Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Masih lagi bercerita tentang kain baju. :p Tapi kali ni nak cerita tentang Faris dan Alisya. Masa saya melipat kain, kebanyakkan baju-baju kakak, abang dan adik saya, saya tak cam. Maklumlah jarang-jarang balik Gombak.
Bila saya tak cam kain baju kakak, abang dan adik saya... maka susahlah saya nak susun ikut tuan empunya baju. Kalau dah susun siap-siap, boleh la angkat terus letak di bilik mereka.
Lama dok menung baju siapa la yang saya tengah lipat ni... saya pun tanya Alisya dan Faris. "Ni siapa punya baju ni eh?" AF jawab serentak, "Poksu".
Ooo ok... Saya lipat dan letak di tempat adik saya. Lepas tu lipat pula yang lain... Tanya lagi, "Ni siapa punya pulak?" Alisya jawab, "Itu Mak Ngah punya la mama.." Saya jawab, "ok"... Yang jadi masalah tu kakak saya memang suka pakai baju adik saya. Kalau adik saya buat 5S pada almari baju dia... Memang kakak saya akan ambil baju-baju tu. Sebab elok lagi, sayang nak buang apatah lagi nak buat jadi kain buruk!
Saya: Yang ni pulak siapa punya ni?
Faris: Kenapa mama ni?! Tu baju Mak Ngah la... asik tak tahu je mama ni! (Sambil gelak-gelak)
Saya: (Tergelak) Manalah mama tau... Kalau mama tahu, mama tak tanyalah... Macam mana Faris tau ni baju Mak Ngah... Poksu... Pak Anjang?
Alisya: Tahu la... Semalam Alisya main lawan-lawan dengan Poksu, Alisya nampak la baju yang Poksu pakai tu...
Faris: Hah, memang la!
Alisya saya yang baru berusia 4 tahun ni, memang seorang pemerhati yang baik... malah seorang yang sangat teliti. Bayangkanlah, kalau baju saya berlubang sikit je pun... dia akan perasan! Ayat dia selalunya macam ni, "Kesian mama, baju mama dah koyak... nanti kita beli lain yea... tunggu gaji..."
Hehe comelkan Alisya saya! (^_^)
Tips Keibubapaan:
Ibu bapa perlu menunjukkan sifat yang baik dan positif di hadapan anak-anak, kerana mereka akan mengikut atau istilah mudahnya "copy paste" apa yang ibu bapa lakukan. Jangan ingat mereka kecil dan tidak memerhati. Sebenarnya mereka adalah pemerhati yang baik! So, jaga tingkah laku agar anak-anak sentiasa di landasan yang betul.
Tips Keibubapaan:
Ibu bapa perlu menunjukkan sifat yang baik dan positif di hadapan anak-anak, kerana mereka akan mengikut atau istilah mudahnya "copy paste" apa yang ibu bapa lakukan. Jangan ingat mereka kecil dan tidak memerhati. Sebenarnya mereka adalah pemerhati yang baik! So, jaga tingkah laku agar anak-anak sentiasa di landasan yang betul.
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.



















