Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, July 07, 2014

Kisah Di Sebalik Doa Penerang Hati

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 9 Ramadan,

Rancangan: Tanyalah Ustaz
Tajuk: Mohon PadaNya
Panel: Ustaz Sharhan Safie
Tahukah anda kisah di sebalik turunnya doa penerang hati? Kisah ini diceritakan dengan jelas oleh Ustaz Sharhan Shafie dalam rancangan Tanyalah Ustaz (TV9), baru-baru ni...

Kisah Nabi Musa dan Firaun:
- Firaun telah bermimpi bahawa ada seorang bayi lelaki yang akan lahir dan menentang kuasanya.

- Oleh kerana mimpi tersebut, Firaun telah mengarahkan semua bayi lelaki yang dilahirkan dibunuh.

- Ketika Nabi Musa dilahirkan, lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak dan dihanyutkan ke sungai.

-  Kotak yang berisi Nabi Musa itu kemudiannya melalui sungai di dalam kawasan istana Firaun.

- Lalu kotak itu diambil oleh para dayang istana dan isteri Firaun.

- Dan ketika itu Allah mencampakkan perasan kasih dan sayang ke dalam hati isteri Firaun untuk menjaga Nabi Musa.

- Atas pujuk dan rayu isteri Firaun, akhirnya Firaun bersetuju dan membenarkan isterinya menjaga Nabi Musa.

- Maka membesarlah Nabi Musa di dalam istana Firaun dengan penuh kemewahan.

- Satu hari ketika Firaun mendukung Nabi Musa, Nabi Musa telah mencakar mukanya (ada sesetengah riwayat mengatakan Nabi Musa mencabut janggut Firaun)

- Firaun sangat marah dan hendak membunuh Nabi Musa, tetapi dihalang oleh isterinya.

- Firaun kemudian menguji Nabi Musa. Diletakkan emas (ada sesetengah riwayat yang mengatakan susu) di sebelah kanan dan bara api di sebelah kiri lalu meminta Nabi Musa memilih salah satu. 

- Kata Firaun, jika Musa memilih emas/susu, maka dia akan membunuhnya.

- Ketika memilih, Nabi Musa telah menuju ke emas/susu tersebut, namun malaikat telah memandu arah Nabi Musa kepada bara api.

- Lalu berkatalah Firaun lagi, jika Musa memegang bara api tersebut aku tetap membunuhnya, melainkan Musa makan bara api tersebut.

- Lalu Nabi Musa memegang dan memakan bara api tersebut, maka cacatlah mulut serta lidah Nabi Musa.

- Hingga satu masa apabila Firaun semakin melampau, Allah memerintahkan Nabi Musa untuk menasihati Firaun.

- Lalu berkatalah Nabi Musa, bagaimana aku ingin berdakwah kepada Firaun sedangkan lidahku cacat.

- Lalu Allah menurunkan ayat dalam Surah Taha; ayat 25-28 (iaitulah Doa Penerang Hati):


- Dengan ayat tersebut, Nabi Musa dapat berdakwah/menegur Firaun dengan berkeyakinan dan sangat lancar, seperti orang yang tidak mengalami kecacatan lidah.

Khasiat Doa Penerang Hati:

1. Doa ini boleh dibacakan kepada anak-anak kita yang lambat bercakap.

2. Doa ini boleh dibacakan ketika kita merasa gugup dan tidak berkeyakinan untuk berkomunikasi.

3. Doa ini boleh dibacakan oleh mereka yang ingin menghadiri temuduga.

23 comments:

  1. saya baru tahu kisah disebaliknya
    terima kasih kak tuk perkongsian ni

    ReplyDelete
  2. salam Kak NK..
    teringat masa zaman sekolah tadika dan rendah..selalu baca doa ni beramai2 sebelum mula belajar.. ada kisah disebaliknya rupanya..
    thanks sharing

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum sis . Entry yg memang "Bom Kebabommmm" . Dayah tertarik untuk baca and mmg good one lah .. Selamat beribadah >.< :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam... thanks sudi baca dayah...

      Delete
  4. owhhhh baru tau... thanks share dear...

    ReplyDelete
  5. terima ksih perkongsiannnya, mesti diamalkan doa-doa mustajab ni.

    ReplyDelete
  6. tak sgka ye khasiatnya utk anak lmbt bercakap n temuduga..selama ni igtkan utk penerang hati anak2 baca je..doa ni mmg hafal sejak kecik..aiman pun akan baca setiap kali sebelum sy ajar dia mengaji

    ReplyDelete
    Replies
    1. PK, saya pun baru tahu doa ni boleh dibacakan kepada anak yang lambat bercakap...

      Delete
  7. Okje pun ada gak tgk Tanyalah Ustaz masa tajuk ni NK....baru tau jugak asal usul doa tu selepas tgk TU hari tu

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah buat masa mmg sentiasa amalkan selepas solat rupanya byk kebaikan

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...