Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, March 24, 2016

Zalora: Trend Fesyen Hijab Selebriti

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika dilihat kini, semakin ramai wanita, baik remaja mahupun dewasa, yang memakai 'tudung ala selebriti'. Tidak dinafikan bahawa ini adalah gambaran positif tentang trend fesyen berhijab di Malaysia. 

Kini semakin ramai selebriti tempatan yang tampil dengan imej bertudung. Populariti seseorang artis secara tidak langsung menjadi ikutan para peminatnya, baik dari segi pemakaian, solekan mahupun hijab. 

Lebih menarik lagi apabila ramai selebriti wanita yang menceburi bidang perniagaan dengan menghasilkan koleksi tudung atas nama masing-masing, seperti Naelofar Hijab, Hijab by Emma Maembong serta Owl by Nora Danish.  

Dengan adanya koleksi tudung berjenama di kalangan artis popular ini, menunjukkan bahawa fesyen Muslimah sememangnya semakin diterima ramai dan mendapat tempat di kalangan peminat seni tanah air. 

Berikut adalah trend fesyen berhijab di kalangan selebriti yang kian menjadi ikutan ramai:

1. Adira – si kecil molek Adira, penyanyi dari Sabah ini baru sahaja tampil dengan imej berhijab pada tahun lepas dan sering kelihatan selesa dengan pemakaian tudung bawal satin. Fesyen bawal satin ini nampak sangat sesuai dengan Adira yang bertubuh kecil dan berkulit putih. Fabrik satin menjadikan penampilannya kelihatan lebih elegan.

2. Yuna – pada awal kemunculannya, pemakaian turban seperti ini mencetuskan pelbagai kontroversi. Namun gadis yang bercita-cita tinggi ini tidak cepat melatah sebaliknya terus melakar kejayaan demi kejayaan di bumi asing. Jangan kata pemakaian turban ini tidak mendapat tempat di hati wanita bertudung tau, sebaliknya ramai juga yang mengenakan turban lebih-lebih lagi remaja perempuan.

3. Najwa Latif – selebriti bertudung yang amat berbakat seterusnya adalah Najwa Latif yang cukup sinonim dengan pemakaian tudung bawal cotton sejak dahulu lagi. Buka saja YouTube, anda akan dapat melihat ramai yang membuat tutorial cara memakai tudung ala Najwa Latif. Simple tapi tetap nampak ayu.

4. Neelofa – dan fesyen hijab terkini selebriti yang kini amat popular dan menjadi ikutan ramai adalah fesyen instant shawl yang dipopularkan oleh selebriti cantik, Neelofa. Instant shawl amat mudah digayakan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak punya banyak masa untuk berdandan. Dengan hanya menyarungkan instant shawl, seseorang itu boleh tampil cantik dan bergaya. 

8 comments:

  1. Kan. Sekarang, ramai artis dah ramai pakai tudung dan jual tudung. Lawa lawa jugak shawl dorang. Hii.

    ReplyDelete
  2. Mrs. A suka gaya hijab Syatilla Melvin simple but nice :-)

    ReplyDelete
  3. Awak pakai yg mana satu NK?
    Alhamdulah kan.....dunia semakin maju, hijab pun semakin berleluasa nampaknya. Moga akan lebih ramai lagi yg berhijab dan mengikut syariat....

    ReplyDelete
  4. instant shawl naelofar saya suka..sebab labuh, menutup dada..

    ReplyDelete
  5. skang aida terjebak dgn bawal AJ.
    mudah.
    tak payah gosok.
    and kaler nyer nice.

    ReplyDelete
  6. ramai sgt artis la ni yg bertudung dan mengeluarkan tudung sendiri...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...