Nuffnang Ads

Agoda Ads

Monday, April 01, 2019

Inilah 'Bonding Time' - Semudah Menjadi Pendengar Setia

"Mama, cikgu tak bagi lagilah jadual waktu yang baru," kata Alisya pada saya lewat malam kelmarin.

"Cikgu tak sempatlah tu. Tak pe, cikgu dah bagi jadual baru dalam Whatsapp. Nanti esok nak susun buku ambil telefon Mama," jawab saya sambil tekun menyemak manuskrip buku, tanpa memandang wajahnya.

"Kita dah lama tak buat aktiviti sama-samakan, Mama?" Alisya menghampiri saya, lalu meletakkan pipi kirinya di tangan kanan saya.

"Hm...," jawab saya ringkas, sambil terus membaca manuskrip.

Setelah beberapa ketika, saya tidak memberi 'respond'...

"Tak apalah. Alisya naik tidur dululah," dia terus berlalu dan naik ke bilik.

Tanpa salam.
Tanpa ciuman.
Tanpa ucapan selamat malam.

Eh!
Baru saya tersedar.
Saya abaikan Alisya.
Saya tak pandang wajahnya ketika dia bercakap.
Saya tahu Alisya merajuk.
Allah...

Pagi semalam, saya keluarkan kertas A4, saya lukiskan beberapa petak. Alisya duduk di kerusi, jauh sedikit dari saya. Tapi dia tekun melihat apa yang sedang saya lakukan.

"Eh, Mama lukis jadual waktu Alisya ke tu?" Soalnya.

"Ha ah. Mehlah sini. Nanti Alisya warna tau," pancing saya supaya Alisya mendekat.

"Nak, nak... Mama tulislah, sebab tulisan Alisya tak cantik. Alisya warna," bersinar-sinar matanya. 'Excited'.

"Ok, Mama tulis, Alisya warna. Sebab Mama warna tak cantik sangat."

Terus dia berlari ke almari yang menyimpan alat tulis. Dicapai kotak pensil warna. Kemudian, dikeluarkan beberapa warna pilihan, tanda bersedia untuk mula mewarna.

"Ok nah, Mama dah siap tulis subjek semua. Alisya pula warna...," sambil menghulurkan jadual waktu yang telah siap ditulis.

Dia mula mewarna. Sesekali dia meminta pendapat saya dengan warna pilihannya. Sama ada sesuai atau tidak.

Sambil mewarna, dia bercerita tentang  sekolah, rakan-rakan, cikgu-cikgu, makcik kantin, makcik 'cleaner', makcik 'guard' dan macam-macam lagi.

Saya berikan dia masa saya.
Saya berikan dia telinga saya.
Saya berikan dia sepenuh perhatian saya.

"Yey, dah siap. Cantikkan Mama?" Tanyanya sambil menayangkan jadual waktu yang telah siap diwarna.

"Wah, cantiklah..." sambil menunjukkan isyarat 'thumbs up'.

"Boleh Alisya bawa jadual ni pergi sekolah? Alisya nak beritahu kawan-kawan, yang Alisya buat jadual ni dengan Mama."

"Ok, boleh..."

"Terima kasih, Mama. Seronok hari ni sebab dapat buat ni dengan Mama," katanya sambil menghadiahkan saya satu ciuman di pipi.

Nah, terbayar sudah semua yang Mama patut berikan semalam.

Saya boleh je 'print' jadual tu dan berikan pada Alisya. Tapi, maknanya saya masih berhutang masa untuk beraktiviti dengannya. Biarpun, aktiviti ni sangat 'simple', tapi bayangkan betapa seronoknya Alisya bila saya dapat luangkan masa bersamanya.

Buat aktiviti simple pun,
bonding time.

Anak-anak ni,
Mereka nak kita berikan masa untuk berbual dengan mereka,

Anak-anak ni,
Mereka nak kita berkreatif dengan melakukan aktiviti bersama mereka,

Anak-anak ni,
Mereka nak kita pinjamkan telinga untuk mendengar cerita mereka,

Anak-anak ni,
Mereka nak kita pinjamkan mata untuk pandang wajah mereka,

Anak-anak ni,
Mereka nak kita pinjamkan tangan untuk menyentuh dan memeluk mereka,

Bukan lama, hanya untuk seketika...
Inilah 'bonding time'.

Nora Karim
Lega bila dapat tebus kesalahan pada anak...

12 comments:

  1. baca ntry akak selalu bt dana teringat, dana mama yg kadang selalu khilaf... tp dgn baca ntry akak jugak dana cuba baiki dr cuba jd mama yg terbaik bt aiyan...

    tiap balik sekolah, sambil pimpin dia nk sampai kete dana akan tanya apa dia bt kt sekolah, walaupun jawapan sama... melukis n mewarna, sya ttp tanya tiap2 hari time amik dia...
    pastu sya mesti tanya di mkn apa kt sekolah... n dia akan cite semua apa yg dia mkn,, apa bekal kwn2 dia, apa makcik kantin ckp kt dia ...

    time kasih akak

    ReplyDelete
  2. alamak...selalu terbuat ni pada anak.

    ReplyDelete
  3. sayu saya dengar blog nie...alhamdulillah syukur akak pandai ambil hati semula anak akak.

    ReplyDelete
  4. Kadang kita selalu lupa😢.. Rasa cam oerlu buat keje bnyak.. Asal anak depan mata.. Tk layan tk pe

    ReplyDelete
  5. sronok dia dapt buat aktiviti bersama....

    ReplyDelete
  6. x dinafikan kadang2 ibu bapa 'lupa' dgn perkara sebegini...

    ReplyDelete
  7. Mmg riuh lyn karenah anak2...salam ramadan

    ReplyDelete
  8. alah syahdu pulak baca... ye lah kadang2 kita terlepas pandang kehendak mereka... bukanlah wang ringgit yang mereka pinta tapi masa kita melayan dengan seikhlas hatitu... mesti melekat sampai bila2..

    ReplyDelete
  9. perkongsian yg baik.. saya ada anak baru 5 bulan.. semoga saya dapat ambil input yg baik dari entri ini..

    ReplyDelete
  10. Betul bonding time tu sgt penting..tp kadang2 kita ni terlalu sibuk. Tak sibuk dengan kerja sibuk ngan hp. Tak kata kt korg, ini sy lah.Hahaha. Anak2 sy selalu minta nk buat aktiviti kadang smp tak terlayan. Tp tu la masa aktiviti ni la antara quality time dengan ibu

    ReplyDelete
  11. kelegaan yg besar nilainya ni.
    masa bersama anak, kita kena spend wisely.
    takkan dpt diulang.

    ReplyDelete
  12. teringat dulu kalau sembang suruh mak tgk muka bila bercakap. hahaha teringat zaman kecik

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...