Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Kehamilan. Show all posts
Showing posts with label Kehamilan. Show all posts

Tuesday, April 23, 2013

Ubati Loya Dengan Limau Nipis


Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Loya, muntah atau morning sickness (mabuk) adalah perkara biasa yang akan dihadapi oleh wanita hamil, ia normal dan berlaku kerana perubahan hormon pada tubuh wanita hamil. 

Apa yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini adalah dengan meminum air limau nipis suam.  

Dapatkan sebiji buah limau nipis yang sedikit tua, perahkan jusnya, campurkan dengan segelas air panas suam dan sedikit gula. 

Minum setiap kali anda terasa loya atau mahu muntah. Dan kemudian dapatkan rehat yang cukup!  ^_^


Wednesday, January 02, 2013

10 Makanan Terbaik Kehamilan


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat adalah satu kemestian bagi para ibu yang hamil. Ini bertujuan memastikan anak di dalam kandungan membesar dengan baik dan sihat tubuh badan. Selain itu, ibu juga akan mendapat manfaat (khasiat) dari apa yang dimakan. Artikel ini saya terjemahkan dari "Top 10 Pregnancy Super Food", Parenthood Magazine, Issue No. 149, May 2012, page 24.   

1. Roti mil penuh (gandum) adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.

2. Hampir semua buah-buahan boleh dimakan oleh ibu yang hamil. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin c, mineral dan antioksidan, sama ada ia dibeli dan dimakan segar atau daripada dalam tin.

3. Makanan tenusu seperti keju, yogurt dan susu mempunyai kebaikan protein, kalsium dan vitamin.

4. Sayur-sayuran segar terutamanya yang berwarna hijau penuh dengan khasiat vitamin C, serat dan asid folik. 

5. Sumber utama karbohidrat iaitu kentang, memberikan tenaga yang berpanjangan. Ia mengandungi serat, zat besi dan beberapa vitamin. 

6. Daging dan ayam mengandungi protein, zat besi dan beberapa vitamin serta mineral. 

7. Makanan kering seperti kurma, kismis dan aprikot, penuh dengan zat besi, serat, vitamin C dan beberapa vitamin lain. Ia juga mengandungi mineral. 

8. Ikan adalah sumber yang tinggi protein - ia rendah lemak dan tinggi zat besi. Pastikan anda memakan ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti tuna, salmon atau sardin 2 atau 3 kali seminggu. 

9. Pasta dan beras perang kedua-duanya memberikan tenaga jangka panjang serta mengandungi serat yang banyak.

10. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang sangat baik. Makan sebagai kudapan apabila anda terasa agak lapar.  

Buat para ibu hamil di luar sana, jaga pemakanan anda bagi memastikan anda dan bayi yang di dalam kandungan mendapat khasiat makanan yang cukup sepanjang kehamilan. Jangan lupa juga untuk minum lebih banyak air suam agar anda tidak mengalami masalah kekeringan kulit. Apa yang penting, nikmatilah pengalaman sepanjang kehamilan... kerana ia sangat menyeronokkan!! (^_^)


Friday, March 23, 2012

Pantang Larang Semasa Kehamilan

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Google
Hamil memang sesuatu yang menyeronokkan!! Memang dalam apa jua perkara kita tidak dapat lari dari petua mahupun pantang larang org tua, termasuklah ketika hamil. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yang tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut ada beberapa pantang larang yang saya kumpulkan untuk panduan kita bersama... Moga bermanfaat!

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...