Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Amalan Kecil Berpahala Besar. Show all posts
Showing posts with label Amalan Kecil Berpahala Besar. Show all posts

Monday, April 21, 2014

Mini Giveaway #7: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, anak solehah saya Alisya Farha telahpun mencabut undi bagi mendapatkan pemenang untuk Mini Giveaway #7 lalu... 

Berikut adalah tiga pemenang yang akan menerima buku Amalan Kecil Berpahala Besar. 




Diminta agar para pemenang yang tersenarai untuk menghantar detail berikut; Nama Penuh dan Alamat ke email saya nora1404@yahoo.com. Buku akan dipos sebaik detail semua pemenang di terima.  

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih pada semua yang sudi singgah dan sudi join. (^_^)

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, April 18, 2014

Mini Giveaway #7

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah Mini Giveaway #7 anjuran blog saya... Saya berhajat untuk menghadiahkan buku Amalan Kecil Berpahala Besar ini kepada tiga orang pembaca bertuah blog saya.

Buku tulisan Fahrur Mu'is ini bersaiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana dan dijadikan sebagai salah satu bahan bacaan ketika senggang. Walaupun bersaiz kecil, namun sangat besar ganjarannya, jika kita mengamalkan apa yang dikongsikan oleh penulis.

Sinopsis buku:

Buku kecil ini adalah sebuah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar. Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka pintu syurga. Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

Seperti biasa, anda hanya perlu tinggalkan link blog anda di bawah entri ini sebagai tanda penyertaan. 
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 April 2014, Jumaat jam 11.00 malam.

Selamat mencuba! (✿◠‿◠)

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...