Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Dear students.... Show all posts
Showing posts with label Dear students.... Show all posts

Thursday, May 02, 2013

PRU13: Madam, Saya Confuse...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam PRU13 (eh?!),

Tak lama lagi rakyat Malaysia akan menunaikan kewajipan untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. Dari hari ke sehari, bahangnya makin terasa... (Alahai saya malas betul nak tulis entri yang berkait dengan PRU13 ni, sebab saya lebih suka memerhati...

Apa yang menyebabkan saya menulis entri ni adalah kerana ada beberapa orang bekas student saya yang menelefon dan bertanyakan parti mana yang akan saya pangkah... (Haih, undi itukan rahsia :p ) Saya tak naklah, nanti mereka terpengaruh dengan apa yang akan saya pilih nanti. Pilihan di tangan masing-masing... Kita kena tanya diri kita, apa yang kita nak dari kerajaan yang kita pilih. Apapun saya nak kongsi perbualan saya dengan salah seorang student... lebih kurang macam ni:
Kat mana-mana pun rasanya bendera BN
yang paling banyakkan?!
Student: Madam, tolonglah... Ini first time saya mengundi... Saya tak nak la tersalah pilih...

Saya: (Tergelak) Awak nak saya tolong macam mana?

Student: Gelak pulak madam ni... bagi la saya hint madam nak pangkah mana? (sambil dia gelak besar di hujung talian... sebab perbualan ni dah hampir 20 minit berlalu, tapi saya hanya mengelak jawab soalannya... dia tak puas hati sebab saya tak bagi hint)

Saya: Awak grad as journalism student dah pun bekerja as journalist... patutnya awak lebih tahu mana nak search informationkan? 

Student: Memanglah tahu madam... tapi serabut la... confuse la madam... Apa kata madam cakap je madam sokong BN or PR?

Saya: Kenapa awak confuse? Awak cari, awak tengok, awak nilai and fikirlah secara matang, mana yang terbaik! Kalau tak dapat melalui media arus perdana, carilah di media alternatif... Senangkan? Lagipun awak dah memang ada dalam line journalism tu sendiri... Itu bonus untuk awak... sebab awak orang pertama yang akan tahu, di mana dan bila ceramah dua-dua pihak... baik BN or PR buat... Awak siap boleh pergi, baik untuk dengar as rakyat biasa mahupun buat liputan untuk penuhi tuntutan kerja... kalau awak confuse, awak ada peluang boleh tanya direct pada calon tersebut untuk dapatkan kepastiankan? Bukan semua orang dapat peluang macam awak sekarang ni... 

Student: Orang keliling saya buat saya was-was... Saya memang dah confirm nak pangkah satu parti tu... tapi sakit telinga bila orang keliling kata saya tak de akal sebab pilih parti tu...

Saya: Parti mana pun pilihan kita... itu sebenarnya hak individu... sepatutnya kita tak perlu pun nak bagi tahu satu dunia yang kita akan sokong yang mana... Memadai kita sendiri yang tahu dan yakin dengan pilihan kita... yang penting buat research! Bila bagitahu satu dunia, tu la boleh jadi caki maki tu...

Student: Habis kalau senior-senior tanya saya sokong mana... nak jawab apa madam?

Saya: Cakap je "undi saya rahsia"... Lepas tu senyum je kat dorang... Yang penting, kita kena study semua parti, tengok siapa (parti mana) yang akan beri kita banyak kelebihan. Maksud saya pada rakyat keseluruhannya...

Student: Hm... betul madam... Haih... (hembus nafas...) lega sikit bila dah dapat cakap dengan madam... kalau tak pening saya mikir pasal politik ni... Sebab tu la saya suka telefon madam... madam selalu ada penyelesaian tuk saya... (sambil gelak lagi...)

Saya: Eh... er... kalau ada info off record, boleh la share dengan saya ya?! (giliran saya pula gelak...)

Student: Boleh madam, tapi ada syarat... Madam bagitau saya madam sokong BN ke PR?

Sambil kami berdua ketawa besar... Jauh di sudut hati... Untungnya saya, kerana pernah mengajar mereka suatu ketika dulu... Ada yang dah sampai ke beberapa negara... atas kerjaya mereka sekarang... Alhamdulillah, mereka masih ingat saya... Sesungguhnya saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi...  Moga Allah permudahkan urusan mereka dan limpahkan rezeki buat mereka... Amin...

By the way, In sha Allah saya mengundi di sini...



Psst: Kadang-kadang pasal boyfriend or girlfriend pun student call minta nasihat saya... Tapi kadang-kadang seronok juga melayan... Haih!!  (^_^)

Baca juga: PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi



Monday, December 05, 2011

Thank You Nurez Amani...


Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum & salam ziarah,

Saya tak tahu nak tulis apa... tapi saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Nurez Amani sebab bersusah payah membuat video ini untuk saya... Seriously, saya terharu... (kadang-kadang terfikir, kenapa saya mesti pergi... sedangkan saya agak seronok melihat mereka mengejar kejayaan di sini...) Inilah batch semester 3 yang agak manja dan nakal... (kadang-kadang buat saya sakit kepala juga...) :p





Dengan doa dan harapan, agar anda semua berjaya mencapai kejayaan dan menjadi pelajar-pelajar yang cemerlang... Saya tahu... saya akan rindukan anda semua nanti... :-(


Thursday, April 07, 2011

Home Workstation...

Assalamualaikum & Salam 1Malaysia,

Hari ni dah masuk hari ketiga, saya membuat kerja-kerja office di rumah... Masih dalam MC sehingga Jumaat ni... tapi sedang bertungkus lumus membuat soalan final yang akan berlangsung pada Mei ini... 

Yang lagi menjadikan saya kelam-kabut adalah saya terlepas dari menghadiri Bengkel Exam... rata-rata dari mereka yang menghadiri bengkel itu, telahpun siap soalan mereka... so, saya kena kerja kuat sikit... huhuhuhu kesian...

Ramai yg suruh rehat je... nanti dah naik kerja baru buat soalan final... Ish... lambat sangat dah tu... sebab naik kerja ni... bukannya kelas tak de... kelas akan berjalan seperti biasa... malah, saya kena juga menggantikan kelas yang dah tertinggal selama DUA MINGGU...!!

Wednesday, December 01, 2010

Hadoi…. Pening Kapla!!

Alhamdulillah… semester July-Nov 2010 telahpun berakhir… students telahpun pulang ke kampung halaman masing-masing… sedang kami (lecturers) sedang bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan… seperti biasa… students akan bergembira di kampung halaman… (dan biasanya akan menangis bila result release) sementara kami bertungkus lumus mencari 'lubang' mana nak korek markah dari students answer script.

Sunday, November 14, 2010

Congratulation my dear, mentees… :-)

Alhamdulillah… dengan limpah dan kurnia-Nya, semalam dapat sama-sama meraikan para pelajar dalam Majlis Konvokesyen IKIP 2010, pada 13 November 2010. Pelajar yang diraikan ini adalah batch pertama yang diajar sejak mula menjejakkan kaki di IKIP, iaitu pada tahun 2008. Subjek pertama yang diajar adalah Translation. Memang ketar lutut, bila tengok jumlah mereka yang terlalu ramai… maka agak goyah juga keyakinan ketika itu… Hm… itu kisah dua tahun lepas… tak sangka… hari ini dapat bersama-sama mereka meraikan kejayaan…

Mentee dari kiri: Fitri, Iqlil dan Wan
 

Friday, August 27, 2010

Mesej buat Syue Syue...

Syue.. saya amat tertarik dengan entry2 di blog awak lately... amat mencuit hati... rasa amat tenang dan sangat seronok membacanya... sangat santai... :-D tapikan syue rasanya ada beberapa perkara yg saya rasa awak perlu add... saya tercari2 ruangan untuk comment... kalau ada ruangan comment tu... lagi menarik...! layout cam yg dah ada skang agak SEMPIT la syue... sbb syue pilih 3 column... kalau nak edit layout/design, pilih yang ada 2 column... so ruang akan nampak lagi lebar dan tersusun...

btw... saya amat suke dengan entry yg ni... advertising project 1 done! Meera tu... Zalikha Ameera ke? dia nampak sgt cantik dalam gambar tu... syue... your shoot SANGAT CANTIK!! Congratulation dear!! :-)

Hati saya berdetik lagi... "rindunya nak mengajar batch u'll, batch yg sgt BEST!"

Saturday, May 29, 2010

Sangat HAPPY baca blog students...

Pejam celik... pejam celik... rupenya dah nak masuk 3 tahun mengajar di kolej ni... Rasa cam tak caya je... Memula masa masuk keje, ingatkan akan mengajar di sini paling lama pun 2 tahun je... tapi tak sangka... dah nak msk 3 thn... mungkin rezeki masih di sini... apa pun agak enjoy juga mengajar di sini!! :-)

Time2 cuti ni... ada juga la masa nak belek2 blog students yg pernah diajar... (walaupun dalam masa yg sama... sakit pala tanda final paper bebudak! lain yg diajar.. lain yg dijawab! ada yg lagi best... salin balik soklan... tanpa jawapan!! hadoiii la...) rasa hepi sgt... bila mereka yg aktif menulis blog... cerita pasal activity mereka, tempat2 yg mereka lawati, movie review dan yg paling penting... status pekerjaan mahupun pembelajaran... tak sangka blog ni berkesan juga untuk tujuan connection after graduation... ok la... sedikit sebanyak dpt jugak maklumat... kepada mereka yg rajin ber'blogging' teruskan menulis... sbb saya suka membacanya...!! :-)

Wednesday, May 20, 2009

Nota buat mereka....

Inilah yg dikatakan risiko apabila anda "membantu" seseorang dalam sesuatu perkara... dan akhirnya anda akan "mendapat balasan...." tetapi bukan seperti yg anda harapkan. PENAT memang penat... LETIH? Memang letih... tapi... apa yg anda ada untuk mempertahankan diri anda... Cuba fikir... cuba renung... adakah apa yg anda lakukan akan membahagiakan anda atau memakan diri anda...

Jika anda masih ingin "memburukan" sesuatu atau seseorang.... Fikir dulu kesan dan akibat yg bakal anda hadapi... Paling tidak.... renung diri anda... adakah anda sudah cukup baik.... adakah anda sudah cukup sempurna? Pernah dgr perkataan MUHASABAH? Sekali sekala... muhasabah itu perlu....

Bukan mengharapkan sesuatu yg MAHAL sebagai balasan.... bukan juga mengharap PUJIAN.... tapi cukuplah sekadar PENGHARGAAN untuk tempat dan sesiapa yg mengajar anda.... Yea... benar... sukarnya untuk menyatakan kebenaran... tapi adakalanya menyimpannya sebagai rahsia adalah lebih baik....


* Kecil hati...? Yea... memang saya kecil hati.....

Wednesday, February 18, 2009

Nur Farhana Syahira Dalam Kenangan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

"Hello", perkataan pertama keluar dari mulut saya... Panggilan disambut ketika sedang mengajar dalam kelas Public Speaking. (biasanya saya kan off phone ketika bagi lecture, tapi hari ni rasa lain macam sangat...)

"Nora, kenal Nur Farhana Syahira?" tanya pemanggil di hujung talian.

"Kenal, mentee saya.. Kenapa kak?" setelah pasti panggilan itu dari Kak Mas (CE SODS), jantung berdedup kencang... 

"Dia baru meninggal... tadi mak dia call Kolej," terkejut mendengar kata kak Mas... Saya mula cemas... dan terus berlari turun dari tingkat 3 kolej ke tempat Kak Mas.

Accident ke? Sakit ke? Kenapa tiba-tiba meninggal? Sedangkan saya berjumpa dengan pelajar itu dua minggu lepas... sihat walafiat je.... Tidak puas hati dgn berita yang baru diterima, saya terus menelefon Unit Kecemasan, HTAA. Benar! Pelajar saya yang juga mentee saya telah meninggal dunia, jam 2 pm, 17 Februari 2009.

Saya, Kak Zimah (Kordinator Journalism) dan Niza (HEP) segera bergegas ke Unit Kecemasan, HTAA dan berjumpa dengan doktor. Kami cuba mendapatkan report kematian arwah.

Saya masuk ke bilik mayat bersama Niza untuk melihat mentee saya buat kali terakhir... Saya tenung wajahnya... Terasa sayu di hati... "innalillahi wa innailaihirojiun... muda lagi kamu..." detik hati saya... Kemudian saya pegang dan usap tangannya... "Sejuk! In sha Allah kamu baik-baik saja di sana" Bisik saya pada jenazah arwah. Lalu saya kucup dahinya dan berdoa, agar Allah ampunkan dosa-dosanya yang lalu... Tak sedar, air mata mengalir...

Di luar bilik mayat, ramai rakan-rakan sekelas hadir untuk melihat jenazah buat kali terakhir, ada yang nampak keliru, ada juga yang menangis... Sungguh suasana ketika itu, amat memilukan...    

Arwah meninggal dunia kerana jangkitan kuman di mulut dan rahangnya. Menurut kata ibunya, arwah telah demam 6 hari dan hilang selera makan. Arwah kemudian dibawa oleh ibunya ke hospital, namun semuanya telah terlambat! 

Arwah akan dikebumikan esok di kampungnya... semoga roh allahyarhamah Nur Farhana Syahira dicucuri rahmat dan berada dalam golongan orang-orang yang beriman... Amin... 

Al-Fatihah...



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...