Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Nak kurus?. Show all posts
Showing posts with label Nak kurus?. Show all posts

Friday, October 18, 2013

Kekalkan Gaya Hidup Sihat...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Teruja membaca artikel ringkas tentang usaha sepasang suami isteri yang bertekad untuk menguruskan badan demi kesihatan tubuh badan di sini... Motif mereka menguruskan badan adalah jelas, demi memastikan mereka kekal sihat, dan tidak menderita kerana penyakit.

Justin yang beratnya 204kg sebelum ini, pernah mengalami jangkitan buah pinggang yang teruk dan dimasukkan ke hospital. Namun tidak mendapat rawatan yang sempurna kerana masalah obesitinya. 

Sejak itu, Justin memberitahu isterinya Lauren (yang beratnya 136kg) bahawa dia bertekad untuk kurus demi kesihatannya. Lauren bersetuju untuk sama-sama mengubah cara pemakanan mereka dan mencapai matlamat tersebut.

Pakar diet menyarankan agar mereka berhenti minum minuman bersoda dan semua jenis minuman manis, sebaliknya menukarkan minuman tersebut kepada air kosong/suam sahaja. Pakar juga menasihatkan agar mereka berhenti mengambil makanan segera, sebaliknya menggantikannya dengan buah-buahan dan sayuran segar serta mengamalkan pemakanan yang sihat. Selain pengambilan makanan yang sihat, mereka juga dinasihatkan untuk mengamalkan aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian mereka.

Dalam tempoh hanya 19 bulan, pasangan ini telah berjaya menurunkan berat badan sehingga 235kg (gabungan berat badan Justin dan Lauren). Jika dulu berat badan gabungan mereka 340kg, kini hanya 105kg! Menarikkan? Kini mereka bukan sahaja mendapat tubuh badan yang sihat, malah tampan dan cantik bergaya! ^_^


 
Tips gaya hidup sihat (kaedah Justin dan Lauren):
a) berhenti minuman soda dan minuman manis GANTIKAN dengan air suam.
b) berhenti makan makanan segera MAKAN LEBIH BANYAK buah-buahan dan sayuran segar. 
c) AMALKAN aktiviti fizikal dan senaman dalam rutin harian.


Nota kaki: Saya juga menjengah dan meninjau resipi sihat yang mereka kongsikan di blog ini.


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, March 18, 2013

Breakfast Salad Wrap

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah...

Dah lama rasa nak makan salad wrap... Kebetulan hari tu Encik hubby ada beli salad yang dah boleh terus dimakan. Pagi ni tengok apa yang ada dalam peti sejuk... So saya buat wrap yang simple: salad + ayam + telur + mayonis + sos cili + wrap (jenama Mission) = Salad wrap. 


Alhamdulillah rezeki hari ni... dapat juga makan... 
Rakan blogger makan apa pagi ni?



Wednesday, January 25, 2012

Nak Kurus?!

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hari ni tiba-tiba rasa nak buat satu coretan tentang "Plan Untuk Kurus"... Ni semua gara-gara rakan-rakan FB di Belle et saine yang bermaksud Cantik dan Sihat! (Rindu anda semua di Belle et saine... Serius!!) Oh maaf, ini adalah closed group di FB... :p Apa pun saya akan cuba kongsi apa yang boleh menerusi blog ini.

Ok disebabkan kami ber-6 bersungguh untuk Cantik dan Sihat, makanya kami bersama-sama memberikan galakan dan dorongan sesama sendiri... Ini yang menariknya!! Kita boleh Cantik dan Sihat jika kita mendapat sokongan dan galakan daripada rakan-rakan disekeliling kita... Jika kita melakukan diet seorang diri, kebiasaannya kita akan kecundang! Namun jika ada orang yang sentiasa mengingatkan, kita akan cuba mengawal pemakanan dan jumlah kalori yang di ambil setiap hari...

Bila bercakap tentang DIET, apa yang kita fikir adalah dengan tak makan nasi!! Itu yang kita silap sebenarnya... Berikut adalah 10 basic plan yang boleh anda dilakukan jika BERHAJAT untuk kurus secara sihat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...