Nuffnang Ads

Agoda Ads

Friday, September 23, 2005

Hargailah Si Dia Di Sisimu...

Jika kamu memancing ikan... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu...

Jika kamu menadah air biarlah berpada... jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu... Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula... akhirnya ia di buang... sedangkanjika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi... .

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya... janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu berterusan hingga ke akhirnya...

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... mengenyangkan, berkhasiat... mengapa kamu berlengah... cuba mencari makanan yang lain... terlalu ingin mengejar kelazatan... Kelak nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya... kamu akan menyesal...

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu, menyayangimu, mengasihimu... mengapa kamu berlengah... cuba membandingkannya dengan yang lain... terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak... kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah...


--> Beginilah umpamanya kehidupan kita dalam menilai seseorang... Sesungguhnya kita tidak perasan akan kehadiran seseorang yang memenuhi segalanya... sehinggalah satu waktu dia pergi meninggalkan kita...

Siapakah Anda?

Siapakah orang yang sombong?
Orang yang sombong adalah orang yang diberi penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikan kehidupan itu, iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada Tuhannya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.

Siapakah orang yang telah mati hatinya?
Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, hadis dan cerita-cerita kebaikan namun merasa tidak ada apa-apa kesan dalam jiwa untuk bertaubat.

Siapakah orang dungu kepala otaknya?
Orang yang dungu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyeksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat?
Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika dia didalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah?
Orang yang lemah adalah oranmg yang melihat akan kemaksiatan di depan matanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.

Siapakah orang yang bakhil?
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah s.a.w.

Siapakah orang yang buta?
Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti kebesaran al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.

Siapakah orang yang tuli?
Orang yang tuli adalah orang yang diberi nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.

Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan Nabi Sulaiman a.s.

Siapakah orang yang manis senyumannya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia berkata, Inna lillahi wainna illahi rajiuun. Lalu sambil berkata,  Ya Rabbi aku redha dengan ketentuan-mu ini, sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang menangis air mata mutiara?
Orang yang menangis air mata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya alu mengalir air matanya.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang yang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukan harta.

Siapakah orang yang pandai?
Orang yang pandai adalah orang yang bersiap-sedia untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi.

Siapakah orang yang bodoh?
Orang yang bodoh adalah orang yang beria-ia berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang sentiasa mempertingkat ilmu agamanya.

Siapakah orang yang mundur hidupnya?
Orang yang mundur hidupnya adalah orang yang tidak mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu.

Siapakah orang yang gila itu?
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?
Orang yang selalu ditipu adalah orang muda yang yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan dimana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling sempit?
Orang yang mempuanyai rumah yang paling sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia iuntuk menghindari seksa neraka.

Airmata Nabi Adam

Tahukah saudara/i semenjak Nabi Adam terkeluar dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah swt.

Baginda sujud di atas gunung selama seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda. Burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut. Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu."

Apa Yang Akan Ditanya Dalam sehari ada 24 jam. Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 kali.
Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua perkara semasa nafas keluar dan masuk. Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?

Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan :
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab :
Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi."

Kala Jengking Neraka

Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?"

Huraisy pun menjawab, "Aku mahu mencari lima orang. Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang. Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid. Kelima, orang yang suka minum arak."

Semoga menjadi pedoman hidup kita hingga keakhir hayat , Insya'Allah .

Wassallam.

Sunday, September 18, 2005

Kejohanan Bowling KRIS Selesai...

Alhamdulillah hari ni semua perancangan bg Kejohanan Bowling Tahunan KRIS 2005/06 berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat sedikit kelewatan dr segi penyediaan breakfast... tetapi rata2 semuanya berpuas hati...

Tahniah dan kredit kepada Lan (AJK Sukan KRIS) yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan segala perancangan sempena kejohanan pertama KRIS bagi sesi 2005/06. Terima kasih juga bagi semua ahli KRIS yang telah berkerjasama dalam memberikan yang terbaik untuk kejohanan ini.

Tahniah juga kepada semua pemenang. Dan ternyata segala objektif kejohanan telahpun tercapai. Terima kasih kepada semua...

Friday, September 09, 2005

Ala... Comeinye Dia...


Hm, adik Arfan ngan abg Aizad...

Adik skang dah pandai pose... Asal angkat camera... Suruh senyum... dan2 ada aksi2 yg comei... :-) siap kenyit mata lagi... Adik arfan sampai skang belum pandai panggil "Mak Uda". Tah bila la nak dgr dia sebut "Mak Uda"... Antara perkataan2 yg dia dah pandai sebut, "atuk"(arwah ayah), "wan", "abah", "bu" (ibu), "aijad" (aizad), "anyah" (angah), "akjang" (pak anjang), "atteh" (mak teh), "pokcu" (busu) & "tatak" (kakak=Nani)...

Arfan ni peminat no satu MAWI WORLD :P lagu yg dia paling suke, Nour El Ain & Aduh Saleha... kalau dengar jek muzik 2 lagu ni.... sure dia start joget & buat mimik muka menyanyi (ala2 miming la tu) :P Mmg comei!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...