Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Pantang Larang Orang Tua Dulu. Show all posts
Showing posts with label Pantang Larang Orang Tua Dulu. Show all posts

Friday, September 12, 2014

Mitos Pensil Kontot!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 27 Zulkaedah,

Ada satu hari tu, bila Faris balik sekolah dia tanya saya, "Mama, kalau pensil tinggal pendek ni (sambil tunjukkan jari kelingking kanannya) nanti Mama dengan Abah mati eh?" 

Saya terkejut... Tak lama lepas tu saya gelak... "Siapa cakap?" tanya saya.

"Dak Azim cakap (Faris sekarang dah cakap macam orang Melaka!)... dia kata kalau pensil pendek ni Mama dengan Abah mati... Iye ke mama?!" 

"Mana ada!! Itu orang panggil pensil kontot... tak de kena mengena dengan Mama mati ke... Abah mati ke..." jawab saya.

"Tapi dak Azim cakap macam tu!" Faris masih lagi tak puas hati dengan jawapan saya.

"Mama dengan Abah... memang akan mati nanti... tapi bukan sebab pensil kontot tau... tapi sebab Allah nak jumpa..." 

"Dak Azim tu suka tipu Faris!!" Lepas tu terus dia diam...

Kelakar pula saya bila fikir-fikir balik pasal pensil kontot ni... Benda ni masa saya kecik-kecik dulu pun saya dah dengar... Masa tu gagah la kita tak asah pensil sampai kontot... kan?! kan?! kan?! (^_^) Lagi satu mitos pasal pensil ni, 'jangan asah dua-dua belah...' alasannya tetap sama 'nanti mak ayah mati'.

Siapa pernah dengar mitos ni masa kecik-kecik...?! Saya tanya encik hubby saya, dia kata dia tak pernah dengar dua-dua mitos tu... hahahaha lagi saya gelak sakan!! Sucinya la kanak-kanak di zaman encik hubby saya...


Orang tua-tua dulu memang akan cakap berkias... Sebabnya nak bentuk sikap anak-anak tu sendiri... Kalau ikut logikkan, macam mana nak menulis dengan pensil yang pendek macam gitu kan?! Nak pegang pun susah... macam mana nak tulis dengan cantik dan kemas nanti!! :p Ke siapa ada jawapan lebih tepat pasal mitos ni?



Nota kaki: Ada satu cerita pasal Alisya... berkait dengan perbualan saya dengannya tentang kematian... nanti saya buat entri lain... 

Friday, March 23, 2012

Pantang Larang Semasa Kehamilan

Bismillahirrahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Google
Hamil memang sesuatu yang menyeronokkan!! Memang dalam apa jua perkara kita tidak dapat lari dari petua mahupun pantang larang org tua, termasuklah ketika hamil. Adakalanya ia tidak logik dan tak masuk akal. Namun jika tidak diikut dan kemudiannya terjadi sesuatu perkara yang tidak baik kepada bayi, tentu mereka akan mula mengungkit. Berikut ada beberapa pantang larang yang saya kumpulkan untuk panduan kita bersama... Moga bermanfaat!

a) Jangan minum air kelapa dan air nenas pada trimester pertama.
* dikhuatiri bayi akan gugur.

b) Jangan mengikat mati benang, plastik atau sebagainya.
* dikhuatiri ibu sukar melahirkan.

c) Jangan mengetuk dinding rumah.
* dikhuatiri uri bayi akan melekat pada rahim, biarpun bayi telah selamat dilahirkan.

d) Jangan mandi malam.
* dikhuatiri air ketuban akan berlebihan sehingga memudaratkan bayi dalam kandungan.

e) Jangan banyak minum ais.
* dikhuatiri saiz bayi akan besar dan sukar dilahirkan. Ada juga sesetengah pendapat mengatakan takut bayi mudah dijangkiti demam kuning.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...