Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Siapa takut jumpa Doktor Gigi kita geng! Hahaha... Saya memanglah sangat-sangat takut nak jumpa dentist. Dulu masa zaman remaja, saya pernah buat scaling di Klinik Pergigian di Sentul. Tapikan doktor tu tidak friendly dan buat treatment dengan kasar.
Ya Allah, memang boleh ingat lagi... Patutnya kalau buat scaling atau cuci gigi, kita akan rasa fresh, gigi bersih dan rasa gusi sihatkan? Tapi masa saya dulu, dahlah masa scaling tu rasa sakit sangat, lepas scaling pun gigi dan gusi rasa sakit tak tahu nak cakap. Dalam tiga empat hari juga gusi saya bengkak. Bila pergi semula dikatakan itu biasa. So, menahan je lah saya. Sejak dari tu, saya memang takut jumpa Doktor Gigi.
Encik hubby saya pula pernah buat minor operation pada gigi gerahamnya (sebelah bawah, dua-dua belah. Sebab encik hubby saya giginya berlapis-lapis. So, masa treatment, gusi encik hubby saya kena belah sikit). Melihatkan gusinya bengkak dan tak boleh makan sangat. Pipi pun bengkak. Dalam kesakitan... Aduh, memang menakutkan!
Ni dah umur 30-an memang gigi dah mula buat hal... Gusi pun kerap berdarah bila berus gigi. Saya tahu saya dah lama tak jumpa Doktor Gigi, so masalah yang saya hadapi tu normal. Solutionnya saya perlu jumpa Doktor Gigi.
Bulan November lepas saya gagahkan diri jumpa Doktor Gigi. Menggigil jangan cakaplah. Menunggu giliran je pun buat saya rasa nak pitam. Bila tiba giliran saya, rasa macam... haih tak tahu nak cakaplah. Tapi doktor yang merawat saya tu baik sangat... Friendly. Dia tengok saya cuak, dia cakap "jangan risau, saya check dulu. Lepas tu awak decied nak buat apa yea... Ha, baring."
Saya baring. Nganga mulut dan doktor pun check. "Ok, ada dua option, nak cuci gigi dulu atau cabut gigi dulu (memandangkan gigi geraham atas di kiri dan kanan dah terhakis)?"
Lama fikir, kemudian saya
decide untuk cuci gigi dulu. Sepanjang scaling tu saya pejam mata rapat-rapat. Dalam kepala asyik terfikir gusi akan membengkak, gigi berdarah.
Tak lama lepas tu doktor cakap, ok dah siap. Saya macam... "eh dah ke? Tak rasa apa-apa pun." Nampak tak betapa teliti dan berhati-hati doktor tu buat
treatment.
Bila nak keluar tu saya siap cakap pada doktor tu, "doktor dah ubah persepsi saya pada rawatan pergigian..." Hahahaha poyo tak? Padahal sendiri yang takut tak memasal! (^_^)
 |
Saya buat scaling hari tu kena bayar
RM180, termasuk ubat-ubatan seperti
di atas. |
Oh ya, saya buat
scaling di Klinik Pergigian Sharifah Aminah, Greenwood. Dari pembacaan dan testimoni mereka yang telah mendapatkan rawatan di klinik ni, memang ramai yang cakap bagus. Ada satu hari tu masa tunggu Faris balik dari sekolah, ada ayah-ayah yang cerita pasal bagusnya Klinik Pergigian Sharifah Aminah ni. Yang saya dengar mereka kata, doktor sangat teliti dan berhati-hati buat
treatment. Tak kasar, doktor dan staf pun baik-baik.
So, bila dah lalui sendiri, saya memang bersetujulah... Doktornya sangat baik. Tak
pressure kita nak buat apa. Dia akan bagi nasihat dan bagi kita pilihan. Doktor hanya akan mulakan
treatment bila kita dah betul-betul bersedia.
Kalau anda perlukan rawatan pergigian, bolehlah ke Klinik Pergigian Sharifah Aminah ni sama ada di Greenwood atau Taman Sunway. Di buka setiap hari Isnin - Sabtu (Ahad tutup), dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam.
KLINIK PERGIGIAN SHARIFAH AMINAH
SH 2, Taman Greenwood,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6184 1153
No. 27, Jalan SM2,
Taman Sunway,
68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-6185 6125
Nota kaki: Lepas je
scaling ni, saya senyum je manjang. Rasa nak tunjuk gigi je... Maklumlah gigi dah bersih kan?
Nanti saya cerita pengalaman cabut gigi di Klinik yang sama... :p