Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

Monday, July 01, 2013

Tinjauan Ke Jonker Walk...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jonker Walk merupakan pasar malam popular di Melaka yang menjadi kunjungan orang ramai termasuk pelancong.  Di sepanjang jalan ini, seramai 300 orang peniaga Cina mengambil tempat untuk berniaga bermula jam 6 petang sehingga 12 tengah malam, sedari 13 tahun yang lalu.

Kerajaan negeri Melaka bercadang untuk membuka laluan (yang ditutup sepanjang 13 tahun) tersebut kepada kenderaan, bagi tujuan mengelakkan kesesakan lalu lintas di Bandaraya Melaka ini. 

Bagi melaksanakannya, beberapa kajian perlu dilakukan dan peniaga dinasihatkan untuk berniaga di kaki lima bukan di atas jalan raya, bagi membolehkan kajian terhadap laluan kenderaan dijalankan, sama ada benar penutupan (adanya pasar malam) laluan menjadi penyebab kesesakan lalu lintas di sekitarnya.

Begitulah lebih kurang isu agak hangat di Melaka sekarang ni... Hari ni encik hubby dapat arahan dari HQ untuk membuat tinjauan dan special report tentang isu di Jonker Walk. Bila encik hubby ajak ke Jonker Walk, saya on je... Lagipun teringin juga nak tengok keadaannya.

Berbeza keadaan hari ini dengan kunjungan saya yang lalu (tahun lepas). Tahun lepas, Jonker Walk terlalu padat dengan pengunjung. Terpaksa bersesak-sesak. Sehingga terpaksa dukung Alisya kerana takut terlepas pegangan tangannya. Nak ambil gambar di sepanjang Jonker Walk tu memang tak boleh la... 

Gambar tahun lepas
Gambar tahun lepas...
Tahun lepas tak buat pun entri pasal Jonker Walk ni.. :P
Mana tau nanti tak dapat dah ambil
gambar  di sekitar Jonker Walk ni...

Tapi tadi, kami boleh jalan dengan 'selesa'. Jalan tidak sesesak dulu. Nak ambil gambar pun boleh... Apa yang saya perasan, ada juga peniaga yang tidak berniaga. Protes barangkali... Keadaan pun taklah semeriah kunjungan saya dulu.

Agak lengang...
tak macam kunjungan saya tahun lepas...
 
Ada juga bertanyakan beberapa orang peniaga di situ tentang isu tersebut. Rata-rata memang tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri Melaka, untuk membuka jalan tersebut kepada kenderaan. Ada juga yang risau, di mana pula tempat mencari rezeki, jika benar mereka tidak boleh lagi berniaga di situ...

Apapun, kita tunggu je la keputusan kerajaan negeri Melaka... Jika benar laluan terpaksa dibuka kepada kenderaan, maka tiada lagi orang berniaga di Jonker Walk

Sempat juga kami sambar satu fridge magnet Jonker Walk, mana tahu nanti tak dapat lagi berjalan-jalan di sini... (^_^)


Nota kaki: Melaka ni weekend, cuti sekolah dan cuti-cuti umum yang lain, memang sentiasa sesak... 

* * *


Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25%-30% sebagai ahli  
(atas barangan Tupperware (25%), NatureCare, Nutrimetics, TupperClean) 
dengan yuran keahlian hanya RM70.00
Juga nikmati pelbagai lagi keistimewaan lain.

Call/SMS/Whatsapp: Nora: 0193441384 / Kamarul: 012-6526556
Jom Sertai Kami! ^_^

Friday, May 03, 2013

PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh kita semak, bagi memastikan perjalanan pada hari membuang undi berjalan dengan lancar. Semak poster 7 Langkah Pengundian yang dikeluarkan oleh SPR ini.

Ini pula adalah video panduan tentang kaedah dan hak pengundi... So, kenalpasti apa yang patut dan ketahui juga hak kita sebagai pengundi...



Dan ini pula adalah lagu kegemaran Alisya sejak akhir-akhir ni... "Jom Mengundi". Makin dekat, makin galak dia nyanyi lagu ni... Bila tengok poster dan bendera parti di jalan-jalan utama, automatik dia nyanyi... ^_^



Apa pun selamat mengundi buat semua... Yang balik kampung (termasuk saya juga... in sha Allah), semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik... Moga dijauhkan dari sebarang musibah, dan moga Allah sentiasa melindungi kita... Amin...

Baca juga: PRU13: Madam, Saya Confuse...



Thursday, May 02, 2013

PRU13: Madam, Saya Confuse...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam PRU13 (eh?!),

Tak lama lagi rakyat Malaysia akan menunaikan kewajipan untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. Dari hari ke sehari, bahangnya makin terasa... (Alahai saya malas betul nak tulis entri yang berkait dengan PRU13 ni, sebab saya lebih suka memerhati...

Apa yang menyebabkan saya menulis entri ni adalah kerana ada beberapa orang bekas student saya yang menelefon dan bertanyakan parti mana yang akan saya pangkah... (Haih, undi itukan rahsia :p ) Saya tak naklah, nanti mereka terpengaruh dengan apa yang akan saya pilih nanti. Pilihan di tangan masing-masing... Kita kena tanya diri kita, apa yang kita nak dari kerajaan yang kita pilih. Apapun saya nak kongsi perbualan saya dengan salah seorang student... lebih kurang macam ni:
Kat mana-mana pun rasanya bendera BN
yang paling banyakkan?!
Student: Madam, tolonglah... Ini first time saya mengundi... Saya tak nak la tersalah pilih...

Saya: (Tergelak) Awak nak saya tolong macam mana?

Student: Gelak pulak madam ni... bagi la saya hint madam nak pangkah mana? (sambil dia gelak besar di hujung talian... sebab perbualan ni dah hampir 20 minit berlalu, tapi saya hanya mengelak jawab soalannya... dia tak puas hati sebab saya tak bagi hint)

Saya: Awak grad as journalism student dah pun bekerja as journalist... patutnya awak lebih tahu mana nak search informationkan? 

Student: Memanglah tahu madam... tapi serabut la... confuse la madam... Apa kata madam cakap je madam sokong BN or PR?

Saya: Kenapa awak confuse? Awak cari, awak tengok, awak nilai and fikirlah secara matang, mana yang terbaik! Kalau tak dapat melalui media arus perdana, carilah di media alternatif... Senangkan? Lagipun awak dah memang ada dalam line journalism tu sendiri... Itu bonus untuk awak... sebab awak orang pertama yang akan tahu, di mana dan bila ceramah dua-dua pihak... baik BN or PR buat... Awak siap boleh pergi, baik untuk dengar as rakyat biasa mahupun buat liputan untuk penuhi tuntutan kerja... kalau awak confuse, awak ada peluang boleh tanya direct pada calon tersebut untuk dapatkan kepastiankan? Bukan semua orang dapat peluang macam awak sekarang ni... 

Student: Orang keliling saya buat saya was-was... Saya memang dah confirm nak pangkah satu parti tu... tapi sakit telinga bila orang keliling kata saya tak de akal sebab pilih parti tu...

Saya: Parti mana pun pilihan kita... itu sebenarnya hak individu... sepatutnya kita tak perlu pun nak bagi tahu satu dunia yang kita akan sokong yang mana... Memadai kita sendiri yang tahu dan yakin dengan pilihan kita... yang penting buat research! Bila bagitahu satu dunia, tu la boleh jadi caki maki tu...

Student: Habis kalau senior-senior tanya saya sokong mana... nak jawab apa madam?

Saya: Cakap je "undi saya rahsia"... Lepas tu senyum je kat dorang... Yang penting, kita kena study semua parti, tengok siapa (parti mana) yang akan beri kita banyak kelebihan. Maksud saya pada rakyat keseluruhannya...

Student: Hm... betul madam... Haih... (hembus nafas...) lega sikit bila dah dapat cakap dengan madam... kalau tak pening saya mikir pasal politik ni... Sebab tu la saya suka telefon madam... madam selalu ada penyelesaian tuk saya... (sambil gelak lagi...)

Saya: Eh... er... kalau ada info off record, boleh la share dengan saya ya?! (giliran saya pula gelak...)

Student: Boleh madam, tapi ada syarat... Madam bagitau saya madam sokong BN ke PR?

Sambil kami berdua ketawa besar... Jauh di sudut hati... Untungnya saya, kerana pernah mengajar mereka suatu ketika dulu... Ada yang dah sampai ke beberapa negara... atas kerjaya mereka sekarang... Alhamdulillah, mereka masih ingat saya... Sesungguhnya saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi...  Moga Allah permudahkan urusan mereka dan limpahkan rezeki buat mereka... Amin...

By the way, In sha Allah saya mengundi di sini...



Psst: Kadang-kadang pasal boyfriend or girlfriend pun student call minta nasihat saya... Tapi kadang-kadang seronok juga melayan... Haih!!  (^_^)

Baca juga: PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi



Wednesday, June 20, 2012

I Love My Job... I'm a Housewife!!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Isu "Surirumah Berijazah" yang dibincangkan dalam salah satu slot Wanita Hari Ini... menyebabkan ramai ibu yang agak 'panas hati'... Lebih-lebih lagi apabila ada statement yang agak 'memedihkan telinga' daripada orang awam yang ditemuramah. Antara respon orang ramai tentang isu ini:

1. Masa yang diperuntukkan untuk belajar perlu digunakan dengan sebaiknya selepas mereka keluar...  kerja untuk mendapat pendapatan untuk membantu ekonomi keluarga. 

2. Tak bagus la... sangat rugi... rugi masa, ijazah tu pun tak berbaloi, duit mak bapa pun habis...

3. Memang tak bagus la... sekarang yang tak de pelajaran pun nak kerja, inikan pula yang ada ijazah... cuma dorang ni malas ke apa... rugi bertahun-tahun belajar... tapi tak kemana-mana...

Daripada pemerhatian saya, orang awam yang ditemuramah adalah remaja yang belum bekeluarga dan mungkin tidak faham akan dunia sebenar kekeluargaan. Pada pendapat saya, respondannya agak tidak relevan. Sepatutnya respondan perlu juga di kalangan surirumah itu sendiri atau mungkin juga di kalangan suami. 

Dalam dua Facebook group yang saya sertai... rata-rata menyatakan pendapat masing-masing terhadap isu ini. Ada yang marah, sakit hati, kecewa dan macam-macam... Apapun saya tidak mahu menulis tentang apa yang kami bincangkan... adalah lebih baik saya simpulkan apa yang telah dikupas oleh panel jemputan rancangan WHI iaitu Tuan Haji Hushim Salleh, yang merupakan Perunding Motivasi dan Keluarga.


Sunday, March 25, 2012

Tiga Punca Remaja Lari Rumah

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi rakan bloggers! Saya ada menonton rancangan Al-Kulliyyah di TV3 pada 23 Mac 2012, baru-baru ni... Isu yang dibawakan adalah isu "Anak Siapa?". Panel yang dijemput bagi mengupas isu ini adalah Pakar Motivasi dan Kaunselor, Tuan Haji Hushim Salleh

Perbincangan ini saya rasakan sangat menarik sebab saya juga bergelar ibu. Sedikit sebanyak saya perlu tahu apa yang remaja inginkan... Memandangkan anak saya juga akan meningkat remaja tidak lama lagi.. Well orang kata persediaan dan pendidikan awal dari segi agama dan akhlak itu perlu agar anak mudah dibentuk... InsyaAllah...

Saya rasa kupasan Al-Kulliyyah ini ada kaitan dengan post @ entry saya sebelum ini... Klik sini untuk membaca. Saya nak kongsi dengan rakan-rakan bloggers sekalian (terutamanya yang telah bergelar ibu bapa) tentang tiga punca remaja lari dari rumah: 

Sentuhan penting bagi anak-anak
(Gambar dari Google)
1. Kurangnya sentuhan - Setiap ibu bapa, beranggapan anak yang telah menginjak dewasa, tidak perlu dipeluk atau dicium (ciuman di dahi dan pipi), kerana takut anak-anak merasa malu apabila mereka diperlakukan sedemikian. Lebih-lebih lagi dihadapan rakan-rakan sebayanya. So, di sinilah kesilapan kita (sebagai ibu bapa) yang pertama. Sepatutnya, sepanjang proses mereka membesar, kita perlu memeluk dan mencium mereka. Sentuhan akan merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. Secara psikologinya, anak-anak yang kurang disentuh akan merasakan mereka tidak disayangi.


Komunikasi - boleh merapatkan jurang
(Gambar dari Google)
2. Kurangnya komunikasi - Ibu bapa yang kurang berkomunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan mereka memendam rasa. Hal ini secara tidak langsung akan menyebabkan mereka mencari orang ketiga (boyfriend @ girlfriend @ rakan-rakan sebaya) untuk meluahkan apa jua masalah yang terpendam dalam diri mereka. Remaja mudah tertekan dan ibu bapa perlulah sentiasa mengenalpasti tekanan tersebut dengan sentiasa berkomunikasi dengan mereka. Ibu bapa digalakkan untuk menyentuh emosi anak-anak agar mereka sentiasa rasa dihargai. Ibu bapa yang rajin berkomunikasi dengan anak-anak adalah ibu bapa yang merendahkan egonya demi anak-anak. Secara tidak langsung, anak-anak akan sentiasa menghormati ibu bapa.

3. Kurangnya perhatian - Ibu bapa perlu sentiasa memberi perhatian kepada anak-anak remaja mereka. Ambil tahu setiap aktiviti dan tindak tanduk mereka. Jika ada yang tidak kena, ibu bapa perlu menegur dengan cara yang berhemah. Jangan sampai anak-anak hilang rasa hormat kepada anda (sebagai ibu bapa). Tunjukkan rasa kasih sayang anda kepada mereka agar mereka merasakan andalah "pakar rujuk" kepada setiap masalah yang mereka hadapi. Jangan sampai mereka mengabaikan dan membelakangkan anda dalam setiap perkara yang mereka lakukan. 

Mungkin ramai dikalangan kita beranggapan ketiga-tiga perkara ini agak remeh. Tetapi inilah perkara yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak dan pemikiran remaja masa kini. Peranan ibu bapa sememangnya besar dalam membentuk anak-anak. Dan ketahuilah kita perlu mulakan sejak dari dalam kandungan lagi sehinggalah mereka dewasa... 

Ayuh parents jangan mengalah... kita masih berkesempatan untuk memperbetulkan segalanya bagi merapatkan jurang antara ibu bapa dan anak-anak. Till next post, bloggers jaga diri ya!! Muah :3


Wednesday, March 21, 2012

Tips STRESS: Rela Hati Ikut "Boipren"!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anda masih ingat kisah Fatihah yang dikatakan diculik ketika keluar membeli top up bersama adik dan sepupunya? Ala yang dekat Taman Tas, Kuantan tu?! Ingat? Satu Malaysia gempar dengan berita culik tersebut...

Akhbar hari ini melaporkan bahawa Siti Nur Fatihah Mahadi yang berusia 15 tahun itu sebenarnya BUKAN DICULIK, tetapi dia dengan RELA HATI MELARIKAN DIRI dari keluarganya untuk tinggal di rumah boyfriendnya di Pekan. 

Fatihah mengakui sendiri bahawa dia menelefon rakan-rakannya itu (dua lelaki dan seorang perempuan, yang pada awalnya dikatakan suspek yang menculik Fatihah) untuk menghantarnya ke rumah boyfriendnya itu. 


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...