Nuffnang Ads

Agoda Ads

Sunday, September 13, 2015

Jerebu: Pastikan Anak-anak Tidak Terdedah Udara Kotor...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sejak hari Jumaat lepas jerebu nampak teruk di Gombak ni. Masa hantar dan ambil Faris dari sekolah, Alisya dah start beritahu tekaknya sakit. Malam tu mulalah batuk dan selsema. Hari ni dah start demam pula. 

Keadaan jerebu hari Jumaat lalu di Gombak...

Hari ni kami bawa Alisya jumpa doktor, seplastik jugalah ubat yang di bawa balik. Disebabkan dah tiga hari batuk dan selsema, tekak pun dah merah, kena pula demam maka doktor bagi antibiotik untuk seminggu ni. Sabarlah, moga cepat sembuh ya anak mama!

Walaupun demam, batuk, selsema...
nampak mainan nak main juga!

Kesan Kesihatan Akibat Jerebu

1. Masalah pernafasan
2. Asma 
3. Radang paru-paru
4. Sakit jantung
5. Sakit tekak
6. Sakit mata
7. Batuk
8. Selsema

Tips Hadapi Jerebu

1. Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah/bangunan - baik dewasa, lebih-lebih lagi kanak-kanak, elakkan daripada terdedah kepada udara di luar rumah/bangunan. Jika perlu berada di luar rumah, pastikan anda memakai penutup hidung dan mulut (face mask)

2. Pastikan udara di dalam rumah/bangunan adalah bersih - kurangkan sumber pencemaran dalaman seperti asap rokok. Perokok perlulah lebih prihatin kepada udara di dalam rumah yang mana adanya anak-anak kecil.

3. Apabila memandu, gunakan penghawa dingin - tutup semua tingkap kereta dan pilih mode kitaran udara dalaman apabila berada di dalam kereta. 

4. Minum banyak air suam - pastikan anda minum air suam dengan banyak, bagi mengelakkan anda dehydrated kerana udara yang kering dan kotor.

5. Kerap basuh tangan dan muka - pastikan anda membasuh tangan dan muka setiap kali selepas anda melakukan aktiviti luar. 

Moga anda semua baik-baik saja. Yang penting, jaga diri, pastikan minum air suam banyak... Tolong tengokkan anak-anak... Moga mereka tidak terlalu terdedah dengan udara yang tidak baik sekarang ni... Take care ya semua! 


Nota kaki: Sekolah-sekolah hanya akan diisytiharkan tutup jika bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 200 atau lebih... 150++ pun dah agak sesak nafas... maka ibu bapa kena pantau kesihatan anak-anak yea... Moga anak-anak kita sentiasa dalam lindungan Allah... Amin...

12 comments:

  1. betul tu nora, kena banyak minum air kosong dan kurangkan aktiviti di luar rumah kan :)

    ReplyDelete
  2. la ni jerebu nampak dh tahap kritikal n jejaskan kesihatan anak2 n org dewasa juga...perlu pakai mask ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... nak2 mereka yang ada asma... mmg kena pakai mask... atau mmg elakkan terus dr berada di luar rumah...

      Delete
  3. itulah keluar rumah pon bau macam benda terbakar.. x selesa sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! kita yang dewasa ni pun tak tahan... anak2 apatah lagikan?!

      Delete
  4. Saya tengok jerebu nampak teruk sangat tapi bila check IPU baru 122. Pagi tadi baru 149 tapi pandangan mata ni tak jauh mana. Kelam dan kuning semuanya. Nampak sangat berdebu. Kalau IPU sampai 200 memapahlah kita dalam kelam gamaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul tu MD... pandangan dah terhad sgt... gamaknya memang memapah la kita dlm kelam MD... haih!

      Delete
  5. risau..ank sy kecik2 lg..takut dorg xsihat ke ape..sy klu kuar kejap pun dh batuk2..

    ReplyDelete
  6. Alahai siannya Alisya demam ek.....
    Eh....Alisya dah semakin besar dah
    Budak kecik biasalah....antibodi lum kuat sangat. Kat sini si kakak yg batuk batuk....yg lain alhamdulilah ..

    ReplyDelete
  7. kami anak beranak aritu semua kena sakit tekak dengan demam
    memang untung doktor time ni...hehe
    tapi memang btul smua tips yang kak nora list kan tu
    kita kena beringat benda gitu...idak sendiri susah

    camne anak dara sekarang? ok dah ke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...