Nuffnang Ads

Agoda Ads

Showing posts with label Zalora Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Zalora Malaysia. Show all posts

Monday, September 14, 2015

ZALORA: Tips Gayakan Shawl Murah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Siapa kata nak bergaya kita perlu berbelanja besar? Tak semestinyakan?! Yang penting... kita kena kreatif dan yakin bila berfesyen. Berfesyen di sini bukan hanya pada pakaian saja tau! Pemilihan kasut, beg tangan, aksesori malah termasuklah pemakaian tudung/shawl (bagi yang bertudung).

Jom saya nak kongsikan tips menggayakan koleksi shawl murah bersama ZALORA. Biarpun memakai shawl murah, anda masih boleh tampil bergaya tau!

1. Dapatkan shawl murah yang selesa untuk dipakai. Penting untuk anda pastikan fabriknya sesuai dan selesa, maklumlah... cuaca di Malaysia ni kan panas. Oh ya, kalau anda lihat di laman sesawang ZALORA, jangan terkejut... harga shawl di ZALORA bermula dari hanya RM10 tau! Anda pasti teruja... So, nanti boleh intai-intai ya... (^_^)


2. Ok tip ini saya rasa sangat penting. Kalau anda nak menggayakan shawl, pastikan anda memakai anak tudung/inner. Bukan apa, penampilan anda akan nampak lebih kemas dengan adanya inner. Sebenarnya inner membolehkan anda bergaya dengan pelbagai teknik unik pemakaian shawl. Tak percaya?! Anda kena cuba!


3. Pilihlah aksesori seperti kerongsang, bracelet, beg, kasut dan sebagainya yang berpadanan dengan corak dan warna shawl anda. Tak semestinya pakai tudung tak boleh pakai aksesorikan?! Yang penting anda kena bijak mix and match. Cuma perlu diingatkan rekaan aksesori yang simple adalah yang terbaik!


4. Akhir sekali, dalam berfesyen anda perlu berani bereksperimen dengan fesyen tudung terkini dan mencuba lilitan shawl kontemporari yang unik. Macam mana?! Ha... kan ada banyak tutorial pemakaian hijab yang anda boleh dapati di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Instagram. So, anda hanya perlu klik dan cuba! Mudahkan?

Selamat mencuba!   
Online shopping dengan ZALORA, yuk! (⌒‿⌒)

Friday, February 28, 2014

Banyak Pilihan Baju Muslimah @ Zalora

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni saya nak tarik perhatian rakan-rakan blogger yang suka shopping secara online, untuk meninjau-ninjau Baju Muslimah yang ditawarkan di Zalora Malaysia. Memang menarik-menarik tau! (^_^)


LUXE by ETHNIC CHIC
Duuhaa Solid Cuff Kaftan Dress

Ramai yang berpendapat kalau dah bertudung tak boleh nak berfesyen sangat... Sebab fesyen muslimah ni sangat-sangat terhad. 

Tapi sebenarnya, banyak fesyen muslimah yang telah diberi sentuhan moden kontemporari oleh pereka-pereka fesyen yang prihatin dengan fesyen wanita bertudung. 

Macam jubah, dress, baju kurung, peplum, top, blouse... semuanya dari klasik ke sentuhan moden! Iye kan?! Pun begitu si pemakai tetap nampak cantik, elegan dan versatile!


Tidak dinafikan fesyen artis-artis bertudung di Malaysia juga sedikit sebanyak menjadi perhatian dan ikutan wanita bertudung yang suka berfesyen.

Pun begitu, kita yang biasa-biasa ni (yang bukan artis :P ) biarlah berpada-pada dan bersesuaian dengan tempat/aktiviti yang kita lakukan ketika itu... Kan?! Dan lebih penting lagi kita sendiri selesa dan confident dengan pakaian yang kita pakai... 

Eh, Laila Shirt ni nampak cantik pula di mata saya... Mungkin sebab kombinasi warna dan polka dot itu... Hehehe... Cantik tak? Cantik tak?

 http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/muslimah-tops/

Bukan hanya fesyen baju... malahan, tudung yang pelbagai juga telah direka khas bagi membolehkan wanita bertudung tampil lebih segar, bergaya dan anggun.

Terdapat pelbagai pilihan tudung/hijab yang boleh anda dapati di Zalora. Dari tudung biasa sehinggalah ke halfmoon, shawl dan macam-macam lagilah! Saya percaya anda semua lebih arif daripada saya pasal tudung ni!!  (⌒‿⌒)

Bila tengok gambar-gambar shawl rasa teringin pula nak pakai shawl... Tapi saya memang tak reti nak lilit-lilit. Hahaha... Memang menduga akal betul bila tengok tudung-tudung ni... Nak-nak halfmoon... Aduhai... (o_O)


http://www.zalora.com.my/women/pakaian-tradisional/hijab/

Oh ya... saya rasa harga yang ditawarkan di Zalora adalah berpatutan dan mampu milik... Anda boleh sort gambar-gambar tersebut mengikut harga dari yang murah kepada yang mahal. Pilihan pun banyak... So, boleh la kita cuci-cuci mata di Baju Muslimah @ Zalora. Mesti anda teruja tau!! (o^▽^o)

Apapun, saya rasa tak salah untuk bergaya, walaupun bertudung. Cuma pastikan anda kreatif dalam mengenakan gaya dan warna yang bersesuaian. Dan yang lebih penting, pastikan fesyen anda itu tidak keterlaluan sehingga bertentangan dengan syariat Allah...

Jom beli online... Hanya di Zalora! (◕‿◕)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...