Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Sekolah Agama (JAIM). Show all posts
Showing posts with label Sekolah Agama (JAIM). Show all posts

Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Balik dari sekolah semalam berkali-kali Faris ingatkan saya tentang hadiah untuk Hari Guru. Setiap kali dia cakap perkara yang sama, saya jawab "Iye mama tau... Nanti mama buat." Maklumlah, selagi dia tak nampak hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgunya tu, selagi itulah ditanyanya...

Balik dari mengaji pun dia tanya lagi sama ada saya dah siapkan atau belum. Terus saya bawa dia ke Family Store dan beli biskut Chipsmore saiz kecil. 

Faris: Kenapa bagi biskut je? Apa ni mama?! Faris nak bagi hadiah kat cikgu, bukan biskut...

Saya: Iye, mama tau... Ni belum siap lagi... Nanti mama buat...

Sungguh Faris tak puas hati dengan saya. Masam mencuka mukanya... Lebih-lebih lagi di Family Store tu ada jual hadiah sempena Hari Guru. Ada mugs, keychain, pen merah... macam-macam lagilah! Bila dia suruh saya beli, saya kata "tak payah!"

Sampai je rumah terus la saya buat apa yang saya dah plan. Alisya pun nak bagi hadiah juga pada cikgu-cikgunya, bila dengar Faris asyik sebut tentang hadiah Hari Guru...

Tokey Tupperware bagi Tupperware la kan?!
Ambil je yang ada dalam stok, :p hehe...
Bila dah diberitahu apa yang saya nak buat, baru la excited...
Siap tolong masukkan biskut dalam plastik...
Alisya pun nak tolong masukkan biskut untuk cikgu dia... Layan je la...
Ok, tolongnya sekejap je... lepas tu dia sibuk makan biskut tu...
Biskut ni memang favorite Alisya...
Ok, dah siap packing biskut... dan akan masukkan dalam
Tupperware: Caribbean Petit Bowl.
Tadaa... Ni la yg saya nak buat... So semua petit bowl tu akan
dibalut dengan pembalut hamper.


Bila dah siap Adam Faris dengan Alisya suka sangat... Alisya siap praktis macam mana nak beri dan cakap pada cikgu...

Alisya: Mama jadi cikgu... Alisya nak bagi hadiah... (sambil malu-malu nak praktis bagi hadiah...)

Saya: Ok boleh...

Alisya: Cikgu... Selamat Hari Guru... Terima kasih ajar Alisya... (sambil hulur hadiah tu... Alololo comeinya... (✿◠‿◠)) 

Tapi tak de maknanya... Praktis je lebih... depan cikgu malu sampai tak keluar suara... hahaha ヽ(*⌒∇⌒*)ノ
Buat para guru, terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami (saya, suami dan anak-anak...) Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat semua guru kami untuk berbakti... Moga sentiasa dimurahkan rezeki, moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha para guru... Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang bergelar pendidik baik dari peringkat Tadika, sehinggalah peringkat yang tertinggi (termasuklah pada blogger yang bergelar guru!). Tanpa anda, siapalah kami!


Nota kaki:  
1) Seingat saya, masa saya sekolah dulu tak de la beri hadiah macam ni... kalau ada pun masa Sekolah Menengah... Itu pun kami kongsi satu kelas... 

2) Terima kasih juga buat bekas pelajar-pelajar saya yang seawal pagi dah SMS, Whatsapp dan call, untuk ucapkan Selamat Hari Guru... Tak sangka, masih ada yang ingat... (Saya pernah mengajar di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan selama 3 tahun; 2008-2011)

#Sekolah Rendah Convent Sentul, #Sekolah Menengah Convent Sentul, #Pusat Tuisyen Kasturi, #Cosmopoint, #Pusat Kemahiran Bahasa Seri Gombak, #Matrikulasi UITM, #UiTM (Masscom), #Tadika Ilmu Murni Bukit Katil, #Sekolah Rendah Seri Duyong, #Sekolah Rendah Agama JAIM Seri Duyong.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, April 24, 2014

"Faris Suka Kelas Jawi..."

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam masa saya jemput Faris balik dari sekolah agama... Mukanya sangat berseri-seri... Sepanjang dia berjalan keluar dari sekolah menuju ke saya, dia tersengih-sengih... Dalam hati saya... mesti ada cerita best ni... (^_^)

Sampai je dekat saya, dia pun mula cerita...

Faris: Hari ni Faris pandai... Ustazah Jawi cakap Adam Faris pandai...! (sambil tak habis-habis tersengih-sengih)

Saya: Ye ke? Faris pandai buat apa hari ni? (saya?! semestinya excited nak dengar cerita)

Faris: Tadi Ustazah Jawi tulis dekat papan hitam... Lepas tu dia tanya siapa nak baca... Faris angkat tangan... Lepas tu pegi depan, pegang pembaris... Lepas tu Faris baca... Semua kawan-kawan ikut... "Buku Jawi Nani" (dalam tulisan Jawi... dapat bayangkan tak dia siap buat gaya lagi masa cerita kat saya.. :p )

Saya: Wah, pandainya... Faris memang pandai baca Jawi pun kan? Dekat dalam buku tulis Faris tu, Ustazah ada tulis "Boleh Membaca". Bagus la dia...

Faris: Lepas Faris baca tu kan... Ustazah dah cakap bagus... Lepas tu ustazah suruh Faris duduk... Tapi Faris nak baca lagi yang lain-lain tu...

Saya: Baca satu je la... yang lain tu kena bagi orang lain baca juga....

Faris: Tapi PERUT Adam Faris ni asik cakap "nak baca... nak baca..." (sambil ramas-ramas perut dia tu...)

Saya macam biasa... tukang gelak sakan!!! 

Faris: Kenapa mama laka?! (kelakar a.k.a gelak)

Saya: Bukan PERUT yang cakap kot... tapi... hm... HATI Faris kot yang cakap... 

Faris: Apa-apalah... (ok, sekarang dia dah pandai merajuk sikit... bila dia malas nak layan saya dia cakap "apa-apalah" :p ) Tapi Faris suuuukkkkaaaa sangat kelas Jawi... Adam Faris nak jadi Ustaz...! (Amin... InsyaAllah... Moga Allah perkenankan permintaanmu, Faris) Kelas Bahasa dengan English tu Faris tak suka.... 

Saya: Eh, kalau nak jadi Ustaz, kena la pandai bahasa dengan English juga...

Faris: Tu yang Faris susah tu...! 

Saya: Tak pe, pelan-pelan... Nanti lama-lama Faris pandai la... (dia terus senyap dan pandang luar tingkap... sambil tersengih-sengih lagi...)

Inilah result mata pelajaran Jawi dan Khat bagi ujian kali pertama sekolah agama Faris baru-baru ni. (Result lain saya buat entri lain...)
Faris ni memang suka sangat eja nama dia macam tu...
walaupun dia tahu salah... dia tetap eja gitu juga! Haih!

Tapi agak-agak siapa ingat lagi masa awal-awal tahun Faris mengamuk tak nak pergi sekolah agama?
http://dialoguda.blogspot.com/2014/01/seminggu-kelelahan.html

Dulu macam ni la dia bila kena pergi sekolah agama... sekarang dah pasang niat nak jadi Ustaz... Alhamdulillah... (^_^)


Nota kaki: Anak-anak... mereka sangat sukakan pujian... Dengan adanya pujian, mereka akan jadi lebih bersemangat...! Bukan susah pun kan nak beri pujian... So, jom sama-sama kita belajar berikan pujian kepada anak-anak atas apa jua perkara baik yang mereka lakukan... InsyaAllah mereka akan jadi lebih positif! 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, February 06, 2014

Boleh Tahan Juga Bila Alisya Membebel...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah untuk seminggu yang lepas dan minggu ni, Adam Faris dah tak menangis lagi bila sekolah pagi... Saya pun dah tak hantar dia ke sekolah waktu pagi tu, encik hubby je hantar (sebelum ni saya dan Alisya kena ikut Faris sampai masuk dalam kelas...) 

Masalah sekolah pagi dah pun selesai... Cuma masalah di sekolah agama masih belum settle... Punyalah susah nak suruh dia masuk dalam kelas agama tu... Saya sampai kadang-kadang kena tolak dia masuk dalam kelas... Alisya pun dah naik "menyampah" dengan perangai abangnya yang tak nak masuk kelas... 

Bukan apa, cuba bayangkan sampai-sampai depan kelas, kawan-kawan dalam kelas tu semua dok panggil "Adam Faris meh la masuk...", "Adam, meh duduk sebelah kita...", "Adam, hari ni sekolah sekejap je... 4.30-6.15." (ni sebab hari Rabu... hari Isnin & Selasa jam 2.30-6.15 petang). Tapi Faris buat keras je depan pintu kelas... Tak peduli pun kat kawan-kawan dia...

Sampailah Alisya membebel, "Pegi masuk Adam Faris... kawan-kawan dah panggil dah!! Kejap je kan sekolah?! Kenapa tak nak masuk?! Takut apa?! Tengok orang semua, tak sedih pun pegi sekolah... Orang semua gembira... kan mama" Bla... bla... bla... bla... sambil berdecit-decit... dan beberapa kali sebut "haih!!"

Wah boleh tahan juga bila si kecik ni membebel... Kalau dia tengah marah... memang dia akan panggil nama je abang dia tu... Nasib badan la Adam Faris kena bebel dengan budak kecik ni... 

Tapi betul la, dah bulan kedua... masih lagi saya kena hantar sampai depan pintu kelas sekolah agama tu... Parents lain semua hantar anak depan pagar sekolah je... Adeh sabar je la...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...