Nuffnang Ads

Agoda Ads

Tuesday, August 13, 2013

Telekung Pertama Alisya...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 6 Syawal,

Setiap kali saya solat, Alisya akan berdiri di tepi saya sambil mengikut pergerakan saya... Baik ketika berdiri tegak, rukuk dan sujud sehinggalah memberi salam... Sejak usianya 2 tahun, dia telah meniru pergerakan solat saya... 

Oh ya.. mulutnya juga terkumat kamit... walaupun tiada perkataan yang dapat saya dengar... Benarlah ibu bapa adalah role model pertama buat anak-anak. 

Dulu seorang rakan pernah mengingatkan, walau macam mana sibuknya kita dengan anak-anak serta pelbagai kerja rumah dan office... Bila tiba waktu solat, perlu segerakan... Kalau di rumah, letakkan anak disebelah kita apabila kita ingin menunaikan solat... (praktikkan sejak anak masih baby lagi). Jadikan ini kebiasaan agar anak tahu bahawa solat itu adalah kewajipan.

Awal-awal Alisya belajar solat, dia tidak bertelekung... Apa je baju yang dipakainya ketika itu, itulah jadi pakaian solatnya... Dan saya pula tak pernah paksa Alisya untuk menukar pada pakaian yang lebih sesuai... Pembelajaran anak-anak ada peringkatnya... Dan kita tak boleh memaksa...

Sampai pada satu saat Alisya minta saya tudung untuk bersolat. Lalu saya berikan tudung saya, untuk digunakan ketika solat... Dan lama kelamaan Alisya sendiri yang request untuk memakai seperti apa yang saya pakai ketika solat, iaitu telekung...

Sebenarnya saya memang dah lama cari telekung untuk Alisya... Namun biasanya, telekung kanak-kanak dijual untuk kanak-kanak yang berusia 5-6 tahun ke atas... Bila ternampak seorang rakan (Puteri Nurlina) yang upload telekung kanak-kanak ketika sales hari raya tempoh hari terus saya belikan untuk Alisya... Alhamdulillah, telekung tu sesuai untuk Alisya (walaupun bahagian muka tu sedikit besar untuk Alisya...) Tapi Alisya sangat suka!!

Sejak dapat telekung tu... Makin kerap Alisya nak bersolat, walaupun belum masuk waktu... Sekarang ni kalau keluar rumah, dia mesti cakap... "Mama bawa telekung adik tak? Nanti nak solat macam mana?" Alahai... Walaupun cuma nak ambil abangnya balik sekolah... :D

* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware, TupperChef, TupperClean, NatureCare, Nutrimetics, NanoNature) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain 
seperti komisen bulanan, peluang melancong dan kereta.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

9 comments:

  1. Comelnya Alisya. :)

    InsyaAllah, Alisya adalah anak yang solehah.

    ReplyDelete
  2. cantik, sesuai utk alisya ... iyerlah anak² ni kt kene terapkan solat dr kecik..

    ReplyDelete
  3. baguslah dah didik dari kecik.anak saya umur 1 tahun 8 bulan ni pun asyik mengikut.

    ReplyDelete
  4. Alah comey nya dia pakai telkekung.. Melentur buluh biar dari rebungnya kan :-)

    ReplyDelete
  5. hehehehe... suka dia dpt telekung... moga dia jadi anak yg solehah..

    selamat hari raya pada kakak dan keluarga.. :)

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Comel nya alisya bertelekung.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...