Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
Tajuk Buku: Bagaikan Khadijah Di Hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohamad & Imran Yusof
Penerbit: PTS
Harga Buku: RM26.00
Hari ini saya ingin kongsikan sebuah buku yang menarik untuk dibaca oleh semua pasangan yang telah berkahwin, juga ilmu baru bagi mereka yang akan mendirikan rumah tangga. Hidup berumahtangga banyak pancarobanya. Moga dengan perkongsian ilmu oleh penulis Zamri Mohamad dan Imran Yusof akan lebih membuka minda kita tentang pahit manis dalam perkahwinan itu sendiri serta cara untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah.
"Diceraikan kerana kerepek."
"Diceraikan kerana sabun cuci."
"Baru masuk 30 tahun sudah menjadi janda."
"Diceraikan kerana sabun cuci."
"Baru masuk 30 tahun sudah menjadi janda."
Mana janji sehingga hari tua?
Ini berita di KOSMO muka hadapan pada hari ini.
Ada rasa yang hairan, "Eh, benda kecil pun boleh jadi begini?"
"Sepatutnya mereka jaga iman...." dan macam-macam lagilah judgemental skrip ke atas mereka.
Penulis Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah berkata, "Apa yang dilihat
kecil oleh orang perempuan dan lelaki berbeza. Misalnya, 'mendengar'
itu kecil pada orang lelaki berbanding 'didengari'. Manakala orang
perempuan pula melihat 'mendengar' lebih besar berbanding 'didengari'."
Ejaan sama, tapi maksud 'dengar' itu berbeza ya.
Ketika majlis nikah, kita nampak kesempurnaan usaha membina keluarga, mahukah kita kuatkan akarnya?
Ramai mengucapkan tahniah kepada pengantin baru. Tetapi tidak sampai
satu peratus memberitahu pengantin baru apakah itu 'adjustment period.'
Orang yang mahu berkahwin dan sudah berkahwin sudah ada ciri-ciri
kemuliaan kerana menjaga yang halal. Tetapi yang halal itu memerlukan
satu ilmu lagi, 'memanjangkan tempoh halal'. Apa pengisianya.
Setakat ini lebih 14,000 wanita sedang membaca buku Bagaikan Khadijah di
Hati Rasulullah bagi mempelajari kemahiran 'memanjangkan' halal dalam
perkahwinan.
Penulis ini pun apabila 'gaduh-gaduh' comel dengan
isteri pun buka buku sendiri, katanya, "Apa yang saya tulis ini sebagai
manual ke atas diri dan membantu orang lain."
Saya ada beberapa
naskhah Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah jika ada yang mahu. Boleh digunakan oleh
pembaca dan dihadiahkan kepada kawan-kawan kita sayang.
Nota Kaki: Ikhtiar kita memanjangkan yang halal, menyuburkan cinta.
terbaik
ReplyDelete:D
Deletekak ana memang cari buku ni nora, belum berkesempatan nak beli lagi.. in shaa allah kena beli juga ni .
ReplyDeleteCari jangan tak cari... 😁
DeleteNama tajuk nya pun dah cantik dah...
ReplyDeleteKagum dengan kawan kawan yg rajin membaca ni NK, lebih lagi buku agama dan buku ilmu mcm ni. Saya ni jenis kurang suka membaca... Asyik sebok ngan blong ngan whatapp jer. Camana tu NK?
ReplyDeletemenarik buku ni kena pergi la nanti
ReplyDeleteMenarik dan tertarik.. insyallah nak cari lah buku ni :D
ReplyDeletebetullah kan kak nora
ReplyDeletekes perceraian hari ni sangat membimbang
entah sape yang harus dipersalahkan
membina rumah tangga bukan semudah di atas tilam aje
ada banyak perlu diselami
menarik buku tu. tapi saya ni bab membaca buku tak tahulah
teruk sangat perangai
Moga hubungan yang ada ini berkekalan hendakNYA.
ReplyDeleteNak mengekalkan tu yang susah. Kadang-kadang bila kita dengar cerita, kita pun pelik. Perkara yang kecil pun boleh jadi gaduh suami isteri. Tapi bila dah melaluinya sendiri, barulah tahu. Kecil-kecil perkara yang tak disukai, kalau dibiarkan akan jadi nanah dalam hati. Itulah nanti jadi pergaduhan besar suami isteri.
ReplyDelete