Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, December 24, 2016

#MyTravelokaEscapade: Tempat-tempat Menarik di Tokyo, Setanding di Osaka & Kyoto!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ada orang tanya, dah pergi Jepun lepas ni nak pergi bercuti di mana? Jawapan saya, masih nak ke Jepun. 😜 Kenapa masih Jepun? 

Sebenarnya hari tu saya cuma pergi Osaka dan Kyoto. Sedangkan di Jepun masih banyak lagi bandar yang perlu diterokai. Dan salah satunya adalah Tokyo. Apa yang ada di Tokyo? Jom nak cerita...  

(Pemberitahuan: Gambar-gambar adalah sepanjang saya bercuti di Osaka dan Kyoto, rasa bersalah pula nak ambil gambar dari Google. 😩)

1. Pusat bandar Shibuya dan Shinjuku
Di bandar Osaka, tidaklah sesesak bandar-bandar di Tokyo. Teringat dulu ketika menonton Jejak Jepun Zizan, dikatakan Shibuya merupakan salah satu pusat bandar Tokyo yang tersibuk. Kesibukan di bandar ini adalah kerana terdapatnya pelbagai pusat membeli-belah dan hiburan bagi masyarakat Jepun di Tokyo mahupun para pelancong. 

Dotonbori, Osaka
Pusat hiburan seperti ini banyak di Jepun, termasuklah
pusat karaoke...

Di bandar ini juga terdapat taman riadah dan berkelah iaitu, Taman Yoyogi. Kalau ada taman-taman seumpama ini wajib pergi tau, sebab anda akan teruja melihat keindahan, lebih-lebih lagi kebersihan taman-taman tersebut seperti mana ketika kami melihat Bamboo Forest di Kyoto.

Bamboo Forest, Kyoto
Shinjuku juga merupakan tempat tumpuan pelancong kerana terdapatnya pelbagai pusat membeli-belah dan hiburan. Jangan pelik pula jika anda dapati banyak sangat pusat hiburan di Jepun. Di tempat-tempat inilah mereka berkunjung bagi melepaskan tekanan bekerja.  

Tarikan utama di Shinjuku adalah Kabukicho Red Light District, Shin-Okubo Korean Town dan Metropolitan Government Office. Di sini juga terdapat pelbagai pasaraya besar.

Roppongi
Di Jepun terdapat banyak muzium dan menara. Kita sedia maklum yang muzium banyak dibina kerana masyarakat Jepun sangat menghargai sesuatu. Malah muzium-muzium ini dijadikan tempat wajib dikunjungi oleh para pelajarnya

Masa kami berjalan-jalan di Osaka dan Kyoto juga, boleh nampak pelajar-pelajar Jepun berkunjung ke muzium dan beriadah di taman-taman berhampiran. Istilah kita di Malaysia ni, lawatan sambil belajar. 😃 Begitu juga dengan pelbagai menara yang ada. 

Osaka Castle Park
Pelajar-pelajar ni nampak happy je dengan aktiviti sekolah.
 
Di Roppongi ni ada beberapa tempat yang wajib dikunjungi seperti Muzium Seni Mori, Taman Mori, Menara Mori dan jangan ketinggalan bagi melihat pemandangan seluruh Tokyo dari dek pemerhati Roppongi Hill.   

Osaka Museum of Housing and Living
Memang macam-macam jenis muzium di Jepun
di Tokyo pun ada banyak...
Osaka Museum of Housing & Living
Yang bestnya di sini, pengunjung boleh cuba
pakai Kimono...
 
Odaiba 
Orang kata nak tengok bangunan yang cantik, menarik dan canggih di Tokyo ni, kenalah jejakkan kaki ke Odaiba. 

Odaiba bermaksud kubu, yang dulunya dibina bagi mempertahankan Tokyo daripada diserang musuh. Namun kini ia, telah diubahsuai menjadi tempat tarikan pelancong.

Harajuku dan Omotesando
Sepanjang kami di Osaka dan Kyoto, sekali dua je kami terserempak dengan orang Jepun yang pakai kostum menyerupai watak anime. Itu pun masa kami melalui beberapa mall dalam perjalanan balik ke Osaka.  

Di Osaka dan Kyoto, kebanyakkannya memakai baju yang kemas dan nampak sangat berkarisma. Oh ya, ada... di America Mura, Osaka. Kami sempat juga duduk sekejap memerhati 'kemeriahan' remaja yang memakai kostum anime.

America Mura, Osaka
Masa ni masing-masing dah penat, nak ambil gambar
orang pakai kostum pun tak larat.
Encik hubby pakej demam dan batuk masa ni...
Kalau nak tengok lebih ramai remaja Jepun yang memakai kostum seperti watak-watak anime, punk dan sebagainya kena berkunjung ke Harajuku dan Omotesando. Mana tau dapat ambil gambar dengan depa. 😝

Tokyo Skytree
Tokyo Skytree merupakan menara penyiaran televisyen dan dikenali sebagai mercu tanda Tokyo. Tempat ni mungkin Faris takkan naik, sebab dia gayat. 😅  

Dulu masa kami naik Umeda Sky Building, saya dan Alisya je naik sampai atas. Sejuk, dengan rintik-rintik hujan... Alahai kenangan. Kalau dapat ke Tokyo, kena masuk list tempat ni... 

Umeda Sky Building, Osaka
Encik hubby dan Faris confirm tak nak naik Tokyo Skytree 😄
masa ni pun diorang tak naik...
 
Tsutenkaku, Osaka
Memang banyak tower di Jepun ni...
Taman Negara Shinjuku Gyoen
Taman ini merupakan salah sebuah taman tradisional yang tertua di Jepun. 

Taman seluas 144 ekar ini siap dibina pada tahun 1906 dan menjadi salah sebuah tempat yang menarik untuk dikunjungi, terutamanya pada musim bunga Sakura sekitar bulan Mac dan April. Mesti cantik kalau dapat tengok bunga sakura masa tu... Ah, teringin!

Disneyland dan Disneysea Tokyo
Saya percaya tempat ini adalah yang paling menarik buat anak-anak, ia adalah taman tema berdasarkan filem-filem animasi Walt Disney. Disneyland Tokyo adalah taman tema pertama Walt Disney yang dibina di luar Amerika Syarikat. Jika Disneyland dibina untuk menarik perhatian kanak-kanak, Disneysea pula adalah taman tema tarikan untuk golongan dewasa. 

Masa kami  ke Osaka tak pergi pun Universal Studio, kerana melihatkan harga tiket yang mahal ketika tu. Hampir-hampir juga nak masuk sebab dah sampai Osaka pun kan... tapi itulah... mungkin belum rezeki nak ke sana.  

Tapi, Kaiyukan Aquarium pun syok juga! 😄 So, nampak tak, keseronokkan di Disneyland dan Disneysea pasti lebih berganda! Teringin juga nak tengok watak-watak animasi Walt Disney depan mata kan?!

Kaiyukan Aquarium, Osaka
Kalau dapat pergi Disneyland Tokyo, mesti lagi excited
budak dua orang ni!

Gunung Fuji
Siapa yang tak kenal dengan Gunung Fuji kan?! Gunung tertinggi di Jepun. Menariknya Gunung Fuji ini dikelilingi oleh lima tasik iaitu Tasik Kawagushiko, Tasik Saiko, Tasik Tamanakako, Tasik Shojiko dan Tasik Motosuko. Dah terbayang-bayang dah kecantikan sekitar Gunung Fuji ni!

Arashiyama, Kyoto.
Subhanallah tempat ni memang cantik,
bayangkan macam mana Gunung Fuji...
mesti lagi cantik!

Jalan Nakamise
Sepanjang Jalan Nakamise ini dikatakan terdapat pelbagai cenderahati Jepun yang unik dan menarik. So, kalau tercapai impian ke Tokyo dengan Traveloka memang kena masukkan tempat ni dalam itinerary. Masa saya ke Osaka dan Kyoto dulu, punyalah susah nak cari cenderahati Jepun. 

Masa di Arashiyama/Sagano jumpalah tempat beli cenderahati, tapi kami tak beli banyak sebab merasakan harganya agak mahal. Sekali bila balik semula ke Osaka, kami dapati harga cenderahati di Sagano lebih murah. Menyesal tak sudah dibuatnya! 😭     



Antara cenderahati yang sempat kami beli di sekitar
Osaka dan Kyoto

Memang bertuahlah kalau dapat meneroka Tokyo dengan Traveloka! Terbayang-bayang udara yang segar dan kebersihan yang tahap maksimum di Jepun. Bayangkan, berjalan dalam hujan pun kami rasa happy sangat... 

Osaka... hujan pun kami happy! 😃

Nota kaki: Jika anda juga berminat untuk turut serta dalam Traveloka Online Contest seperti saya, klik https://blog.traveloka.com/en/online-contest/. Traveloka akan merealisasikan impian percutian anda tau. Jom sertai, mana tau rezeki boleh menang!You need a holiday lah! 😄

27 comments:

  1. bestnya akak dah sampai sana.
    good luck akak, rezeki hujung tahun dapat menang, mana tahu, kan!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... sebenarnya tak sangka juga boleh sampai Jepun tahun lepas.

      Amin, terima kasih Ciksu atas doanya. Mana tau ada rezeki ke Tokyo dengan Traveloka!😁

      Delete
  2. Menariknyaa Japan, nak mochiiii. hahaha, semoga terpilih ya...

    ReplyDelete
  3. bestnye kak...lepas ni kalo ni pi lagi nak ikut kak hahahah senang laa sbbb akak dah ade pengalaman...lieya tgl polo ajek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha insyaAllah ada rezeki nak pi lagi...

      Delete
  4. Bestnyaa.. Seronok kan pegi negara org, dpt mcm2 pengalaman..
    Semoga ada rezeki ke tokyo pulak ye.. 😀😀

    ReplyDelete
  5. wah...seronoknya kalau dapat pergi ye
    saya ni naik kapal terbang pun belum pernah lagi
    rezeki saya berjalan dalam Malaysia aje
    tapi Alhamdulillah, merasa juga kalau banding orang lain
    termelalut plak

    apapun, all the best ye kak
    seronok tu kalau dapat pergi Tokyo
    bawa saya sekali ye...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kali pertams akak naik kapal terbang masa first honeymoon. Umur 26, pergi Sarawak... dia punya cuak, Allah saja yang tahu. Macam tu juga masa pergi Osaka... Takut....

      Delete
  6. subhanallah bestnya..Insyaallah soon ll arrive Jepun jugak

    kimono original from japan dah ada tunggu badan je nak sampai sana...haha maklumla mak sedara dah pegi sana dan dia hadiahkan kimono untuk saya..tapi macam pelik aje kalau pakai kat sini...kiki tapi cantik la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe insyaAllah ada rezeki tu satu hari nanti... amin..

      Delete
  7. Banyak ya tempat menarik di Jepun....best nya dapat jejak ke sana.
    Suka akak tengok gambar bamboo forest tu ,unik ,tak terdapat di Malaysia kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Saya masa sampai di Bamboo Forest ni rasa macam percaya tak percaya je... tempatnya cantik sangat kak... bila ada angin, dengar bunyi bamboo tu damai rasa....

      Delete
  8. Tak terbayang nak ke Oversea lagilah NK. Entah bilalah dapat ke sana... Nampaknya kena berbisness tasbih jugak ni hihi...

    Bila dah melawat negara orang ni mmg setiap celah penjuru kena lawat ye NK. Kalau tak rugilah. Nak sampai sana bukannya senang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Okje... kalau dapat pergi tu memang kena teroka habis-habis.. sebab nak plan pun dah payah...

      Delete
  9. seronoknya dah jejak kaki kat negara orang..saya tak tau lg bila bole pegi..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one sweet day akan sampai Sir... 😊

      Delete
  10. slmt berjaya kak. mudah2an tercapai rezeki akk nk ke sana kelak aminnn

    ReplyDelete
  11. good luck nora...bes kan kalau dapat pergi ke sana...

    ReplyDelete
  12. bestnya boleh bawak anak2 jalan2 negara orang. jeles!

    ReplyDelete
  13. Teringin nak gi Jepun. One day, insyaAllah. Salam perkenalan :) -- RosIbrahim.com

    ReplyDelete
  14. Gunung FUji!! Teringin sangat nak ke Jepun. Insyallah one day.. :) nak tengok pemandangan cantik di Jepun dan budaya mereka..

    ReplyDelete
  15. Wow best nyer!
    Impian aida nak bwk anak2 obersi.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...