Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Ramadan. Show all posts
Showing posts with label Ramadan. Show all posts

Wednesday, April 06, 2022

9 Kelebihan Qiamullail

Sudah 4 Ramadan.

Bagaimana kita lalui fasa pertama madrasah Ramadan tahun ini?


Terdapat banyak amalan yang boleh kita lakukan sepanjang bulan Ramadan. Tetapi ada tiga amalan yang sangat rugi jika kita tak lakukan sepanjang Ramadan. Apa dia?

 

Jangan tinggal dua rakaat solat Tahajud (qiamullial), jangan tinggal sedekah sepanjang Ramadan dan jangan tinggal tarawih.

 

Kalau boleh tandalah ketiga-tiga amalan ini dalam kalendar atau planner. Perkara yang kita tak dapat atau tak mampu buat ketika bulan lain, tapi insya-Allah kita boleh buat sepanjang Ramadan ni. 

 

Bulan lain kita tak bangun jam 4 pagi. Tapi bulan Ramadan kita pasti bangun jam 4 pagi untuk bersahur. Jadi jom rebut peluang, untuk solat Tahajud dua rakaat dulu dan kemudian baru bersahur. 

 

Antara kelebihan Qiamullail yang dapat saya catat dari perkongsian Ustaz Jafri Abu Bakar dalam rancangan Tanyalah Ustaz pagi tadi: 

 

1️menghapuskan dosa

2️ganjaran pahala yang berlipat kali ganda

3️mendapat kedudukan yang tertinggi

4️dapat menghidupkan mata hati 

5️mendatangkan tumpuan dan kekhusyukan

6️dapat muhasabah diri dengan baik

7️membina keikhlasan dan kejujuran dalam membuat amal

8️menghindari sifat riak kerana hubungannya hanya dengan Allah s.w.t.

9️wajahnya bercahaya 

 

Ustaz Jafri Abu Bakar

Jika tidak mampu juga untuk solat dua rakaat waktu nak sahur tu, paling tidak kata Ustaz Jafri, jagalah solat Subuh berjemaah dan solat Isyak berjamaah, kerana ganjarannya sama seperti melakukan Qiamullail sepanjang malam.

 

Jom kita sama-sama usaha agar dapat buat qiamullail, sedekah dan tarawih sepanjang Ramadan tahun ni. 

 

Selain tiga amalan ni, tingkatkan juga selawat, istighfar, zikir dan bacaan Al-Quran, kerana ganjarannya sepanjang Ramadan ni berlipat kali ganda.

 

Semangat! Insya-Allah, moga Allah permudahkan. 

Dapatkan buku-buku terbaik Ramadan di GengSukaBuku atau di kedai Shopee GengSukaBuku


Nora Karim 

Berbaki 26 Ramadan lagi.

#NoraKarim 

#notaNK

#kelebihanqiamullail 

#TanyalahUstazTv3_Tv9 

#ramadan2022

Friday, April 24, 2020

Jawapan Balas Pada Ucapan 'Ramadan Kareem'

"Ma, kenapa semua orang cakap Ramadan Kareem dekat Whatsapp ni?" tanya Alisya ketika saya memintanya menyemak jika ada kerja sekolah baru di dalam group kelasnya.

"Ramadan kareem tu maksudnya Ramadan yang mulia," jawab saya ringkas.

"Kenapa mulia?"

"Mulia... sebab dalam bulan Ramadan nilah turunnya Al-Quran. Bila berkait dengan Quran, maka sesuatu perkara tu akan jadi mulia dan disukai Allah."

"Maksudnya? Tak faham..."

"Mmm... penghulu bulan Islam bulan apa?" soal saya padanya. Dalam kepala dok fikir macam mana nak jelaskan.

"Bukan bulan Ramadan ke?" jawabnya sambil memandang siling bilik tidur.

"Ha, pandai... bulan Ramadan jadi penghulu bulan Islam, sebab Al-Quran turun dalam bulan tu. Penghulu malaikat siapa?" soal saya lagi.

"Em... penghulu malaikat? Mmm... siapa?," soalnya semula setelah beberapa kali meletakkan jari telunjuk kanan dibibirnya.

"Penghulu malaikat... Jibril. Tau kenapa?"

"Ooo... ni... ni... sebab Jibril ajar Nabi baca Al-Quran," jawabnya sambil menepuk-nepuk tangan, bila teringat info tersebut dari pembacaan dan apa yang saya, ustaz atau ustazah sekolah pernah ceritakan padanya sebelum ni.

"Ha, betul! Jadi sebab tu Jibril jadi penghulu malaikat. Sebab Jibril yang ajar Nabi baca Quran sikit-sikit, sampailah habis 30 juzuk" jelas saya.

"Kalau macam tu... Nabi pun penghulu semua Nabi lah kan? Sebab Nabi yang terima 30 juzuk Al-Quran tu."

"Nabi yang mana satu?" saja saya nak pancing dia.

"Nabi Muhammad SAW lah..." jawabnya sambil membentuk huruf L dengan ibu jari dan jari telunjuk kanannya, lalu meletakkan di bawah dagunya.

"Sollallahua'laihiwassalam... ha pandai..." saya menunjukkan isyarat bagus.

"Ni ada orang tulis Ramadan mubarak. Kenapa mubarak pulak?" soalnya lagi.

"Itu jawapan kepada Ramadan kareem tu. Kalau ada orang cakap dekat Alisya... Alisya, selamat berpuasa, Ramadan kareem... jadi Sya boleh pilih nak jawab Ramadan mubarak atau allahuakram."

"Ala macam bila orang ucap terima kasih, kita jawab sama-sama atau happy birthday Alisya, so Sya jawab thank you. So bila orang ucap Ramadan kareem, kita jawab Ramadan mubarak atau allahuakram."

"Ramadan mubarak tu maksudnya, Ramadan yang penuh keberkatan. Allahuakram tu pulak, maksudnya Allah yang memuliakannya..." fuh panjang lebar saya terangkan.

"Ooo, jadi boleh jawab mana-manalah?"

"Ha, pilihlah nak jawab Ramadan mubarak boleh... nak cakap allahuakram pun boleh."

"Ooo... faham..." sambil menganggukkan kepala beberapa kali tanda faham dan jelas.



Semoga Allah permudahkan segala urusan kita sepanjang PKP dalam bulan Ramadan ni... 🤗

#norakarim
#dialogudablogspotmy
#ramadankareem
#ahlanwasahlanyaramadan


Bekalkan anak-anak dengan ilmu Matematik
sepanjang tempoh PKP ini...

Marvel Maths: sesuai untuk anak-anak yang takut dengan subjek Matematik, terutamanya nombor besar. 

Sifirlicious: Memuatkan 9 kaedah mahir sifir. Bukan semua anak boleh menghafal, jadi ajar mereka BINA SIFIR. 

Modul Pantas Matematik: Merangkumi topik Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ketiga-tiga topik ini sangat penting dalam Matematik. 

Pecutan UPSR: Calon UPSR akan diajar cara mudah menjawab Kertas 1 dan cara 'mencuri markah' dalam Kertas 2. 

Mathzier: Tuisyen online Matematik Tahun 4, 5 dan 6 bersama Cikgu Fadli. Langgan setiap bulan atau pilih topik yang anak lemah.

Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian.


Wednesday, June 14, 2017

Doa Malam Lailatulqadar

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 19 Ramadan,

Allahuakbar, sekejapan je dah 19 Ramadan. Sedih rasa bulan Ramadan dah nak melabuhkan tirai. Sedih, entah jumpa entah tidak Ramadan tahun depan.

Hajat di hati nak khatam Quran dalam bulan Ramadan ni. Kalau ikutkan tinggal 4 juzuk lagi. Saya baca Quran dari sebelum puasa, memang dengan harapan dapat Khatam masa bulan Ramadan ni. Tapi sekarang Allah bagi cuti. Harap ada hari-hari berbaki ni nanti dapat saya Khatam Quran. Insya-Allah.

Seperti yang kita sedia maklum, 10 hari pertama bulan Ramadan adalah rahmat terbesar daripada Allah kepada kita. Diberikan olehNya sebesar-besar rahmat kepada hamba-hambaNya, agar kita sentiasa bersyukur.

10 malam kedua Ramadan, dibukakan seluas-luasnya pintu keampunan buat hamba-hambaNya. Kita disarankan perbanyakan doa memohon ampun dan beristighfar.

20 malam itu telahpun berlalu. Kini berbaki 10 malam terakhir yang dikatakan pecutan akhir atau peluang besar-besaran yang perlu kita rebut sebaiknya. 10 malam terakhir Ramadan inilah dikatakan malam yang membebaskan kita dari seksa api neraka.

Apa peluang yang perlu kita rebut pada 10 malam terakhir?

Perbanyakan zikir, membaca Al-Quran, bangun solat malam, mohon pengampunan, tangisi dosa-dosa yang lalu, perbanyakan sedekah dan pelbagai amalan baik yang boleh kita lakukan.  Perbetulkan niat, insya-Allah moga Allah terima amalan yang kita. Amin.

"Malam Lailatuladar" juga dikatakan berlaku pada salah satu dari 10 malam terakhir ini.

Saidatina Aisyah r.anha berkata, "Ya Rasulullah! Beritahulah kepada saya, sekiranya saya tahu malam manakah Lailatulqadar, apakah doa yang sepatutnya saya pohon?"

Baginda SAW bersabda, "katakanlah":


Perbanyakanlah membaca doa ini sepanjang 10 malam terakhir, kerana ini adalah doa yang sangat lengkap agar Allah SWT dengan kemurahan dan belas kasihanNya mengampuni kita daripada segala tuntutan akhirat.
(Rujukan kitab Fadhilat Amal)

Salam 10 malam terakhir sahabat... Masih belum terlewat kita sama-sama membuat pecutan akhir. Maafkan saya jika ada sakiti hati sahabat semua.

Moga Allah izinkan kita semua untuk bertemu dengan Malam Lailatulqadar. Insya-Allah, Amin...

Saturday, May 27, 2017

5 Menu Sahur Pembuka Selera

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 1 Ramadan,

Siapa yang ada masalah nak makan sahur? Rasa susah nak makan sebab awal pagikan. Tapi kalau tak sahur pun tak boleh juga. Karang masuk tengah hari perut dah mula keroncong.  

Saya nak share, lima resipi mudah pembangkit selera ketika sahur kegemaran saya. Paling saya suka tempoyak goreng tu... Resipi arwah Mak saya. Kalau ada lauk simple macam ni, InsyaAllah berselera la juga untuk makan sahur. Buat banyak-banyak dan simpan dalam bekas kedap udara.


Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Bahan-bahannya:
4 genggam ikan bilis - tumbuk
4 biji bawang besar - tumbuk
5 ulas bawang putih - ditumbuk
5 sudu besar pes cili padi
Sedikit minyak untuk memasak

Cara memasak:
1. Panaskan minyak dengan api sederhana.
2. Masukkan ikan bilis, bawang besar, bawang putih dan pes cili padi ke dalam kuali. Pastikan bahan-bahan tersebut sedikit acup atau tenggelam dalam minyak.
3. Gaul dan kacau sehingga sebati.
4. Masak sehingga berbuih. Ikan bilis telah masak atau garing dengan sempurna jika mula berbuih.
5. Bila dah berbuih kacau lagi dalam 5 -10 minit.
6. Tutup api dan toskan minyak yang berlebihan.
7. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimakan.


Sambal Tempoyak Goreng


Bahan-bahannya:
10 sudu besar tempoyak
2 biji bawang besar - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Sejemput ikan bilis - tumbuk
3 sudu besar pes cili padi
1 batang serai – dititik

Cara memasak:
1. Gaulkan bawang besar, bawang putih dan ikan bilis bersama tempoyak serta pes cili padi, hingga sebati.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan-bahan yang digaul tadi bersama serai.
3. Masak sehingga tempoyak bertukar warna seperti dalam gambar.
4. Sedia untuk dihidang.


Sambal Belimbing Kicap

Bahan-bahannya:
4 genggam ikan bilis - tumbuk
4 genggam belimbing buluh – rebus dan tumbuk
3 biji bawang besar - tumbuk
4 sudu besar pes cili padi
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1. Rebus belimbing buluh dalam 5 minit. Biarkan sejuk sedikit. Kemudian kisar atau tumbuk.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana.
3. Masukkan belimbing buluh, ikan bilis, bawang besar dan pes cili padi. Gaul sehingga sebati.
4. Masukkan kicap manis (ikut selera masing-masing banyak mana). Masukkan juga garam dan gula jika perlu. Kacau lagi.
5. Masak sehingga agak kering. Angkat dan tos. Sedia untuk dihidang.


Kentang dan Ikan Bilis Sira


Bahan-bahannya:
5 biji kentang
1 genggam ikan bilis
2 sudu besar pes cili kering
3 sudu kecil gula melaka/gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:
1. Buang kulit kentang dan hiris nipis (pakai pengupas kulit buah tu). Rendam dalam air garam sekejap, cuci dan tos.
2. Goreng kentang dan ikan bilis berasingan. Ketepikan.
3. Tumis pes cili kering dan gula melaka sehingga naik minyak.
4. Dah naik minyak, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
5. Dah sejuk, gaulkan kentang dan ikan bilis goreng tadi sehingga sebati. Simpan dalam bekas kedap udara. Sedia untuk dimakan.


Tempe Sira

Bahan-bahannya:
2 bungkus tempe
Sedikit ikan bilis
2 sudu besar pes cili kering
3 sudu kecil gula melaka/gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak:

1. Goreng tempe dan ikan bilis berasingan dan ketepikan.
2. Tumis pes cili kering dan gula melaka sehingga naik minyak.
3. Dah naik minyak, tutup api dan biarkan sejuk seketika.
4. Dah sejuk masukkan tempe dan ikan bilis. Gaul sebati.
5. Simpan dalam bekas kedap udara dan sedia untuk dimakan.
 
Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua. Moga Allah berkati setiap amalan kita di bulan yang mulia ini.

Suka masak simple-simple je.


https://goo.gl/BHKvi5
Harga Buku: RM22.00
Klik untuk menempah

Jadual Buka Puasa Selangor 2017

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, hari ini 1 Ramadan 1438H. Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita masih bertemu Ramadan tahun ini. Sama-sama doa agar Ramadan kali ini adalah lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. InsyaAllah... Amin.

Entri ini saya nak kongsikan jadual berbuka puasa bagi kawasan sekitar Selangor.

ZON 1: Gombak, Petaling/Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat dan Sepang.

ZON 2: Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.


Untuk jadual berbuka puasa bagi negeri-negeri lain, klik di sini

Selamat menjalani ibadah puasa. Moga Allah berikan kelembutan hati kepada kita semua untuk perbanyakan ibadat pada bulan yang mulia tahun ini. 

Jika tahun ini anda sedang dalam proses untuk mengajar anak-anak berpuasa, boleh dapatkan buku 101 Info: Seronoknya Berpuasa.  Buku ini sangat menarik dan sesuai dibaca oleh anak-anak. Info yang mudah dan ringkas, juga disertai dengan ilustrasi yang menarik. Nanti saya akan kongsikan isi kandungan buku ini. InsyaAllah, next entry.

https://goo.gl/ig3cw8


Wednesday, July 16, 2014

Seronoknya Berkumpul Adik Beradik!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 18 Ramadan,

Sabtu lepas dapatlah kami berkumpul adik beradik di rumah pusaka arwah mak dan ayah di Gombak... Seronoknyalah bila sekali sekala berkumpul... Makan sama-sama... 

Itu pun secara kebetulan saya dan family turun KL (plan asalnya berbuka puasa dengan family encik husband... tapi tak jadi...) So, saya pun pujuk kakak saya yang duduk di Kota Puteri untuk balik ke Gombak... Bila dah confirm, kami ajak sekali abang sulung yang juga ada di Rawang. Dan tiga lagi (abang, kakak dan adik saya) yang memang tinggal di Gombak. Alhamdulillah Allah permudahkan... semuanya dapat berkumpul.

Dulu masa arwah mak dan ayah ada, memang kami ada buat satu hari dalam bulan Ramadan yang boleh adik-adik mak berkumpul. Biasanya family Pak Lang dan Pak Usu akan datang berbuka bersama. Setiap tahun, tak pernah tidak... Ah, rindu moment tu...

Sabtu hari tu, menu kami adalah, pulut kuning (sebab kakak saya yang di Kota Puteri tu teringin nak makan pulut kuning) + rendang ayam + nasi putih (kot-kot ada yang tak nak makan pulut kuning masa buka) + kobis goreng + bubur kacang hijau durian + puding buah-buahan + roti john (beli je) + buah tembikai (beli je) + air timun.

Air timun tu memang wajib buat la masa bulan Ramadan... Sebab arwah mak pun memang akan buat air timun ni kalau berkumpul adik-beradik... Rasa lebih feeling kalau buat bulan Ramadan berbanding bulan-bulan biasa... :p

Tak dan nak ambil gambar menu yang ada... sempat snap beberapa keping gambar sebelum saya makan... Dan kalau nak tahu... Hari Sabtu tu la Faris puasa penuh... Siap bangun sahur dan berpuasa sepanjang hari... tapi setiap sejam dia akan cakap, "lama lagi nak buka?" Saya cakap, "eh tak lama dah la... kejap je lagi... pegi main dengan Uwais... nanti tak la lapar..."
Faris masa berbuka tu nampak sangat keletihan berpuasa sepanjang hari...
hehe bagus Faris...!
Kakak saya dengan anaknya Raihana...
Air timun:
Sagat timun + air + air gula + masukkan ais... Siap!
Puding buah-buahan...


Monday, July 14, 2014

Adab Berbuka Puasa Menurut Sunnah

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Alhamdulillah dah pun melepasi 15 Ramadan... cuba renung semula, adakah 15 hari sebelum ini kita berbuka seiring dengan sunnah Rasulullah? Jom semak adab-adab berbuka puasa menurut sunnah Rasulullah: 

1. Menyegerakan berbuka apabila telah masuk waktu berbuka. 

"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

2. Berbuka dengan kurma, tamar atau air.

"Rasulullah s.a.w berbuka puasa dengan memakan beberapa biji rutob sebelum menunaikan solat. Sekiranya tiada rutob, baginda berbuka dengan kurma. Jika tiada kurma, baginda meminum beberapa teguk air." - Diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Tirmizi

3. Menyegerakan solat Maghrib selepas berbuka, sekiranya makanan masih belum dihidangkan.

"Apabila makanan dihidangkan, mulakanlah dengan makanan sebelum kami menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh-gapah ketika menjamah makan malam kamu." - Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim

Meninggalkan makanan ketika keinginan untuk menjamahnya begitu kuat atau dalam keadaan lapar, boleh menghilangkan kekhusyukan dalam solat. Para ulama mengatakan bahawa makruh menunaikan solat sewaktu makanan sudah terhidang di hadapan mata.

4. Tidak makan secara berlebihan ketika berbuka.

"Makan dan minumlah kamu serta janganlah berlebihan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berlebih-lebihan." - Surah al-A'raf: 31

5. Memperbanyakkan doa yang ma'tsur sebelum berbuka.

"Sesungguhnya orang yang berpuasa itu, doanya tidak akan tertolak ketika hampir waktu berbuka." - Diriwayatkan oleh Ibn Majah. 

Waktu itu, kita boleh berdoa meminta apa sahaja doa yang dihajati. Ini kerana, orang yang berpuasa jiwanya bersih daripada segala dosa dan syahwat.

6. Berdoa kepada orang yang menjamu kita ketika berbuka. 

"Nabi s.a.w. pernah datang ke rumah Sa'ad bin 'Ubadah. Beliau telah menghidangkan kepada baginda roti dan minyak. Baginda pun makan dan berkata: Aftara 'Indakum al-Soimun, wa akala to'amakum al-Abraru wa sollat 'alaikum al-Malaikatu (Telah berbuka bersamamu mereka yang berpuasa, telah makan makanan kamu mereka yang baik dan telah berselawat ke atas kamu para malaikat.)" - Diriwayatkan oleh Abu Daud.

Berdoalah kepada orang yang menjamu kita berbuka puasa agar kita diredhai dan dirahmati Allah S.W.T

Nota kaki: Bersederhanalah ketika berbuka... dan jangan lupa perbanyakkan doa buat saudara seislam kita di Gaza... #prayforgaza

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, July 09, 2014

Ketuk-Ketuk Ramadan 2014: Kerabu Tomato

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 11 Ramadan,

Sekejapan je dah 11 Ramadan yea?! Cepat sungguh masa berlalu... Biasa bulan Ramadan memang saya akan tonton rancangan Ketuk-ketuk Ramadan. Sebab resipi yang dikongsikan Sheila Rusly dan artis-artis yang dijemput tu sangat mudah. 

Ada beberapa yang saya salin resipinya disebabkan terliur menengoknya di tv... Hahaha... Saya belum cuba lagi buat Kerabu Tomato ni... So, takde gambar. InsyaAllah nanti kalau saya dah buat, saya akan masukkan gambar hasilnya. Atau kalau ada sesiapa yang dah try resipi ni... boleh la share gambarnya di sini.

By the way, dalam rancangan tu memang tak de sukatan-sukatan... Maka kena pandai-pandai agak la yea...

Bahan-bahannya:

Tomato (hiris) - bahagian dalam tomato tu tak pakai...
Bawang besar (hiris)
Timun jepun (hiris)
Suhun (celur)
Daging (direbus dan hiris nipis)
Sos ikan
Jus limau nipis 
Gula dan garam (secukup rasa)

Bahan tumbuk: 
Cili merah
Belacan (dibakar sedikit)
Cili padi

Cara membuatnya:

1. Tumis bahan tumbuk sehingga sedikit garing. Kemudian masukkan sos ikan, gula dan garam (sos ikan ada masinnya, jadi boleh kurangkan penggunaan garam)

2. Pindahkan bahan tumis tadi ke dalam bekas, masukkan daging, bawang besar dan jus limau nipis. Gaul sebati.

3. Akhir sekali masukkan, tomato, timun jepun dan suhun. 

Siap untuk dihidang. Menu ini sangat sesuai untuk mereka yang sedang berdiet!  Selamat mencuba... (^_^)Y


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...