Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label (✿◠‿◠). Show all posts
Showing posts with label (✿◠‿◠). Show all posts

Monday, January 12, 2015

1st Day Faris @ New School

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah first day Faris di sekolah baru tiada drama air mata... Phew! Rasa tersangat lega di situ... (^_^)

Kalau tahun lepas 6 bulan yang pertama memang agak mencabar. Sebab hari-hari bila ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama, Faris menangis dan meraung sekuat-kuat hatinya. 6 bulan terakhir, baru la dia ok sikit, walaupun abahnya kena tunggu di luar sekolah setiap hari ketika perhimpunan pagi hingga dia masuk ke kelas. Abahnya kena buat macam tu sehingga ke akhir tahun lepas.

Kalau tahun lepas sekolah kebangsaan di Melaka, Faris sekolah pagi. Tahun ni di KL Faris sekolah petang. Saya pula yang rasa janggal... Nampaknya timing saya pun kena berubah. 

Lebih-lebih lagitime memasak. Kalau tahun lepas Faris sekolah pagi, bekal dia pun adalah menu makanan pagi... macam nasi lemak, nasi goreng, mee/mihun/maggi goreng, cucur dan roti. 

Tapi bila sekolah petang ni saya kena masak tengah hari awal dari biasa, agar Faris dapat bawa bekal nasi ke sekolah. Masih kelam kabut... tengok dulu seminggu ni macam mana nak adjust masa masak, mengemas dan lain-lain. 

Maklum la... dah duduk dengan adik beradik yang lain, kerja jadi 2 kali ganda. Kain yang dibasuh/dijemur/dilipat jadi 2 kali ganda. Kalau masak pula, dulu untuk 4 orang, sekarang untuk 6-7 orang. Macam tu jugalah kerja-kerja rumah yang lain.

Oh ya, Alisya belum sekolah lagi hari ni... tak tahu lagi tadika mana nak dihantar. So, hari ni Alisya kebosanan di rumah bila abang Faris pergi sekolah. Kerap juga dia buka pintu dan jenguk dari tingkap bilik dan bertanyakan bila abang nak balik. Kesian dia. Tengok petang sikit baru tanya tadika kalau masih ada kekosongan untuk Alisya.

Pautan lain kisah masuk sekolah tahun lepas:



Thursday, August 28, 2014

Tak Sabar Rasanya!!! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Zulkaedah,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kasih-Nya, salah seorang rakan saya di IKIP dulu telah bertemu soul matenya...

Sejak saya mendapat tahu tentang perkara ini, saya memang sangat-sangat excited!!! Jika Eiyta ada di depan saya... mahu saja saya peluk-peluk dan berkongsi kegembiraan...

Sebelum majlis pertunangan berlangsung... kami banyak berdiskusi tentang banyak perkara... Terima kasih kepada teknologi yang menjadikan kami semakin dekat walau jauh berbatu... 

Tarikh berlangsungnya majlis pertunangan Eiyta, saya tak dapat hadir...Pun begitu, encik hubby bagi juga ruang untuk saya ketemu Eiyta beberapa hari sebelum majlis pertunangannya... Sweet tak encik hubby saya?! Hahaha... 3/6/14 kami ke Kuantan... Eiyta pun tak tahu... Bila dah check in di Hotel Pavilion, Kuantan, lewat petang baru saya beritahu Eiyta yang saya ada di Kuantan. 

Sebelum-sebelum ni kalau saya ke Kuantan, saya akan duduk di homestay milik Eiyta di E'wasih. Tapi sebab tak booking awal-awal, sebab tak sangka pun nak ke Kuantan, so kenalah cari hotel...   

Walaupun dapat ketemu Eiyta sekejap je pada 4/7 lalu sambil breakfast, terubat juga rindu... Alhamdulillah, saya masih dapat melihat gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Eiyta dengan bantuan rakan-rakan Bella. Terima kasih bella Ana... (^_^)Y

Ini antara gambar yang dihantarkan bella Ana dari masa ke masa :p 

Alhamdulillah bertunang sudah...
Yang tudung merah tu la Bella Ana... yang bersusah payah
ambil gambar sepanjang majlis tu... TQ Ana...


Yang jadi tak sabarnya, majlis kahwin Eiyta akan berlangsung 31 Ogos ni... Tak lama dah... Beberapa hari je ni... Saya pula yang excited tak ingat... hehehe 

Disebabkan saya dah duduk jauh dari Eiyta... Rasa ralat jugalah tak dapat nak tolong dalam persiapan majlisnya... 

Nak matching color tudung ke... nak siapkan hantaran ke... Semua kami discuss dalam WhatsApp je... Pertolongan saya yang tak seberapa... :(

Apa pun, saya ada benda juga nak sponsor untuk tetamu VIP Eiyta nanti... Saya sponsor Tasbih 33 biji... Saya buat sendiri... dan saya harap Eiyta suka... nanti saya buat entri lain utk tasbih tu yea...

InsyaAllah, saya sekeluarga akan bertolak ke Kuantan pada hari Sabtu 30 Ogos... Moga perjalanan saya dipermudahkan Allah... Amin... Kalau berkesempatan nak juga hadir ke majlis pernikahan Eiyta sebelah malam 30 Ogos tu... 

Moga Allah permudahkan urusan Eiyta dan keluarga dalam menyiapkan persiapan akhir untuk majlis perkahwinan pada Ahad ni... Amin... Amin... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, August 26, 2014

Sama Tak?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 30 Syawal,

Seawal pagi ni bila buka handphone, tergelak tengok gambar yang kakak saya kirimkan melalui Whatsapp... Sama tak muka Alisya dengan saya masa kecil? (^_^)

Kelakar pulak tengok gambar ni... Bila saya tunjuk pada Alisya, dia tanya saya balik, "kenapa Alisya yang ni tak cantik? (sambil tunjuk gambar saya) Alisya yang ni cantik!!" Adeh, terasa mama tau!! Haha... 

Saya cakap pada Alisya, "ni mama masa kecik... dulu mana ada tudung cantik macam Alisya pakai tu... kalau ada... mesti mama pun cantik." Tak nak kalah tau! Haha...

Bila saya tunjuk pada encik hubby dia kata, "mata tak sama"... Ye la... Mata Alisya sepet macam abah dia... Hehe... Kalau dah nama anak beranak... Mesti la ada iras jugakan?!   (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, August 16, 2014

#Manis: Deep Fried Mars Bar

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Syawal,

Nak kongsi satu lagi resipi mudah yang saya ambil dari drama #Manis. Bila ada banyak resipi mudah yang dipaparkan menerusi drama #Manis ni, makin teruja pula saya untuk mengikutinya... Sebab banyak resipi pencuci mulut yang mudah rupanya... (^_^) Jom tengok, resipi ni pun menarik juga!

Gambar diambil dari aplikasi Chef Astro.

Bahan-bahannya:
1cawan tepung serbaguna
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh soda penaik
1½ cawan susu cair
Beberapa bar Coklat Mars
Gula halus

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung serbaguna, tepung jagung, soda penaik ke dalam bekas adunan dan gaul.
2. Masukkan susu cair, pukul sehingga menjadi sebatian pekat.
3. Celupkan coklat Mars ke dalam adunan tadi, kemudian goreng sehingga kekuningan.
4. Taburkan gula halus di atas coklat yang telah siap digoreng.

Siap! Jom cuba! d=(´▽`)

Tuesday, August 12, 2014

Kisah Raya Kami...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 16 Syawal,

OK sila jangan gelak... dah 16 Syawal baru terhegeh-hegeh nak cerita pasal raya... Hahaha... Saya yang duduk depan laptop ni pun tersengih-sengih je... Apa nak buat... sejak kebelakangan ni mood menulis blog entah ke mana... Sabar je la...

Tahun ni encik hubby saya kerja... Maka, sambutan raya pun gitu-gitu je la... Awalnya saya sangka kami hanya beraya di Melaka... Sebab encik hubby tak inform apa-apa... Tapi last minute encik hubby kata, kami akan sambut raya pertama di Gombak... So, kami dah ada di Gombak pada Ramadan ke-27... sampailah raya yang pertama.

Kakitangan tak cukup, hanya ada saya dan kakak sulung saya... So, juadah yang saya masak pada hari raya adalah Nasi Tomato, Ayam Masak Merah, Nasi Impit dan Lontong je. Nasi Tomato tu memang encik hubby dah request beberapa hari sebelum raya lagi... Kalau cukup kakitangan, mesti penuh meja makan... hehehe

Baru perasan gambar nasi tomato tak de dalam gambar ni... :p
Kuah kacang tu Mak Lang saya yang masakkan, memang setiap tahun pun kami minta tolong Mak Lang yang masakkan... Hehehe saya masih "belum lulus" masak kuah kacang ni... kena praktis lagi... 

Ok itu tentang juadah raya... Baju raya kami?! Tahun lepas warna carca marbakan...!! Tahun ni kami pilih warna hijau untuk raya pertama kami... Alhamdulillah sekata la sikit warnanya... ;p

Raya tahun 2013
Raya tahun 2014
 Alisya nak baju ala cerita Frozen... Baju Alisya ni la yang paling susah nak cari... last minute baru jumpa... mujur jumpa dan ikut tema... (^_^)


Kemain susah nak suruh ambil
gambar berdua...
Masukkan satu gambar AF dengan Pak Anjang...
Alisya kepenatan beraya sampai tertidur...

Raya pertama tu kami hanya sempat ke rumah Acik di Sentul dan kemudian di rumah Pak Lang/Mak Lang di Puchong... Lepas tu encik hubby jumpa kawannya di Shah Alam...  Kemudian terus balik ke rumah... Sebab esoknya kami dah kena bertolak ke Melaka... 

Kami sempat juga ke rumah jiran depan rumah kami di Gombak... Nanti saya cerita kemudian... Macam tu je la cerita raya kami... sebab tu lambat nak publish entri raya ni...
 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, July 01, 2014

Resipi Mudah: Ayam Masak Merah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 3 Ramadhan,

Hari ni saya nak share resipi ayam masak merah yang biasa saya buat. Ayam masak merah ni sedap dimakan dengan nasi tomato, nasi minyak... pulut kuning pun boleh... 

Bahan-bahan:

8 ketul ayam (saiz kecil) -
2 cm kulit kayu manis
1 batang serai (dititik)
6 biji bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
1 biji bawang besar (hiris kasar)
2 sudu besar cili kering kisar 
1 biji tomato (potong kecil) - (kalau takde buah tomato, boleh pakai sos tomato 1 sudu besar)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar gula melaka (kalau tak de gula melaka, pakai gula pasir pun boleh)
1 sudu teh asam jawa xtra Adabi
Garam
Serbuk kunyit
1/2 atau 1 cawan air (untuk kuah)

Cara membuatnya:

1.  Perapkan ayam dengan garam dan kunyit. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.

2. Tumis kulit kayu manis dan serai sehingga naik bau. Masukkan bawang merah dan bawang putih, masak sehingga kekuningan/layu.

3. Masukkan cili kering kisar, masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan buah tomato kacau/tekan sehingga buah tomato lumat. Masukkan sos cili. Kacau sebati.

4. Masukkan gula melaka dan asam jawa. Tambahkan air. Biarkan sedikit mendidih.

5. Masukkan bawang besar dan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau rata.

Siap!

Selamat mencuba! (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, May 20, 2014

Lawatan Blogger Ke Kilang Mamee Chef

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Saya dapat invitation dari Nuffang untuk mengikuti lawatan ke kilang Mamee Chef pada 31 Mei ni di Melaka... Sayangnya saya tak dapat nak join, memandangkan ada jemputan kenduri yang perlu saya penuhi... (sebab jemputan kenduri itu terlebih dahulu saya terima...) Tak de rezeki saya la nak bersama rakan-rakan blogger yang lain...

Kilang Mamee Chef ini dekat juga dengan rumah saya sekarang ni... Selalu juga lalu depan kilang ni kalau nak ke MiTC dan Ayer Keroh... Kedai-kedai/gerai-gerai di sekitar Melaka ni boleh dikatakan hampir semua papan tandanya ditaja oleh Mamee... Kilangnya pun agak besar...

Apa pun, saya doakan perjalanan lawatan bloggers dari Kuala Lumpur ke Melaka selamat... dan moga semuanya dipermudahkan Allah... InsyaAllah kalau ada peluang dan ruang masa, next time kalau ada invitation lagi, boleh la saya join...

Terima kasih Nuffang atas jemputan... Maaf saya tak dapat join... Next time InsyaAllah...

Nota kaki: Broadband limit dah habis... lambat sikit la saya buat kunjungan balas ke blog anda semua ya... Terima kasih in advance... (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, May 16, 2014

Selamat Hari Guru (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Balik dari sekolah semalam berkali-kali Faris ingatkan saya tentang hadiah untuk Hari Guru. Setiap kali dia cakap perkara yang sama, saya jawab "Iye mama tau... Nanti mama buat." Maklumlah, selagi dia tak nampak hadiah yang nak diberikan pada cikgu-cikgunya tu, selagi itulah ditanyanya...

Balik dari mengaji pun dia tanya lagi sama ada saya dah siapkan atau belum. Terus saya bawa dia ke Family Store dan beli biskut Chipsmore saiz kecil. 

Faris: Kenapa bagi biskut je? Apa ni mama?! Faris nak bagi hadiah kat cikgu, bukan biskut...

Saya: Iye, mama tau... Ni belum siap lagi... Nanti mama buat...

Sungguh Faris tak puas hati dengan saya. Masam mencuka mukanya... Lebih-lebih lagi di Family Store tu ada jual hadiah sempena Hari Guru. Ada mugs, keychain, pen merah... macam-macam lagilah! Bila dia suruh saya beli, saya kata "tak payah!"

Sampai je rumah terus la saya buat apa yang saya dah plan. Alisya pun nak bagi hadiah juga pada cikgu-cikgunya, bila dengar Faris asyik sebut tentang hadiah Hari Guru...

Tokey Tupperware bagi Tupperware la kan?!
Ambil je yang ada dalam stok, :p hehe...
Bila dah diberitahu apa yang saya nak buat, baru la excited...
Siap tolong masukkan biskut dalam plastik...
Alisya pun nak tolong masukkan biskut untuk cikgu dia... Layan je la...
Ok, tolongnya sekejap je... lepas tu dia sibuk makan biskut tu...
Biskut ni memang favorite Alisya...
Ok, dah siap packing biskut... dan akan masukkan dalam
Tupperware: Caribbean Petit Bowl.
Tadaa... Ni la yg saya nak buat... So semua petit bowl tu akan
dibalut dengan pembalut hamper.


Bila dah siap Adam Faris dengan Alisya suka sangat... Alisya siap praktis macam mana nak beri dan cakap pada cikgu...

Alisya: Mama jadi cikgu... Alisya nak bagi hadiah... (sambil malu-malu nak praktis bagi hadiah...)

Saya: Ok boleh...

Alisya: Cikgu... Selamat Hari Guru... Terima kasih ajar Alisya... (sambil hulur hadiah tu... Alololo comeinya... (✿◠‿◠)) 

Tapi tak de maknanya... Praktis je lebih... depan cikgu malu sampai tak keluar suara... hahaha ヽ(*⌒∇⌒*)ノ
Buat para guru, terima kasih di atas segala ilmu yang telah dicurahkan kepada kami (saya, suami dan anak-anak...) Moga Allah memberikan kesihatan yang baik buat semua guru kami untuk berbakti... Moga sentiasa dimurahkan rezeki, moga Allah merahmati dan memberkati segala usaha para guru... Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang bergelar pendidik baik dari peringkat Tadika, sehinggalah peringkat yang tertinggi (termasuklah pada blogger yang bergelar guru!). Tanpa anda, siapalah kami!


Nota kaki:  
1) Seingat saya, masa saya sekolah dulu tak de la beri hadiah macam ni... kalau ada pun masa Sekolah Menengah... Itu pun kami kongsi satu kelas... 

2) Terima kasih juga buat bekas pelajar-pelajar saya yang seawal pagi dah SMS, Whatsapp dan call, untuk ucapkan Selamat Hari Guru... Tak sangka, masih ada yang ingat... (Saya pernah mengajar di Kolej Antarabangsa IKIP, Kuantan selama 3 tahun; 2008-2011)

#Sekolah Rendah Convent Sentul, #Sekolah Menengah Convent Sentul, #Pusat Tuisyen Kasturi, #Cosmopoint, #Pusat Kemahiran Bahasa Seri Gombak, #Matrikulasi UITM, #UiTM (Masscom), #Tadika Ilmu Murni Bukit Katil, #Sekolah Rendah Seri Duyong, #Sekolah Rendah Agama JAIM Seri Duyong.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, May 13, 2014

Alisya Pilih Hadiah...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi cerita tentang gelagat Alisya menyambut birthday 11 Mei lalu... Seperti tahun-tahun sebelum ni, kami akan bawa birthday girl cari hadiah sendiri... Tahun-tahun lepas, nak menunggu Alisya pilih mainan, sampai lenguh-lenguh kaki dibuatya... Alisya pernah pilih mainan sampai 2 jam!! Mau tak lenguh dan kelaparan kami menunggunya...?!

Tapi alhamdulillah tahun ni... lebih senang dia pilih hadiah... Adalah dalam 30 minit je (je la kan sebab tahun-tahun sebelum ni 2 jam dia pilih hadiah!)... On the way, ke Jusco tu saya dah tanya siap-siap dia nak hadiah apa... Jawapannya adalah "beg, yang ada mainan..."

Maka bermulalah sesi memilih hadiah... Rambang mata dibuatnya... Set mainan Minnie Mouse tu kemain best lagi... ada ironing set, ada microwave set, ada mesin jahit, ada masak-masak... Kesian Alisya tak tahu nak pilih yang mana... Sampai Alisya cakap, "Banyak sangat ni nak beli yang mana?!"
Tengok la set Minnie Mouse ni... memang rambang mata!
Kemudian saya ingatkan dia apa yang dia nak... Saya minta dia cari beg yang ada mainan, seperti yang dia dah cakap pada saya awal-awal.

Ok akhirnya dia jumpa beg yang dalamnya ada mainan... Yey!! Mission accomplished! 

Selain beg yang dibeli sebagai hadiah tu... Alisya juga dapat hadiah botol air Minnie Mouse dari owner Tupperware Ayer Keroh, Cath. Thank you auntie Cath!
Dah sampai rumah haruslah nak main mainan tu... dengan tak
sabar-sabar isi air dalam botol air Minnie Mouse tu...

Oh lupa, anak bujang saya si Adam Faris pun nak hadiah juga... Maka belilah juga untuk dia...
Katanya nak jadi Ninja.. Beli pedang samurai la pula...
Apa-apa la Faris, kang tak beli meraung pula!

Nota kaki: Alhamdulillah dapat 3 CPUV dari Nuffnang: Downy Dolce, Whisper Mesh & Cotton dan Nestum #morelife... Terima kasih Nuffnang (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, May 08, 2014

Respon Faris Makan Pulut Kuning... :p

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alkisah, Faris balik sekolah semalam tersangatlah excited bila saya tunjuk pulut kuning dan rendang ayam bawah tudung saji.

Faris: Wah sedapnya... Mama beli kat balai polis ke? (kedai di Ujong Pasir berdekatan dengan balai polis..)

Saya: Tak la... ni mama masak la... nak makan? (biasa Faris balik sekolah memang akan makan... Alisya je selalu tak makan...)

Faris: Nak... Nak... Emmm sedapnya... Faris suka nasi kuning macam ni... (sambil usap perutnya dan sesekali cuba bau makanan tu...)

Sambil tu saya ambil sikit pulut kuning dan rendang ayam tu masuk dalam pinggan. Faris mula makan lepas baca doa...

Saya: Macam mana? Sedap tak? (sebenarnya saya puasa masa buat pulut kuning dan rendang ayam tu... So, saya tak tahu rasanya... saya tawakal je agar semuanya cukup rasa...)

Faris: Emmm... emmm... emmm... Sedap!! Faris suka la mama... Sedap betul! Mama kita tak payah makan kat kedai tu lagi la... Mama masak je...

Saya: Sedap eh? Macam kat kedai ke lagi sedap dari kedai...??(kalau tanya abah dia soalan macam ni... dia buat diam sampai ke sudah... terkebil-kebil la kita ni tunggu jawapan. Tapi "ai" dah biasa... :p)

Faris: Mama masak lagi sedap! (wah kemain tau pujian anak bujang sorang ni...!) Tapi, pedas sikit la mama... tapi sedap!

Saya: Pedas sangat ke? (padahal memang saya nampak Faris dok makan menyulam air je...)

Faris: Ha ah... pedas sikit je... Nanti, mama jual ni... nasi kuning dengan ayam... Faris cukup duit nanti Faris beli kat mama...

Saya: Hah? Nak buat apa jual? Faris nak makan ni Faris cakap je... nanti mama masak la... tak payah bayar pun...

Faris: Ala... kalau mama jual, Faris beli... lepas tu mama ada la duit... kalau tak kesian mama masak...

Saya: Tak payah, abah dah kasi mama duit... Mama memang la kena masak... kalau mama tak masak... Macam mana Faris nak makan? Nanti Faris lapar nanti! Tengok ni... badan Faris... (sambil picit-picit lengan dan peha dia... terkekek-kekek dia ketawa) sebab Faris makan yang mama masak la... 

Tak sedar... Borak punya borak dua kali Faris tambah... Dia nak tambah lagi kali ketiga, tapi saya kata ada yang mengantuk kat sekolah agama kejap lagi! Saya cadangkan kat dia makan malam pula dengan saya dan abah. Nasib baik dia ok...! 


Nota kaki: Alahai tak de pula saya ambil gambar dia ketika menikmati pulut kuning dan rendang ayam tu... Kalau tak boleh tempek kat blog! * Masa saya buka puasa... Alhamdulillah, pulut kuning dan rendang ayam saya semuanya cukup rasa! * (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, April 24, 2014

The Big Bad Wolf Booksale@ MITC, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

The Big Bad Wolf Booksale now @ MITC, Melaka! (^_^) Bermula 19 April – 27 April 2014. Dah tentunya saya, terjah. Walaupun hujung-hujung bulan tatkala duit tinggal cukup-cukup hingga nak gaji semula ni, sempat juga sambar buku-buku ni... 
 
Ok, sila perhatikan buku yang paling atas tu...
ada gambar ikan kan?!

Sangat jealous tengok orang yang borong buku hingga dua tiga kotak!! Uish... bestnya...! Maklumla kan... diskaun sehingga 95%...! Encik hubby kata, tak pe la... nanti dah gaji kita datang second round! Wah! Suka, suka, suka! (^_^)

Tapi Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC pun dah startkan?! Hm... Macam nak ke sana juga... Kebetulan encik hubby pun cuti... Saya memang jadi rambang mata bila cakap pasal buku... Er... apa cerita book cafe kita eh? Moga jadi kenyataan... InsyaAllah... Amin...

Oh ya... buku yang ada gambar ikan tu kan... Si Adam Faris yang soleh tu, letak depan akuarium... katanya buku tu untuk ikan baca... Haih, sabar je la...!! 

Dah la letak terbalik pula tu!! 
Mesti pening ikan-ikan dalam tu...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, April 18, 2014

Mini Giveaway #7

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah Mini Giveaway #7 anjuran blog saya... Saya berhajat untuk menghadiahkan buku Amalan Kecil Berpahala Besar ini kepada tiga orang pembaca bertuah blog saya.

Buku tulisan Fahrur Mu'is ini bersaiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana dan dijadikan sebagai salah satu bahan bacaan ketika senggang. Walaupun bersaiz kecil, namun sangat besar ganjarannya, jika kita mengamalkan apa yang dikongsikan oleh penulis.

Sinopsis buku:

Buku kecil ini adalah sebuah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar. Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka pintu syurga. Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

Seperti biasa, anda hanya perlu tinggalkan link blog anda di bawah entri ini sebagai tanda penyertaan. 
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 April 2014, Jumaat jam 11.00 malam.

Selamat mencuba! (✿◠‿◠)

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...