"Ingat sikit... kau tu aku kutip masa tak de siapa nak tolong kau. Family kau pun tak mau tolong kau. Aku ni fikir kau kawan baik je aku kutip kau. Ingat dah tolong retilah terima kasih ke apa! Eh... laki aku pulak kau kebas! Memang dasar perempuan tak guna kau ni!!!"
Maka kemudiannya bertaburanlah komen-komen berunsur negatif turut ditinggalkan rakan-rakan Facebook yang lain.
Kebanyakannya mengutuk dan mencaci maki perempuan yang dimaksudkan. Ada juga yang menyalahkan suami si penulis status tersebut. Tukang tulis pun dipersalahkan, kerana tak pandai menjaga suami.
Masing-masing meluahkan rasa geram dengan perkataan-perkataan yang...
Allah, tak sanggup saya nak baca.
Hantaran seumpama ini bukan pertama kali saya lihat. Ramai sebenarnya yang cuba melepaskan amarah kepada pasangan masing-masing melalui media sosial. Dengan harapan mendapat penyelesaian.
Daripada orang tak tahu, semua jadi tahu kemelut rumahtangga yang sedang dialami pasangan tersebut.
Ramai juga yang membuat andaian, seperti mereka tinggal sebumbung dengan si penulis status.
Jangan terkejut bila ada pelbagai versi jalan cerita yang akan didengar nanti. Masing-masing akan menambah perisa, bagi menyedapkan cerita.
Menulis di media sosial ketika masih beremosi atau sedang marah, tidak akan menyelesaikan masalah.
Ia sebenarnya akan mengeruhkan keadaan, membuka aib pasangan dan menimbulkan lebih banyak salah faham.
Berapa ramai yang berkongsi masalah di media sosial dan kemudiannya tidak mampu untuk mengendalikan emosi, sebaik membaca komen-komen negatif?
Akhirnya si penulis status alami depresi.
Awak, jika ditimpa musibah seperti ini...
a) bertenang, jauhi segala gajet dan ucaplah innalillahi wa innailaihirojiun serta banyakkan istighfar
b) usahalah untuk bertentang mata dengan pasangan dan berbincanglah secara matang
c) jika tidak mampu diselesaikan dalam perbincangan, rujuklah kepada kaunselor rumah tangga di pejabat agama.
Memaksa minda untuk berfikiran positif bukan suatu perkara yang mudah. Namun, berilah ruang dan peluang kepada diri sendiri untuk melihat ujian Allah sebagai satu hikmah yang lebih besar.
Dan awak, jika membaca status sebegini di media sosial, seharusnya
a) tidak meninggalkan sebarang komen pada hantaran tersebut
b) pujuk si penulis status untuk menurunkan hantaran tersebut
c) tidak memberikan solusi kepada masalah yang sedang dihadapi jika tidak diminta
d) jadilah pendengar yang baik jika dia meluahkan masalahnya
e) tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain.
Bantuan kecil seperti ini, sedikit sebanyak dapat menghentikan komen-komen dan tuduhan-tuduhan negatif kepada mereka yang sedang ditimpa musibah rumah tangga.
Kita
mesti suka, jika ada produk atau perkhidmatan yang diberikan diskaun
atau promosikan? Kalau di shopping mall tu ada potongan harga,
mesti lebih teruja. Lagi-lagi kalau barang tu memang kita dah lama nak
beli.
Sama
juga dengan tiket penerbangan. Kalau memang berhajat nak bercuti
ke mana-mana, mesti cari tiket penerbangan yang murah dan
menepati poket kita.
Biasanya,
syarikat penerbangan akan mengadakan promosi tiket penerbangan pada
satu-satu masa atau musim-musim tertentu. Untungnya, kita akan dapat
berjimat dan menikmati percutian yang hebat.
Eh,
siapa yang tak nak naik kapal terbang mewahkan? Jika diterokai laman sesawang Traveloka, kita boleh dapati tiket
penerbangan Emirates flights promodengan
harga yang rendah dan mampu milik. Bila lagikan nak naik kapal
terbang mahal?
Emirates
adalah antara syarikat penerbangan yang yang terkenal dan berkualiti
dari negara Timur Tengah sejak tahun 1985. Syarikat penerbangan ini
boleh terbang sehingga ke 150 destinasi. Emirates juga banyak menaja
kelab bola sepak seluruh dunia.
Emirates
menawarkan tiga jenis kelas tempat duduk pesawat, seperti kelas
ekonomi, kelas bisnes dan kelas pertama.
Tempat
duduk kelas ekonomi mereka, selesa dan jika perlukan selimut,
mereka boleh sediakan. Biasanya kelas ekonomi ni adalah pilihan
kebanyakan dari kita.
Tempat
duduk kelas bisnes, mempunyai kerusi yang sangat selesa dan boleh
dibaringkan. Skrinnya juga lebih besar. Jadi bolehlah bersantai-santai sambil mendengar lagu mahupun menonton filem
kegemaran.
Jika mempunyai bajet yang lebih, bolehlah dapatkan tempat duduk kelas
pertama. Pasti tempat duduknya jauh lebih besar dan selesa. Perfume
dan penutup mata pun disediakan tau. Bestkan?
Emirates
adalah penerbangan five stars, jadi sudah pasti tiketnya
mahal. Tapi, kita boleh dapatkan tiketnya dengan harga mampu milik
dengan memasang aplikasi Traveloka atau cari saja Emirates di laman
sesawang Traveloka.
Pada
ruangan section search, isikan maklumat yang diminta seperti
destinasi, tarikh pergi dan balik dan jumlah penumpang.
Tricknya,
pilih tarikh yang jauh sedikit dari tarikh hari ini. Jangan pilih
tarikh cuti sekolah atau perayaan. Dengan cara ini, kita akan dapat
harga yang paling murah.
Kemudian
tekan butang search. Biasanya harga yang paling murah
akan dipaparkan di bahagian atas carian. Jika berpuas hati
dengan harga tersebut, bolehlah terus tempah dan membuat bayaran
secara online menggunakan kad kredit atau debit. Mudahkan?
Sekarang semuanya di hujung jari je!
Contohnya,
sekarang ni kan ada cheapest flights to London promotiondi
Traveloka tau. Kalau dah naik Emirates, syoklah kalau dapat
bercuti ke Londonkan? Banyak tempat menarik pula tu!
Antara
tempat menarik di London adalah Hampstead Heath. Ia merupakan salah
satu taman yang terbesar di London dengan keluasan 790 ekar. Taman
ini terletak di salah satu kedudukan tertinggi di London.
Bayangkanlah
pemandangan yang dapat dinikmati dari kawasan ini? Ini adalah antara
lokasi terbaik untuk diterokai bersama keluarga. Taman ini juga
ada kolam renang dan sebuah muzium, Kentwood House yang menarik untuk
dilawati oleh para pencinta sejarah.
Brick
Lane adalah sebuah tempat menarik di London yang dipenuhi dengan
komuniti Bangladesh. Kalau teringin nak makan kari, tandori dan
sebagainya, bolehlah singgah ke kawasan ini yang menawarkan bermacam
jenis kedai makan untuk dicuba.
Selain
kedai makan halal, di sini juga terdapat pasar-pasar yang menjual
barangan antik, pakaian dan bermacam lagi barangan menarik. Selain
tu, Brick Lane juga terkenal dengan street
artnya dan sering
dijadikan lokasi pergambaran video-video muzik. Apa lagi? Sediakan
kamera dan terjah lokasi ini untuk meriahkan instagram anda, dengan
gambar-gambar menarik.
Oxford
Street adalah lokasi membeli-belah yang paling meriah di Eropah dan
sudah semestinya yang tersibuk di London. Kebanyakan kedai yang
terdapat di sini adalah butik-butik berjenama mewah.
Sepanjang Oxford
Circus ke Tontenham Court Road, terdapat kedai-kedai seperti American
Apparel dan Topshop. Di kawasan Oxford Circus dan Bond Street pula
terdapat banyak kedai-kedai pakaian berjenama terkenal seperti Zara,
Gap dan H&M.
Sepanjang
Marble Arch ke Bond Street pula, terdapat Marks & Spencer,
New Look, Selfridges dan Primark. Selain pakaian, di sekitar Charing
Cross Road dan Denmark Street, terdapat banyak kedai buku dan
peralatan muzik. Sementara itu di Edgware Road pula terdapat jualan
pelbagai barangan elektronik.
Eh,
menulis dan membayangkannya pun dah rasa teruja. Kalau dapat pergi,
lagilah bestkan? Nak ke London dengan Emirates? Jom, check
promosi di Traveloka.
Jangan
risau tau, Traveloka ni adalah satu sistem yang makin famous dan
menjadi pilihan orang ramai. Insya-Allah, selamat dan boleh
dipercayai.
Nora
Karim Ada
yang nak taja saya ke London naik Emirates? Eh! :p
"Apalah Mama ni, tengok kartun pun menangis!" Kata Alisya sambil terkekek-kekek gelakkan saya bersama Faris.
"Eh, sedihlah. Budak-budak mana faham...," jawab saya malu sendiri, sambil mengesat air mata dengan hujung lengan baju.
Siapa belum tengok Toy Story 4?
Sila tengok filem ni. Memang sangat best, dan banyak mesej tersirat.
Saya boleh katakan, filem ini adalah siri yang terbaik berbanding siri trilogi yang lepas. Toy Story 1, 2 dan 3 memang ada kisah dan mesej yang menarik juga, cuma yang keempat ni, garapannya lebih menyentuh emosi.
Bila tengok filem ni, saya membayangkan diri sendiri. Bagaimana satu hari nanti, kita dah tak penting pada orang lain, kita dah tak memberi manfaat pada orang lain, kita dah tak dipedulikan orang lain.
Ketika itu, kita akan rasa sangat terasing, sangat stress dan seterusnya mencari jalan untuk membahagiakan diri sendiri. Malah lebih teruk lagi, apabila kita menyakiti hati sendiri bagi memastikan orang lain 'nampak akan kewujudan' kita.
Itulah watak yang dibawa oleh Woody sepanjang siri kali ini. Bayangkan dulu, Woody sangat disayangi oleh Andy. Ia menjadi antara barang mainan yang sangat disayangi oleh pemiliknya.
Woody akan sentiasa dibersihkan, dijaga dengan kemas, dibawa tidur bersama, dijadikan tempat untuk meluah rasa dan akan sentiasa berada di sisi Andy, walau di mana dia berada.
Namun, apabila Andy semakin dewasa, peranan Woody sebagai penenang hati semakin pudar.
Sehinggalah diserahkan kepada pemilik baru, Bonnie, seorang kanak-kanak perempuan.
Bersama Bonnie menjadikan Woody hilang kuasa memiliki hati Bonnie. Bonnie lebih berminat untuk bermain dengan mainan yang bercirikan perempuan.
Ada tujuh ibrah yang saya kutip daripada filem ini:
1. Kesetiaan - dalam filem ini, sangat jelas ditunjukkan, betapa setianya Woody kepada pemiliknya, baik Andy mahupun Bonnie. Ia sanggup melakukan apa saja, walaupun Bonnie tidak lagi bermain dengannya. Demi memastikan Bonnie dapat menyesuaikan diri di sekolah, diberi bantuan sehingga terhasilnya Forky. Watak yang menghidupkan jalan cerita ini. Seriously, Forky sangat kelakar!
2. Kepercayaan - dari siri 1 lagi memang ditampilkan sifat kepercayaan ini. Bagaimana setiap satu mainan itu saling mempercayai antara satu sama lain. Sifat ini menjadikan mereka sangat akrab dan jarang berlaku pergaduhan besar.
3. Saling membantu - dalam apa juga misi yang perlu diselesaikan, mereka akan sama-sama berusaha untuk menyelesaikannya. Lebih ramai yang membantu, lebih mudah misi penyelesaian dicapai.
4. Persahabatan - istilah sahabat ini adalah mereka yang sentiasa ada bersama kita walau dalam apa jua keadaan. Baik sedih, gembira, tertekan, sunyi dan sebagainya. Fungsinya adalah untuk menenangkan dan cuba memberikan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi. Lihat sendiri bagaimana penerimaan mainan yang lain terhadap Forky yang asalnya daripada sampah, yang dikitar semula oleh Bonnie.
5. Kebebasan - ada dua kebebasan yang saya nampak dalam filem ini. Pertama, kita tidak boleh memaksa semua orang untuk sayang kita dan kedua kita sebenarnya bebas memilih apa yang terbaik untuk kita dalam kehidupan.
6. Tidak merendahkan seseorang/sesuatu - asal Forky dari sampah, namun semua mainan menerima kehadirannya dengan hati yang gembira. Tidak pula mereka memerli atau menyuruh Forky pulang ke tempat asalnya (tong sampah). Mereka merasakan setiap satu dari mereka sangat istimewa, termasuk Froky.
7. Membuat pilihan - oh, part ini yang paling touching. Bila mana Woody yang setia kepada Bonnie, terpaksa membuat pilihan sama ada akan terus bersama Bonnie atau meninggalkannya dan bermain dengan kanak-kanak yang lain. Yang mana tiada lagi unsur pemilikan mutlak keatasnya.
Jiran sebelah rumah bagi sebiji buah nangka. Punyalah banyak. Separuh dah pass ke anak buah saya kelmarin masa dia singgah ambil barang.
Punyalah banyak setengah biji pun. Tak apalah rezeki orang bagi. Tengok FB, jumpa orang buat nangka goreng.
Oh, nangka boleh goreng rupanya. Ingat cempedak je. Mohlah try. Tak goreng banyak pun, takut tak de orang nak makan.
Ni resepi paling mudah:
Beberapa ulas nangka (buang biji dan cuci bersih)
1/2 cawan tepung gandum
Garam sikit
Serbuk kunyit sikit
Air untuk jadikan bancuhan
Caranya:
Celupkan nangka dalam bancuhan dan goreng.
Ok, rasanya sedap. Kalau cempedak, isinya jadi macam lembik sikitkan, mungkin sebab cempedak direbus dulu. Tapi nangka ni, walau digoreng masih kenyal dan sedap.