Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Elok balik dari Kuantan... Terus melepek disebabkan pakej DBS (demam, batuk & selsema)... Encik hubby kena batuk yang agak teruk pada 29 Ogos lalu... Tak lama lepas tu Faris pula... Saya dok berdoa je agar saya tak dijangkiti sebab nak meraikan majlis bersanding Eiyta pada 31 Ogos lalu...
Alhamdulillah Allah makbulkan permintaan saya... Jadinya saya bersuka ria meraikan persandingan Eiyta dan berjumpa kawan-kawan lama di Kolej IKIP dulu... Seronoknya jangan kata la... dah nama pun lama tak jumpa... menyebabkan Encik hubby saya kena tunggu saya hampir 3 jam lamanya... hahahah Terima kasih encik hubby... walaupun ada adegan masam-masam muka sikit... Tapi saya buat tak tau je.... hahaha kejamkan saya!!!
Disebabkan DBS Alisya dan Faris tak reda... (lebih kurang 5 hari makan ubat klinik biasa) saya bawa mereka berjumpa doktor pakar kanak-kanak Sabtu lepas... Alhamdulillah, lepas consume ubat dari klinik doktor pakar, baru la DBS anak-anak reda... Siap doktor tu bagi saya ubat batuk+selsema memandangkan saya pun sok sek sok sek masa bercakap dengan doktor tu... Thank you doctor!
So, hari ni saya rasa sihat sikit... Alhamdulillah... barulah boleh nak blogwalking ke rumah kawan-kawan semua... InsyaAllah saya akan singgah ke blog anda... cuma cepat atau lambat je la yea... Tapi... akan sampai... (^_^)
Ini gambar-gambar di sekitar majlis persandingan Eiyta...
![]() |
Alisya bersungguh nak ambil gambar dengan auntie Eiyta... sebab dia kata auntie Eiyta pakai baju princess macam dia :p |
![]() |
Gambar ni Faris yang snap... Amacam boleh jadi professional photographer? |
![]() |
Ambil la satu dua gambar di pelamin... |
![]() |
Lagi... rakan-rakan IKIP yang dirindui... |
![]() |
Yang tudung biru tu Nad... kawan Whatsapp dan Telegram saya.. hehe Ok sila perhatikan baby dalam stroller tu... |
![]() |
Masa ni saya dah kelam kabut nak balik... Nad pulak baru sampai... Ambil juga la gambar walau tak dapat nak borak panjang... Baby dalam stroller tu... jeng jeng jeng... |
![]() |
Bukan satu tau... tapi dua... Alololo comeinya la twin baby Nad ni.. Tak dan nak belek baby Nuha ni... Saya sempat snap gambar je... Tak pe Nuha... Next time kita bergurau senda yea.. |
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.