Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi. Show all posts
Showing posts with label Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi. Show all posts

Tuesday, December 16, 2014

Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi/Peramah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada publish entry tentang Khalisya yang sangat peramah. Ada pula orang yang tanya saya, elok ke jika anak kita sangat peramah? Pada saya tiada salahnya jika anak kita peramah. Positifnya adalah anak-anak seusia 4 tahun ke atas boleh explore kosa kata yang mereka tahu.

Bila anak-anak berkomunikasi dengan orang lain, cara susunan ayat dan perkataan yang digunakan tidak akan sama ketika berkomunikasi dengan ibu bapa serta adik beradik. Maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.

Saya bereksperimen sendiri dengan kedua-dua anak saya Faris dan Alisya. Dari segi penyusunan ayat, penggunaan perkataan, bilangan kosa kata... Alisya nampak lebih baik berbanding Faris. Faris sehingga kini masih sedikit pelat dan penyusunan perkataannya seolah-olah terbatas. 

Silapnya kami ketika Faris berusia 2 tahun, kami telah dedahkan Faris dengan PS2. Maka kuranglah kami berkomunikasi. Seingat saya, Faris betul-betul belajar bercakap ketika usianya 5 tahun. Berbanding Alisya, seawal usia 2 tahun telah menunjukkan minat dengan bahan bacaan dan minat bercerita tentang apa yang dilihat dan dibuat.

Ok, ada pula yang tanya... Macam mana pula nak pupuk komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak-anak? Dan secara tidak langsung menjadikan anak-anak kita seorang yang peramah.

Berborak sambil makan/minum pun syok juga! :)

Tips agar anak mudah berkomunikasi/peramah:
1. Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi dua hala adalah komunikasi yang sangat berkesan agar anak rasa lebih yakin apabila soalan-soalannya di jawab.

2. Jangan abai soalan yang ditanya oleh anak-anak. Jika ini berlaku, anak-anak akan rasa terpinggir. Layanlah soalan-soalan mereka agar mereka rasa lebih yakin menyusun ayat dan dengan cara ini juga kosa kata mereka akan berkembang.

3. Jangan takut untuk katakan kita "tidak tahu" kepada soalan yang ditanyakan oleh anak-anak, (contoh, mana matahari pergi bila waktu malam?! atau Allah ada dimana?!). Katakan pada mereka, yang kita akan berikan jawapan kemudian. Maka berusahalah untuk mendapatkan jawapan. Jangan hampakan mereka.

4. Berikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika berkomunikasi. Pandang mata mereka dan sebut perkataan sejelasnya, agar anak benar-benar fokus kepada perbualan tersebut.

5. Bila bertemu dengan kawan-kawan kita, kenalkan anak-anak kepada rakan-rakan kita. Galakan anak-anak untuk salam dan tanyakan khabar pada kawan-kawan kita. Ini juga salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri anak-anak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

6. Ibu bapa harus elak menggunakan perkataan-perkataan pelat seperti "cucu" (susu), "cini" (sini), bila berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Sebut perkataan dengan jelas (tanpa pelat) dengan itu anak akan lebih cepat berkomunikasi dengan baik.

7. Sekali sekala, sebut perkataan Inggeris bagi satu-satu objek/benda yang boleh dilihat oleh anak-anak. Contoh, "tengok car depan tu. Cantikkan?!" "Seronok tak pergi school?!" Ini pun salah satu cara tingkatkan self-confident anak-anak serta kosa kata bahasa Inggerisnya.


Nota kaki: Saya bukanlah pakar, tapi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman. Moga tips ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang bertanya dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bagi memupuk anak-anak untuk berkongsi cerita, selain hanya bersoal jawab.

Jangan nanti bila anak-anak dah meningkat remaja, baru kita nak ajar mereka tentang komunikasi. Sebab masa tu anak-anak dah mula ada kawan dan merasakan bahawa kita (ibu bapa) tidak penting bagi mereka.

So, good luck parents! (^_^)¥

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...