"Ingat sikit... kau tu aku kutip masa tak de siapa nak tolong kau. Family kau pun tak mau tolong kau. Aku ni fikir kau kawan baik je aku kutip kau. Ingat dah tolong retilah terima kasih ke apa! Eh... laki aku pulak kau kebas! Memang dasar perempuan tak guna kau ni!!!"
Maka kemudiannya bertaburanlah komen-komen berunsur negatif turut ditinggalkan rakan-rakan Facebook yang lain.
Kebanyakannya mengutuk dan mencaci maki perempuan yang dimaksudkan. Ada juga yang menyalahkan suami si penulis status tersebut. Tukang tulis pun dipersalahkan, kerana tak pandai menjaga suami.
Masing-masing meluahkan rasa geram dengan perkataan-perkataan yang...
Allah, tak sanggup saya nak baca.
Hantaran seumpama ini bukan pertama kali saya lihat. Ramai sebenarnya yang cuba melepaskan amarah kepada pasangan masing-masing melalui media sosial. Dengan harapan mendapat penyelesaian.
Daripada orang tak tahu, semua jadi tahu kemelut rumahtangga yang sedang dialami pasangan tersebut.
Ramai juga yang membuat andaian, seperti mereka tinggal sebumbung dengan si penulis status.
Jangan terkejut bila ada pelbagai versi jalan cerita yang akan didengar nanti. Masing-masing akan menambah perisa, bagi menyedapkan cerita.
Menulis di media sosial ketika masih beremosi atau sedang marah, tidak akan menyelesaikan masalah.
Ia sebenarnya akan mengeruhkan keadaan, membuka aib pasangan dan menimbulkan lebih banyak salah faham.
Berapa ramai yang berkongsi masalah di media sosial dan kemudiannya tidak mampu untuk mengendalikan emosi, sebaik membaca komen-komen negatif?
Akhirnya si penulis status alami depresi.
Awak, jika ditimpa musibah seperti ini...
a) bertenang, jauhi segala gajet dan ucaplah innalillahi wa innailaihirojiun serta banyakkan istighfar
b) usahalah untuk bertentang mata dengan pasangan dan berbincanglah secara matang
c) jika tidak mampu diselesaikan dalam perbincangan, rujuklah kepada kaunselor rumah tangga di pejabat agama.
Memaksa minda untuk berfikiran positif bukan suatu perkara yang mudah. Namun, berilah ruang dan peluang kepada diri sendiri untuk melihat ujian Allah sebagai satu hikmah yang lebih besar.
Dan awak, jika membaca status sebegini di media sosial, seharusnya
a) tidak meninggalkan sebarang komen pada hantaran tersebut
b) pujuk si penulis status untuk menurunkan hantaran tersebut
c) tidak memberikan solusi kepada masalah yang sedang dihadapi jika tidak diminta
d) jadilah pendengar yang baik jika dia meluahkan masalahnya
e) tidak menceritakan masalahnya kepada orang lain.
Bantuan kecil seperti ini, sedikit sebanyak dapat menghentikan komen-komen dan tuduhan-tuduhan negatif kepada mereka yang sedang ditimpa musibah rumah tangga.
Insya-Allah aib rumah tangga pun terjaga.
FB tanya, "What's on your mind?"
setuju, media sosial bukan lah jawapan utk masalah kita, juga bukan jln penyelesaian utk apa jua masalah kita, bukan juga tempat utk kita meluahkan perasaan dan cerita sedih
ReplyDeletetrue! dalam kita beremosi masa marah & dibelenggu masalah, orang skrg selalu ingat medium media social jalan terbaik utk diorang luahkan perasaan.. tapi tanpa sedar, kita dah mengaibkan diri sendiri.
ReplyDeleteSeeloknya jika emosi tak stabil. Tengah marah. Tengah sakit hati. Carilah tuhan . Itulah yang sebaik baiknya
ReplyDeletedah lama saya perhatikan, orang malaysia ni suka share smpi tak sedar benda yg dia share tu kdg x dtg kn manfaat pun... contoh page KRT tu... jujur ckp sy mmg x berkenan dgn kewujudan page sebegitu...
ReplyDelete