Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam
ziarah,
Alhamdulillah dah pun
melepasi 15 Ramadan... cuba renung semula, adakah 15 hari sebelum ini
kita berbuka seiring dengan sunnah Rasulullah? Jom semak adab-adab
berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah:
1. Menyegerakan berbuka
apabila telah masuk waktu berbuka.
"Manusia
akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan
berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim
2. Berbuka dengan
kurma, tamar atau air.
"Rasulullah
s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum
menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan
kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air."
- Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi
3. Menyegerakan solat
Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.
"Apabila
makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami
menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika
menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari
dan Muslim
Meninggalkan makanan
ketika keinginan untuk menjamahnya begitu kuat atau dalam keadaan
lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Para ulama
mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah
terhidang di hadapan mata.
4. Tidak makan secara
berlebihan ketika berbuka.
"Makan
dan minumlah kamu serta janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah
tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan." -
Surah al-A'raf: 31
5. Memperbanyakkan doa
yang ma'tsur sebelum berbuka.
"Sesungguhnya
orang yang berpuasa itu, doanya tidak akan tertolak ketika hampir
waktu berbuka." - Diriwayatkan oleh Ibn Majah.
Waktu itu, kita boleh
berdoa meminta apa sahaja doa yang dihajati. Ini kerana, orang yang
berpuasa jiwanya bersih daripada segala dosa dan syahwat.
6. Berdoa kepada orang
yang menjamu kita ketika berbuka.
"Nabi
s.a.w. pernah datang ke rumah Sa'ad bin 'Ubadah. Beliau telah
menghidangkan kepada baginda roti dan minyak. Baginda pun makan dan
berkata: Aftara 'Indakum al-Soimun, wa akala to'amakum al-Abraru wa
sollat 'alaikum al-Malaikatu (Telah berbuka bersamamu mereka yang
berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah
berselawat ke atas kamu para malaikat.)" - Diriwayatkan oleh
Abu Daud.
Berdoalah kepada orang
yang menjamu kita berbuka puasa agar kita diredhai dan dirahmati
Allah S.W.T
Nota kaki: Bersederhanalah
ketika berbuka... dan jangan lupa perbanyakkan doa buat saudara
seislam kita di Gaza... #prayforgaza
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.