Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Diri. Show all posts

Thursday, February 27, 2014

Tips Agar Disukai Orang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Menarik bila baca tips yang dituliskan oleh Dr Tengku Asmadi, dalam FBnya... Nak letak di blog sebagai panduan hari-hari... Moga tips ini juga bermanfaat buat rakan-rakan blogger yang lain... (^_^)



* Jom cuba jadi orang yang bermanfaat buat orang lain... *

Friday, February 15, 2013

Hari Lahir, Syukurkah Kita?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setiap tahun kita meraikan hari ulangtahun kelahiran... namun adakah kita menyambutnya dengan rasa syukur?! Umur semakin bertambah setiap tahun... namun adakah kita sedar bahawa perjuangan hidup kita semakin singkat?! Begitu juga dengan masa untuk kita bersama orang yang tersayang juga semakin singkat.


Selain daripada menerima ucapan Selamat Hari Jadi dan mungkin hadiah dari orang di sekeliling kita... Apa pula 'hadiah' kita kepada Allah?! Bagaimana cara kita bersyukur di atas apa yang telah dikurniakan olehNya buat kita, terutamanya pada hari kelahiran kita?! 

Untuk mendapatkan keberkatan apabila menyambut ulangtahun kelahiran kita, maka bolehlah kita renung dan amal 8 perkara ini... 

1) Mengucapkan syukur kepada Allah kerana masih mengurniakan nikmat kehidupan kepada kita untuk bersama dengan mereka yang kita sayangi; ahli keluarga, saudara-mara, rakan taulan, jiran tetangga...

2) Mengucapkan terima kasih dan hargai ibu yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan kita - jika masih mempunyai ibu, berikanlah pelukan dan hadiah penghargaan kepadanya... dan jika ibu telah tiada, doa dan sedekahkanlah Al-Fatihah dan Yasin buatnya.

3) Berpuasalah pada hari kelahiran kita, sepertimana Rasulullah SAW yang berpuasa setiap Isnin bagi memperingati hari kelahiran Baginda. 

4) Jika berkemampuan, adakanlah kenduri kesyukuran dengan menjamu ahli keluarga, sanak saudara, rakan taulan dan jiran tetangga bagi mengeratkan lagi ikatan silaturrahim. 

5) Hadiahkan diri sendiri dengan khatam Quran (seperti komen yang ditinggalkan oleh ANIM di bawah entri ini) - baca Quran setiap hari dengan matlamat untuk khatam Quran pada hari kelahiran kita.

6) Perbanyakkan bersedekah - sedekah bukan hanya dalam bentuk wang, tetapi boleh juga dalam bentuk barang... mungkin boleh sedekahkan barangan dapur kepada rumah-rumah kebajikan, atau sedekahkan telekung, Al-Quran, sejadah ke mana-mana R&R, surau atau masjid.

7) Sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik - muhasabah diri sendiri. Nilai sejauhmana amalan kita sepanjang hidup ini.    

8) Perbanyakkan amalan dan sentiasa merasakan bahawa tahun ini mungkin tahun yang terakhir kita menyambut hari kelahiran kita.

Saya sering juga terfikir, apa yang saya telah lakukan sepanjang usia saya ini. Setiap tahun Allah berikan nikmat kehidupan kepada saya... Dengan adanya suami yang baik, anak-anak yang comel dan bijak, ahli keluarga dan sanak saudara yang sangat membantu, rakan-rakan yang menghiburkan, pendidikan dan pekerjaan yang baik... Adakah saya benar-benar bersyukur?! Adakah saya menghargai nikmat ini dengan sebaiknya?!

Semoga dengan ingatan kita kepada Allah, maka Allah juga akan ingat kepada kita... Oh ya sebelum terlupa... Tukarkanlah ucapan 'Selamat Hari Jadi' atau 'Happy Birthday' kepada BARAKALLAHUFIQ (semoga Allah memberkati kamu). Ucapan itu merupakan DOA yang lebih bermakna buat orang yang menyambut hari kelahirannya.  

Nota kaki: Selain anak-anak, UMUR juga merupakan AMANAH Allah kepada kita, yang mana akan ditanya di Akhirat kelak...   

*** Barakallahufiq buat rakan maya MF aka Maimun Abdullah yang menyambut hari lahirnya pada hari ini... Moga panjang umur dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin... 

*** Innalillahiwa innailaihirojiun... Al-Fatihah buat Allahyarham Azhar Ramli aka Jejai (blogger TeratakArmo), yang telah kembali ke rahmatullah kerana kanser. Untuk bacaan lanjut klik sini. Semoga rohnya dicucuri rahmat... Amin...

Friday, October 19, 2012

Senyum!

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Terbaca sesuatu di FB page Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah yang saya rasakan menarik untuk dikongsikan bersama rakan-rakan blogger sekalian. Untuk simpanan saya juga kemudian hari... Amalan yang amat mudah dan besar fadhilat tapi sering diabaikan ialah SENYUM. Terdapat 13 fadhilat atau kebaikan apabila kita senyum:


Mungkin macam ni la kot senyum ikhlas?
1. Dapat pahala sedekah dengan memberikan senyuman.  
2. Mencantikkan wajah seseorang.
3. Dengan senyuman kita dapat perbaiki mood kita.  
4. Rangsang orang lain untuk turut senyum.  
5. Kuatkan imuniti badan daripada penyakit.
6. Mengurangkan stress  
7. Turunkan tekanan darah.
8. Mengeluarkan endorphin yang buat kita ceria.
9. Jadikan wajah awet muda.  
10. Nampak lebih berjaya.  
11. Bantu kita kekal dalam keadaan yang positif (mustahil boleh marah sambil senyum...)
12. Terhindar dari sakit jantung.  
13. Cermin kepada hati yang murni dan kebijaksanaan.

Nota kaki: Saya tambah juga info yang saya dapat dari rancangan Tanyalah Ustazah (Ustazah Norhafizah Musa, dengan tajuk Amalan Kebaikan Sesama Muslim), SENYUM YANG IKHLAS adalah senyum yang menggerakkan kedua-dua belah otot muka (terutama dia bahadian mulut dan pipi). Senyuman ini akan menyebabkan mata kita sepet! Itulah SENYUM IKHLAS...   

Jom SENYUM! (^_^)  

Tuesday, May 08, 2012

Renungan: Indahnya Sakit! :-)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alisya ketika demam panas
Apa khabar agaknya rakan-rakan bloggers semua... Dengan iringan doa agar semuanya sihat walafiat dan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T... Amin... 

Ketika saya menaip entri ini, saya mengalami batuk teruk... Suara pun dah serak dan makin hilang... malah suara saya ni jadi bahan gelak anak-anak.. :P Tak pe la, asalkan mama kuat nak memasak dan mengemas... Itu yang penting...

Bila bercakap tentang SAKIT saya teringat rancangan Tanyalah Ustazah bersama Dr Robiah K Hamzah, di TV9 yang saya tonton seminggu dua yang lalu. Tajuknya "Mahalnya Sakit". Antara kupasan dalam rancangan itu, adalah hikmah sakit dan ganjaran yang akan diterima oleh seseorang yang sakit.

Hikmah sakit ada dua... yang mana pertama adalah Allah menghapuskan dosa-dosa orang yang ditimpa sakit dan yang kedua Allah meninggikan darjatnya... Dan ganjaran bagi orang yang sakit adalah SYURGA... Subhanallah, sayangnya Allah kepada kita... Diberinya kita sakit, dan dioffer pula ganjaran SYURGA... Dengan syarat kita REDHA dengan penyakit yang diterima itu... 


Sunday, March 25, 2012

Tiga Punca Remaja Lari Rumah

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi rakan bloggers! Saya ada menonton rancangan Al-Kulliyyah di TV3 pada 23 Mac 2012, baru-baru ni... Isu yang dibawakan adalah isu "Anak Siapa?". Panel yang dijemput bagi mengupas isu ini adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor, Tuan Haji Hushim Salleh

Perbincangan ini saya rasakan sangat menarik sebab saya juga bergelar ibu. Sedikit sebanyak saya perlu tahu apa yang remaja inginkan... Memandangkan anak saya juga akan meningkat remaja tidak lama lagi.. Well orang kata persediaan dan pendidikan awal dari segi agama dan akhlak itu perlu agar anak mudah dibentuk... InsyaAllah...

Saya rasa kupasan Al-Kulliyyah ini ada kaitan dengan post @ entry saya sebelum ini... Klik sini untuk membaca. Saya nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian (terutamanya yang telah bergelar ibu bapa) tentang tiga punca remaja lari dari rumah: 

Sentuhan penting bagi anak-anak
(Gambar dari Google)
1. Kurangnya sentuhan - Setiap ibu bapa, beranggapan anak yang telah menginjak dewasa, tidak perlu dipeluk atau dicium (ciuman di dahi dan pipi), kerana takut anak-anak merasa malu apabila mereka diperlakukan sedemikian. Lebih-lebih lagi dihadapan rakan-rakan sebayanya. So, di sinilah kesilapan kita (sebagai ibu bapa) yang pertama. Sepatutnya, sepanjang proses mereka membesar, kita perlu memeluk dan mencium mereka. Sentuhan akan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Secara psikologinya, anak-anak yang kurang disentuh akan merasakan mereka tidak disayangi.


Komunikasi - boleh merapatkan jurang
(Gambar dari Google)
2. Kurangnya komunikasi - Ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan mereka memendam rasa. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mencari orang ketiga (boyfriend @ girlfriend @ rakan-rakan sebaya) untuk meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam diri mereka. Remaja mudah tertekan dan ibu bapa perlulah sentiasa mengenalpasti tekanan tersebut dengan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Ibu bapa digalakkan untuk menyentuh emosi anak-anak agar mereka sentiasa rasa dihargai. Ibu bapa yang rajin berkomunikasi dengan anak-anak adalah ibu bapa yang merendahkan egonya demi anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan sentiasa menghormati ibu bapa.

3. Kurangnya perhatian - Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak remaja mereka. Ambil tahu setiap aktiviti dan tindak tanduk mereka. Jika ada yang tidak kena, ibu bapa perlu menegur dengan cara yang berhemah. Jangan sampai anak-anak hilang rasa hormat kepada anda (sebagai ibu bapa). Tunjukkan rasa kasih sayang anda kepada mereka agar mereka merasakan andalah "pakar rujuk" kepada setiap masalah yang mereka hadapi. Jangan sampai mereka mengabaikan dan membelakangkan anda dalam setiap perkara yang mereka lakukan. 

Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan ketiga-tiga perkara ini agak remeh. Tetapi inilah perkara yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan pemikiran remaja masa kini. Peranan ibu bapa sememangnya besar dalam membentuk anak-anak. Dan ketahuilah kita perlu mulakan sejak dari dalam kandungan lagi sehinggalah mereka dewasa... 

Ayuh parents jangan mengalah... kita masih berkesempatan untuk memperbetulkan segalanya bagi merapatkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Till next post, bloggers jaga diri ya!! Muah :3


Wednesday, March 21, 2012

Tips STRESS: Rela Hati Ikut "Boipren"!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anda masih ingat kisah Fatihah yang dikatakan diculik ketika keluar membeli top up bersama adik dan sepupunya? Ala yang dekat Taman Tas, Kuantan tu?! Ingat? Satu Malaysia gempar dengan berita culik tersebut...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Siti Nur Fatihah Mahadi yang berusia 15 tahun itu sebenarnya BUKAN DICULIK, tetapi dia dengan RELA HATI MELARIKAN DIRI dari keluarganya untuk tinggal di rumah boyfriendnya di Pekan. 

Fatihah mengakui sendiri bahawa dia menelefon rakan-rakannya itu (dua lelaki dan seorang perempuan, yang pada awalnya dikatakan suspek yang menculik Fatihah) untuk menghantarnya ke rumah boyfriendnya itu. 


Monday, January 05, 2004

Peliknya Manusia....

"Entah mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan!! Sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan...."
 
Inilah hakikat kehidupan... Kita yang bernama manusia... Tidak pernah puas dengan apa jua kelebihan dan kekurangan yang kita miliki... Sifat "dengki" itu sering menguasai diri... bukan hanya kamu... malah... adakalanya aku juga begitu... 

Adakalanya kita akan menjadi mangsa dengki orang lain... dan ada kalanya juga... kitalah "pendengki" itu... Dengki itu tidak salah... cuma tinggal lagi, bagaimana kita mengawal perasaan itu kepada satu tahap yang sepatutnya... Yakni yang paling minima... Bagaimana? Bergantunglah kepada cara kawalan masing-masing... 

Yang penting... ingat satu perkara... "badan kita terbahagi kepada tiga bahagian, penuhkan 1/3 dengan minuman, 1/3 dengan makanan dan selebihnya yakni 1/3 lagi... BIARKAN KOSONG... agar kamu boleh mengawal perasaan kamu kemudian!! "

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...