Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, March 07, 2016

Genap 10 Tahun Pemergian Mak...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Gambar raya tahun 2005

Hari ni genap 10 tahun pemergian Mak saya... Pemergian seorang insan yang sangat-sangat dirindui. 10 tahun lalu, ketika Mak sakit, saya berulang dari tempat kerja (Bukit Jalil/Seri Kembangan - HUKM) setiap hari (waktu lunch) ke hospital menjenguk Mak. 

Juga bergilir dengan adik-beradik lain untuk menjaga Mak. Walaupun waktu itu, Mak tidak sedar, dan kami bukanlah boleh sewenang-wenangnya keluar masuk ICU, di mana Mak ditempatkan. Tapi, kami yang menjaga, tetap setia menanti khabaran baik dari doktor di luar wad ICU.

Saya ingat lagi, ketika Mak sakit, saya juga sedang dalam proses menyiapkan barang-barang hantaran, dan door gift untuk majlis perkahwinan saya. Jika bukan giliran saya menjaga Mak, saya akan berurusan dengan person in charge untuk katering, make up, pelamin dan lain-lain perkara yang saya perlu selesaikan. Masa sangat-sangat terhad. 

Jika giliran saya menjaga Mak, saya bawa bersama peralatan untuk membuat door gift saya. Bentang tikar, di ruang menunggu berdekatan wad ICU sambil menyiapkan apa yang patut. Hati ni, hanya Allah yang tahu.

Walaupun beberapa kali juga, saya berbincang dengan adik beradik yang lain serta Pakcik dan Makcik untuk menangguhkan perkahwinan, namun mereka tetap memujuk saya untuk meneruskan. Memandangkan segalanya telahpun siap ditempah dan kad juga telah diedarkan. Saya akur dan berharap agar Mak sedar dan dapat bersama-sama saya di majlis perkahwinan saya nanti. Besar harapan saya agar Mak sedar dan sihat seperti biasa.

Tapi tarikh ini, 7 Mac tahun 2006 (ketika itu giliran abang sulung menjaga Mak di ICU, HUKM), seawal pagi kami mendapat khabaran dari abang sulung bahawa Mak telah meninggal dunia. Entah apa perasaan saya ketika itu... saya bergegas ke hospital. Sedang adik beradik yang lain diberikan tugasan masing-masing. Ada yang ditugaskan untuk maklumkan kepada jiran-jiran, ada yang kena telefon saudara mara, ada yang kena panggil orang masjid dan macam-macam lagi.

Saya ke hospital untuk selesaikan prosedur tuntutan jenazah Mak bersama abang sulung saya... Ketika sampai di hospital, kebetulan jenazah Mak hendak dimandikan. Saya masuk ke dalam bilik mandikan jenazah, bersama seorang pembantu hospital dan abang sulung saya. Suasana ketika itu, terasa sangat sayu... melihatkan susuk tubuh Mak terbaring kaku. Lama saya merenung wajah Mak...  Wajah yang sangat-sangat saya rindui...
 
Masa ni sebelum Mak dipindahkan ke ICU...
Saya pegang jari jemari Mak... Sejuk! Sambil tu saya renung juga kaki kanan Mak yang telah dipotong. Sedih! Kaki Mak yang telah dipotong tu, kami tanam di sebelah pusara Ayah. Ingat lagi ketika Mak sedar lepas kakinya dipotong, Mak tak bercakap pun dengan kami adik beradik. Merajuk! Tapi bila giliran saya jaga Mak, saya beritahu Mak, "kaki Mak tu kami tanam kat sebelah pusara ayah..." Tak lama tu Mak senyum. Lalu saya suapkan makan dan pujuk Mak agar redha...

Tak sangka ketika itu saya berada dalam bilik untuk mandikan jenazah Mak. Muka Mak nampak tenang saja. Seolah hilang segala kesakitan yang ditanggungnya sepanjang berada di ICU.

Dalam hati saya bisikkan, "Mak, ini khidmat bakti Nora yang terakhir untuk Mak sebagai anak... Nora mandikan Mak yea... Terima kasih sebab Mak dah bersusah payah besarkan Nora, moga Mak halalkan segalanya buat kami adik beradik."

Bila menyapu air di wajah Mak... 
"wajah inilah yang sering dirindui setiap kali berjauhan".
Bila meratakan air di bahu dan dadanya, 
"di bahu dan dada inilah tempat menumpang jika aku kesedihan".
Bila meratakan air ke tangan dan jari-jemarinya, 
"tangan dan jari inilah yang sentiasa mengusap dan menyuapkan aku makan".
Bila meratakan air ke perutnya, 
"dalam perut inilah aku menumpang selama 9 bulan 10 hari".
Bila meratakan air ke kakinya, 
"kaki inilah yang meriba aku ketika kecil".

Sebak... Memang sebak.

Walaupun air mata sentiasa meleleh ketika saya mandikan Mak, tapi saya bersyukur dan lega kerana saya adalah salah orang anak yang Allah pilih untuk mandi dan kafankan jenazah Mak ketika itu. 

Mandikan jenazah Mak... memang perkara yang tak dapat saya lupakan sampai hari ini.

Alhamdulillah segalanya di permudahkan Allah, dari mandi, kafan, disembahyangkan dan dikebumikan... Semuanya mudah... Memang ramai yang datang melihat Mak buat kali terakhir. 

Ketika majlis pertunangan, Mak pun
dah tak berapa sihat...
Kemudian, bermulalah tahlil tiga malam. Dan hari yang keempat pemergian Mak adalah hari pernikahan saya... Ya, saya nikah pada hari keempat pemergian Mak. Tak tahulah apa perasaan saya ketika itu... tahun sebelumnya (2005) dua minggu sebelum majlis pertunangan saya, Ayah saya telah pergi dan tahun berikutnya Mak pula. Pun begitu saya tetap bersyukur kerana Mak masih ada ketika saya bertunang.

Majlis nikah saya berlangsung dengan serba sederhana, saya termasuk adik beradik lain, gagah menyorokkan kesedihan di hadapan tetamu yang hadir. Mujur ada Pakcik dan Makcik yang bertindak sebagai "ibu bapa" kami pada majlis tersebut, malah sampai sekarang, merekalah tempat kami mengadu dan menumpang kasih.

Genap 10 tahun hari ni... Moga Allah ampunkan dosa-dosa Mak dan Ayah saya. Moga mereka tenang di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. 

Al-Fatihah.

Dari anakmu yang sentiasa merindui... (T_T)

Artikel berkaitan:

1. Doakan Ibubapa - apa yang seorang anak perlu lakukan untuk ibu/bapa yang telah meninggal dunia.
2. Perbezaan Antara Ilmu dan Harta - nasihat arwah Ayah pada saya...
3. Ibu... Rakan Paling Akrab - mengenang jasa ibu pada kita.
 

22 comments:

  1. inna lillahi wa inna ilaihi rojiun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kira berapa tahun pemergian sekalipun, kehilangan tu tetap terasa kan? dah 15 tahun arwah ayah saya meninggal, sejak sekolah rendah, tapi still terasa..

      Delete
  2. sedih n sayu hati bila cerita pasal mak kan..lg2 mak yg kita rindui dah tak ada..sy pun merasai perkara yg sama..cuma sy tak berkesempatan nk jaga mak waktu mak sakit

    ReplyDelete
  3. akak tak bole bayang time2 camni kalau akak yg kene hadapi...ya Allah takutnyeeee...kalau bole nak terus mak ada disisi...angan2 yg tak mungkin terlaksana...setiap yg hidup pasti akan mati...cuma bila dan di mana je dik...T__T

    semoga arwah mak adik tenang di sana...Al fatihah

    ReplyDelete
  4. Moga mereka tenang di sana..
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  5. Sedihnya baca entry ni.. Al-Fatihah buat mak sis ya..

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah....
    Sayu jer baca catatan ni...

    ReplyDelete
  7. Al-fatihah..sedihnya baca entry ni..ibubapa mmg tiada gantinya..

    ReplyDelete
  8. sedih aida...
    sabo ye.
    sedekahkan al-fatihah selalu utk mak.
    tu la hadiah terbaik dari anak utk mak di sana...

    ReplyDelete
  9. Sedihnya kakak kan. Actually kisah ni lebih kurang sama apa yg zura hadapi. Dengan arwah abah. Penyakit yg sama. Teruskan berdoa. Al fatihah buat arwah emak akak dan arwah abah zura

    ReplyDelete
  10. mudah-mudahan mak nya ditempatkan di kalangan hamba yang solehah dan aman damai di sana

    ReplyDelete
  11. Al-fatihah buat mak sis... sebak aina baca entry ni. Inshaallah beliau tenang di sana. Kuat ye sis.

    ReplyDelete
  12. Akk mmg tk boleh baca entri pasal kehilangan seorg mak, air mata mesti bergenang sbb terkenang juga arwah mak, akk pun sempat bersama mandikan arwah mak, arwah mak akk dah lima thn meninggal, juga masih sgt rindu pada dia..

    Lama tak singgah sini

    ReplyDelete
  13. sedihnya baca entri ni, moga arwah emak nora ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh

    ReplyDelete
  14. Alahai sedihnya NK....dahlah nak kawen, emak pulak baru meninggal, Dapat bayangkan kesedihan awak adik beradik NK....
    Gitulah hukum alam NK, yang hidup pasti akan mati...
    Kita pulak sedang menunggu giliran....huhu

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...