Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, January 12, 2017

Kenapa Kita Kelip Mata?

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Apa yang seronoknya bila ambil anak-anak balik dari sekolah, mesti ada macam-macam cerita... Cerita pasal sekolah, pasal kawan-kawan, pasal cikgu dan macam-macam lagilah. Sebagai ibu bapa, kenalah layan... dengar je cerita mereka, walaupun kadang-kadang tak berapa faham. Tapi, inilah salah satu proses pembelajaran buat mereka. 

Eh, tapi bukan hanya untuk mereka tau! Saya tak tahulah orang lain, tapi pada saya, bila anak-anak tanya soalan, maka bermulalah juga proses belajar untuk saya. Soalan kadang-kadang mencabar minda. Kadang-kadang kita tak terfikir sebagai orang dewasa

Alisya: Ma, kenapa mata kita asyik macam ni? (sambil kelip mata dia...) Semua orang sama... Mesti kena buat macam tu... Cikgu... kawan-kawan... semua buat macam tu...

Saya: Itu namanya kelip mata. Kita kena kelip mata supaya mata kita tak kering. Cuba Alisya jangan kelip mata... biar je terbuka.

Alisya: (Mencuba untuk tidak kelip mata). Ala, tak bolehlah Ma, pedih!

Saya: Ha, sebab tulah... Allah jadikan mata kita berkelip ada sebab. Bila kita tutup mata, ada macam air akan cuci mata kita, supaya mata kita tak kering.

Alisya: Apa jadi kalau mata kering? 

Saya: Nanti sakit matalah... 

Alisya: Hebatnya Allah, sampai boleh buat macam tu.

Saya: Allahu... ?

Alisya: Akbar...

Saya: Allahuakbar... maksudnya Allah Maha Besar... Jadi kena cakap apa dekat Allah? 

Alisya: Terima kasih Allah.

Saya: Pandai... atau Alhamdulillah... maksudnya Segala puji bagi Allah... (sambil Alisya kelip-kelip mata dekat side mirror...)


Fakta tentang mata: Mata kita berkelip sebanyak 15 000 kali sehari. Di mana setiap kelipan itu, mampu untuk mencuci mata dari kekotoran (habuk/debu dan lain-lain). Ia juga turut melembabkan mata, agar tidak kekeringan. 

Parenting tips:  
Apabila anak mula bertanya soalan atau bercerita, bermakna mereka sedang membentuk perkembangan kognitif, di mana mereka memerlukan input (dengan bantuan kita) untuk melihat sejauh mana rasionalnya apa yang mereka fikirkan, maka ibu bapa perlulah:


1. Dengar apa jua yang cuba disampaikan oleh anak-anak. Kadang-kadang mereka hanya nak bercerita je pun. So, dengar. Mereka akan rasa dihargai bila mereka cakap dan kita dengar.

2. Respond and communicate dengan ayat-ayat positif yang boleh membantu mereka untuk sambung cerita atau penguat soalan seperti, "oh ye ke?", "lepas tu?", "siapa tanya?", "mana adik tahu?" atau lain-lain ayat yang dirasakan sesuai. Ingat, gunakan perkataan yang paling mudah untuk anak-anak faham. 

3. Beri penyelesaian kepada apa jua cerita atau soalan yang anak-anak kongsikan. Jika ia berbentuk cerita, maka simpulkan cerita anak-anak tu dengan pengajaran yang boleh diambil... Kalau ia berbentuk soalan, maka cuba selesaikan sebaiknya. Ada yang tanya, apa nak buat kalau kita tak tahu jawapan yang ditanya anak-anak? Jawablah, "mama tak tahu, nanti mama cari jawapan ok?" Sebenarnya tak salah pun cakap yang kita tak tahu, bila dah jumpa jawapannya, beritahu anak. Mereka pasti seronok bila kita bagi jawapan tu kemudian. 

4. Tanya semula topik-topik yang pernah dibincangkan, dan pastinya mereka boleh menjawab dan menghuraikan dengan baik. Jika masih tak betul, betulkan... 

5. Berikan pujian... anak-anak suka dipuji, maka bila mereka buat perkara yang baik, pujilah. Puji mereka bila mereka buat baik, puji bila mereka kata mereka tolong cikgu, puji mereka atas apa juga usaha yang mereka ceritakan pada anda. Pujian akan menjadikan mereka lebih positif dan yakin pada diri sendiri.

Biasanya nilah, yang saya buat setiap kali melayan karenah Faris dan Alisya yang banyak tanya. Mereka juga sangat banyak cerita... tinggal larat layan dengan tak je lah... 😂 


26 comments:

  1. Bila dapat anak yg bijak mak budak pun kena bijak
    Salah hemat kena google nak bagi jawapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya memang Google dan baca buku untuk cari jawapan Kakzakie, sebab mama dia tak berapa bijak sangat...

      Delete
  2. Anak2 bertanya kena usaha diberi jawapan yg sebenarnya bukan main jawab je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... kena usaha jawab... sebab mereka sedang belajar sesuatu...

      Delete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah... budak banyak akal ni... 😁

      Delete
  4. tak tahulah sy camne nanti..Adam baru je start becok, umur 2 tahun lebih ni..dah mula dah start tanya, tp limited lagi ayat-ayat dia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. solutionnya kena banyak baca buku... hehe soalan jangan cakaplah,.. confirm KBAT. hahaha

      Delete
  5. aida teringat.
    2012 aida pernah dpt satu penyakit.
    ni memang ramai tak tau.
    keluarga terdekat jer tau.
    one of the effect is aida x bleh tutup mata.
    sedih.
    doktor suh pakai penutup mata time tido or anytime bila rasa masa x selesa.
    memang tak selesa :(
    Allahu Akbar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah... ye ke Aida. Sakit tu kalau mata tak boleh tutup.

      Delete
  6. umur cam alisya memang dah start dah tanya macam-macam
    lagi dia dah terdedah dengan new environment
    baru-baru ni anak saya tanya, ada apa dengan malam jumaat..haha

    ReplyDelete
  7. proses nk belajar mmg anak2 byk bertanya. Mak2 kne siapkan ilmu di dada..

    ReplyDelete
  8. Seronok mendengar keletah anak bercerita kan kak.. :D

    Dengan excitednya.. Comel

    ReplyDelete
  9. tq for sharing...
    penuh informasi utk ibu mcm lya ni..

    betul tu, mmg hari2 bila ank blik sekolah, suka bcerita..apa y blaku dkt sekolah... dan mcm2 lagi lah..

    lps tu sesi pertanyaan dari ank..soal jawab-mjawab..
    tp itulah, bdk tgh mbesar mmg byk y dia nk tahu kan..cuma kt sbg ibu bapa kna layan.. jgn biarkan ank tnpa jawapan..

    ReplyDelete
  10. Bijak alisya :) Budak2 penuh dengan sifat ingin tahu :)

    ReplyDelete
  11. Alahai comel je Alisya pejam mata mcm tu....

    Zaman okje melayan anak anak dah berlalu NK, sekarang ni memasing pegang gajetlah pulak, tak laku dah mak dia huhu...
    Dah layan cara lain pulak.

    ReplyDelete
  12. bijaknya anak dara sorang ni... double thumbs up!

    ReplyDelete
  13. Good tips... tapi tak kelip mata tu memang sakit..hihi

    ReplyDelete
  14. nice sharing kak.
    ilmu parenting..
    skrg ni rania mmg byk bercakap. kadang tu asyik bertanya aje.
    ummi pon kna standby mental dan fizikal sokmo

    ReplyDelete
  15. Bila anak dah besar, mama kene banyak ilmu supaya semua soalan anak kita dpt jwb.

    ReplyDelete
  16. betul sgt. bila anak2 bertanya sekaligus buatkan kita pun terfikir sekali. kadang dia Tanya buat kita speechless pun ada hihihi

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...