turun motor tu... Faris cakap la kat abah nak salam dengan cium...

Faris: Tak boleh... mama cakap la... kalau mama tak cakap... nanti esok cikgu tanya Faris nak jawab apa?!

Saya: Ye la... nanti mama cakap kat abah.




Malam tu, saya beritahu encik hubby, apa yang Faris cerita pada saya petang tu... Di hujung perbualan tu saya ingatkan encik hubby untuk salam dan cium Faris esok (hari Jumaat minggu lepas), sebab cikgu akan tanya semula sama ada mereka salam dan cium ibu bapa sebelum pergi sekolah.

Hari Jumaat tu, masa saya jemput Faris dari sekolah, terus dia cerita... 

Faris: Mama, cakap dekat abah suruh salam dengan cium kita ke?


Saya: Ha ah... kenapa?! Abah salam dengan cium Faris ke tadi?

Faris: Ha ah... Abah salam dengan cium... (sambil senyum lebar... selebar-lebarnya). Abah sayang kita, mama! (tersengih-sengih...)

Saya: Memang la abah sayang... tak semestinya abah tak cium, abah tak sayang... (ouh, saya bergenang air mata... patutlah Faris hari ni sangat luar biasa happynya...)

Anak-anak, walaupun mereka dah semakin membesar, sekali sekala mereka nak juga dimanja... Walaupun bukan selalu, sekali sekala tu, peluk dan ciumlah mereka... Moga dengan pelukan dan ciuman tu, mereka akan rasa sangat dekat dengan kita... Mudah-mudahan... Amin...


Nota kaki: Encik hubby saya memang jarang peluk dan cium anak-anak, sebab katanya takut nanti mereka manja :p

*** Saya dapat CPUV yang ke-28 dari Nuffnang: McDonald... TQ Nuffnang (^_^) ***

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, August 13, 2013

Telekung Pertama Alisya...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 6 Syawal,

Setiap kali saya solat, Alisya akan berdiri di tepi saya sambil mengikut pergerakan saya... Baik ketika berdiri tegak, rukuk dan sujud sehinggalah memberi salam... Sejak usianya 2 tahun, dia telah meniru pergerakan solat saya... 

Oh ya.. mulutnya juga terkumat kamit... walaupun tiada perkataan yang dapat saya dengar... Benarlah ibu bapa adalah role model pertama buat anak-anak. 

Dulu seorang rakan pernah mengingatkan, walau macam mana sibuknya kita dengan anak-anak serta pelbagai kerja rumah dan office... Bila tiba waktu solat, perlu segerakan... Kalau di rumah, letakkan anak disebelah kita apabila kita ingin menunaikan solat... (praktikkan sejak anak masih baby lagi). Jadikan ini kebiasaan agar anak tahu bahawa solat itu adalah kewajipan.

Awal-awal Alisya belajar solat, dia tidak bertelekung... Apa je baju yang dipakainya ketika itu, itulah jadi pakaian solatnya... Dan saya pula tak pernah paksa Alisya untuk menukar pada pakaian yang lebih sesuai... Pembelajaran anak-anak ada peringkatnya... Dan kita tak boleh memaksa...

Sampai pada satu saat Alisya minta saya tudung untuk bersolat. Lalu saya berikan tudung saya, untuk digunakan ketika solat... Dan lama kelamaan Alisya sendiri yang request untuk memakai seperti apa yang saya pakai ketika solat, iaitu telekung...

Sebenarnya saya memang dah lama cari telekung untuk Alisya... Namun biasanya, telekung kanak-kanak dijual untuk kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun ke atas... Bila ternampak seorang rakan (Puteri Nurlina) yang upload telekung kanak-kanak ketika sales hari raya tempoh hari terus saya belikan untuk Alisya... Alhamdulillah, telekung tu sesuai untuk Alisya (walaupun bahagian muka tu sedikit besar untuk Alisya...) Tapi Alisya sangat suka!!

Sejak dapat telekung tu... Makin kerap Alisya nak bersolat, walaupun belum masuk waktu... Sekarang ni kalau keluar rumah, dia mesti cakap... "Mama bawa telekung adik tak? Nanti nak solat macam mana?" Alahai... Walaupun cuma nak ambil abangnya balik sekolah... :D

* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00. 
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain 
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Friday, June 14, 2013

Luahan Melalui Lukisan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Baru sekejap ni saya melayan Faris melukis dalam bilik tingkat atas... Asalnya kami bercerita tentang shape... Bercerita tentang square, rectangle, circle, triangle... Kami kaitkan bentuk yang disebut dengan apa yang ada di sekeliling kami... Sampailah kepada bentuk diamond...

Faris: Mama diamond macam mana? (lalu saya lukiskan bentuk diamond...)

Saya: Ok ni diamond... Diamond macam apa..?

Faris: Kites! (sambil lukis layang-layang dengan tekun...)

Saya: Pandainya... 


Habis je lukis gambar ni... Dia buka helaian lain... Sambil tekun melukis lagi... Saya hanya perhatikan... Sambil mata dah mengantuk... Sekali sekala saya menguap... Tapi gagah tunggu dia siapkan lukisan tu...

Mula-mula dia lukis 4 layang-layang yang berbeza bentuk, bersama 4 orang lidi... 

Faris: Ok siap...! (suaranya separuh menjerit, buat saya sedikit terkejut...)


Seperti biasa saya akan tanya siapa orang-orang lidi yang dilukis tu... Katanya, ni papa (no 1, jiran sebelah rumah yang dipanggil papa), ni kakak (no 2, anak sulung jiran sebelah yang sebaya dengannya...), ni Adam Faris (no 3), ni Affan (no 4, anak kedua jiran sebelah)... Ok explanationnya habis di situ...
 
Saya: Ooo... Faris ikut papa, tak ajak mama dengan Alisya ye... Kesian mama dengan Alisya kena tinggal... (konon buat muka sedih...)

Faris: Eh, mama dengan Alisya ada... (sambil tangan ligat melukis mama dan adiknya..., so saya jadi no 5 dan Alisya no 6)

Saya: Ha baru betul... Eh tapi Abah mana? (tanya saya lagi...)  

Faris: Abah tak de... Abah keje... (jawabnya sambil lewa...)

Saya: Tak la... Abah cuti... Abahkan nak ikut? Kesian Abah... (sengaja saya usik emosinya...)

Faris: Abah keje je... Panas keje (merujuk pada hari siang), malam pun keje... (sebab semalam abahnya ada assignment malam...) 

Saya: Tapi Abah nak main layang-layang juga dengan kita...

Faris: Tak boleh... Abah pegi keje je... Ni tak muat nak lukis Abah... (oh betul kertas yang dilukis tu dah penuh...) 

Saya: Kesian Abah...

Faris diam tak de respon... Kemudian dia turun bawah... Tak lama lepas tu dia naik semula... Saya cuba pancing dia untuk berbual semula...

Saya: Ni papa ke Faris? (sambil tunjuk orang lidi no 1)

Faris: (lama dia diam) Tu Abah lah (no 1 yang asalnya papa dah tukar jadi abah)... Ni kakak (no 2), ni Adam Faris (no 3), ni mama (no 5), ni adik (no 6), ni Affan (no 4)...

Saya: Yey... One happy family with friends... (sambil tepuk tangan sama-sama...)

Nampak gayanya encik hubby kena banyak luang masa beraktiviti dan berkomunikasi dengan AF pada hari-hari tak bekerja... sebab Abah sangat jarang dilukis oleh Faris... Bila ditanya, jawapannya "Abah kerja"... Kalau dipaksa lukis pun, Faris akan tetap jawab "Abah kerja"...  

Tidak lama dulu saya ada menonton rancangan Assalamualaikum @ TV Al-Hijrah, ada perbincangan tentang luahan anak-anak melalui lukisan... Kata ustazah jemputan tu... sesiapa yang tidak dilukis dalam hasil lukisan anak-anak (baik, ibu, bapa atau adik beradik lain...) bermaksud orang itu kurang beri perhatian kepada diri si pelukis... 

Hm... Kalau macam tu... Abah kena take note la ni... Dalam entri ni pun Alisya ada sebut pasal "Abah kerja"

Wednesday, May 01, 2013

Wordless Wednesday #20

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selamat Hari Pekerja buat semua... (tiba-tiba terfikir... surirumah boleh cuti juga ka?!) Apapun jom kita semak perkataan dan ayat yang digunakan ketika berkomunikasi dengan anak-anak kita. Mudah-mudahan kita akan sentiasa positif dalam perbualan harian bersama mereka, bagi membentuk gambaran dan sifat positif di kalangan mereka.
 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...