Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, July 14, 2014

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Alhamdulillah dah pun melepasi 15 Ramadan... cuba renung semula, adakah 15 hari sebelum ini kita berbuka seiring dengan sunnah Rasulullah? Jom semak adab-adab berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah: 

1. Menyegerakan berbuka apabila telah masuk waktu berbuka. 

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

2. Berbuka dengan kurma, tamar atau air.

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air." - Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.

"Apabila makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Meninggalkan makanan ketika keinginan untuk menjamahnya begitu kuat atau dalam keadaan lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Para ulama mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah terhidang di hadapan mata.

4. Tidak makan secara berlebihan ketika berbuka.

"Makan dan minumlah kamu serta janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan." - Surah al-A'raf: 31

5. Memperbanyakkan doa yang ma'tsur sebelum berbuka.

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, doanya tidak akan tertolak ketika hampir waktu berbuka." - Diriwayatkan oleh Ibn Majah. 

Waktu itu, kita boleh berdoa meminta apa sahaja doa yang dihajati. Ini kerana, orang yang berpuasa jiwanya bersih daripada segala dosa dan syahwat.

6. Berdoa kepada orang yang menjamu kita ketika berbuka. 

"Nabi s.a.w. pernah datang ke rumah Sa'ad bin 'Ubadah. Beliau telah menghidangkan kepada baginda roti dan minyak. Baginda pun makan dan berkata: Aftara 'Indakum al-Soimun, wa akala to'amakum al-Abraru wa sollat 'alaikum al-Malaikatu (Telah berbuka bersamamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.)" - Diriwayatkan oleh Abu Daud.

Berdoalah kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa agar kita diredhai dan dirahmati Allah S.W.T

Nota kaki: Bersederhanalah ketika berbuka... dan jangan lupa perbanyakkan doa buat saudara seislam kita di Gaza... #prayforgaza

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


12 comments:

  1. terima kasih atas peringatan nora...no 3 n 4 tu yg selalunya x ikut...hehehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..memang tengah mendidik diri juga nak ikut semua tu :-)

    ReplyDelete
  3. suka nota kaki itu :-)
    moga Allah beri kemenangan kpd org yg hak di palestin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aida... melihat gambar2 di FB Aman Palestin, mmg sedih sgt2... :(

      Delete
  4. terima kasih tuk peringatan ni kak =)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah...tkasih atas peringatan..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...