Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Belle et saine. Show all posts
Showing posts with label Belle et saine. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Kekalkan Gaya Hidup Sihat...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Teruja membaca artikel ringkas tentang usaha sepasang suami isteri yang bertekad untuk menguruskan badan demi kesihatan tubuh badan di sini... Motif mereka menguruskan badan adalah jelas, demi memastikan mereka kekal sihat, dan tidak menderita kerana penyakit.

Justin yang beratnya 204kg sebelum ini, pernah mengalami jangkitan buah pinggang yang teruk dan dimasukkan ke hospital. Namun tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah obesitinya. 

Sejak itu, Justin memberitahu isterinya Lauren (yang beratnya 136kg) bahawa dia bertekad untuk kurus demi kesihatannya. Lauren bersetuju untuk sama-sama mengubah cara pemakanan mereka dan mencapai matlamat tersebut.

Pakar diet menyarankan agar mereka berhenti minum minuman bersoda dan semua jenis minuman manis, sebaliknya menukarkan minuman tersebut kepada air kosong/suam sahaja. Pakar juga menasihatkan agar mereka berhenti mengambil makanan segera, sebaliknya menggantikannya dengan buah-buahan dan sayuran segar serta mengamalkan pemakanan yang sihat. Selain pengambilan makanan yang sihat, mereka juga dinasihatkan untuk mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian mereka.

Dalam tempoh hanya 19 bulan, pasangan ini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 235kg (gabungan berat badan Justin dan Lauren). Jika dulu berat badan gabungan mereka 340kg, kini hanya 105kg! Menarikkan? Kini mereka bukan sahaja mendapat tubuh badan yang sihat, malah tampan dan cantik bergaya! ^_^


 
Tips gaya hidup sihat (kaedah Justin dan Lauren):
a) berhenti minuman soda dan minuman manis GANTIKAN dengan air suam.
b) berhenti makan makanan segera MAKAN LEBIH BANYAK buah-buahan dan sayuran segar. 
c) AMALKAN aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian.


Nota kaki: Saya juga menjengah dan meninjau resipi sihat yang mereka kongsikan di blog ini.


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, April 02, 2013

Cuaca Panas...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Mesti semua pun perasan bahawa keadaan cuaca sekarang ni tersangatlah panas... Bukan hanya di siang hari, malah juga pada waktu malam. Bukalah kipas atau penghawa dingin pun, masih juga terasa bahangnya... Memang luar biasa panasnya! 

Sedikit info yang saya petik dari Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  Sama-samalah kita menjaga kesihatan diri dan juga kesihatan orang sekeliling kita, terutamanya anak-anak kita...

1. Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.

2. Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
 
a) Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
b) Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
c) Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
d) Penghidap penyakit sistem pernafasan.
e) Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/pengeringan peluh.

3. Gejala cuaca panas melampau adalah:

Sakit kepala
Keletihan
Lemah tumpuan
Pening
Lemah otot–otot atau kekejangan
Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).

4. Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:

4.1 Anda Perlu:

(a) Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
(b) Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
(c) Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
(d) Hadkan aktiviti luar
(e) Kerap berehat
(f) Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
(g) Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
(h) Pakai topi atau payung yang besar

4.2 Elakkan:

(a) Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
(b) Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
(c) Bersenam dalam cuaca panas

5. Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;

(a) Keluar dari kawasan yang panas
(b) Tanggalkan pakaian yang ketat
(c) Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
(d) Gunakan kipas untuk sejukkan badan
(e) Minum air setiap 15 minit
(f) Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia



Monday, March 18, 2013

Breakfast Salad Wrap

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah...

Dah lama rasa nak makan salad wrap... Kebetulan hari tu Encik hubby ada beli salad yang dah boleh terus dimakan. Pagi ni tengok apa yang ada dalam peti sejuk... So saya buat wrap yang simple: salad + ayam + telur + mayonis + sos cili + wrap (jenama Mission) = Salad wrap. 


Alhamdulillah rezeki hari ni... dapat juga makan... 
Rakan blogger makan apa pagi ni?



Thursday, March 14, 2013

Spa Bergerak...


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Menarikkan ada spa bergerak?! Saya nampak keratan ni di peti surat, ketika nak buang sampah pagi tadi. Yang menarik perhatian saya adalah mereka boleh datang ke rumah dan memberikan khidmat spa... Teruja betul saya... 

Lebih-lebih lagi bila tengok ada khidmat urutan tradisional dengan minyak aroma terapi... Urutan ni 2 jam cuma RM60.00! Murahkan?! (sebab hari tu saya ada minta encik hubby tanyakan kawan-kawan kot-kot ada yang kenal tukang urut... sebab rasa macam lenguh-lenguh badan... at least kalau berurut sedap sikit rasanya...)

Oh ya nak share jugalah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Nur Spa ni... (Nampak tak harganya?)

Urutan Tradisional (2 jam) - RM 60.00

Pedicure - RM 50.00

Manicure - RM 30.00

Bertangas / Mini Sauna - RM 30.00

Pemangkasan Alis - RM 10.00

Trading Bulu Kaki Guna Benang - RM 45.00

Body Scrub - RM 50.00

Rawatan  Muka (2 jam) - RM 50.00 

Menarikkan?! So, kepada sesiapa yang ada di sekitar Ayer Keroh, Melaka ni... boleh la call dan dapatkan khidmat spa ni di rumah anda! 


* Oh ya, saya tidak dibayar untuk entri ni... Just nak share keseronokkan dah jumpa orang untuk urutkan badan... (^_^)Y

 

Wednesday, January 25, 2012

Nak Kurus?!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni tiba-tiba rasa nak buat satu coretan tentang "Plan Untuk Kurus"... Ni semua gara-gara rakan-rakan FB di Belle et saine yang bermaksud Cantik dan Sihat! (Rindu anda semua di Belle et saine... Serius!!) Oh maaf, ini adalah closed group di FB... :p Apa pun saya akan cuba kongsi apa yang boleh menerusi blog ini.

Ok disebabkan kami ber-6 bersungguh untuk Cantik dan Sihat, makanya kami bersama-sama memberikan galakan dan dorongan sesama sendiri... Ini yang menariknya!! Kita boleh Cantik dan Sihat jika kita mendapat sokongan dan galakan daripada rakan-rakan disekeliling kita... Jika kita melakukan diet seorang diri, kebiasaannya kita akan kecundang! Namun jika ada orang yang sentiasa mengingatkan, kita akan cuba mengawal pemakanan dan jumlah kalori yang di ambil setiap hari...

Bila bercakap tentang DIET, apa yang kita fikir adalah dengan tak makan nasi!! Itu yang kita silap sebenarnya... Berikut adalah 10 basic plan yang boleh anda dilakukan jika BERHAJAT untuk kurus secara sihat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...